DUA RUU PERKUKUH SISTEM PERUNDANGAN SYARIAH NEGARA DILULUSKAN DEWAN NEGARA

DUA RUU PERKUKUH SISTEM PERUNDANGAN SYARIAH NEGARA DILULUSKAN DEWAN NEGARA

KUALA LUMPUR, 19 Disember (IKIM) – Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang amat penting dalam memperkukuhkan sistem perundangan Syariah negara. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Mokhtar berkata RUU itu adalah RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024. 

“RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 ini adalah satu usaha untuk memperkasakan pentadbiran agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan, dengan pindaan yang meliputi pelbagai aspek, termasuk penyusunan semula keanggotaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pemantapan pentadbiran kewangan, serta kuasa bagi menguruskan wakaf, rumah kebajikan, dan perlindungan untuk golongan yang memerlukan,” kata beliau. 

Manakala bagi RUU Tatacara Mal (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 pula bertujuan untuk memperkemas tatacara perundangan di Mahkamah Syariah, termasuklah membolehkan prosiding dijalankan melalui teknologi komunikasi jarak jauh, yang amat relevan dalam dunia digital masa kini. 

“Ini akan memudahkan pengurusan kes dan memastikan keadilan dapat ditegakkan walaupun dalam keadaan tertentu seperti kekangan jarak atau kos,” tambah beliau.

Turut hadir mengikuti perbahasan tersebut Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). 

Sumber: ikimfm.my/

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

019392
Hari ini: 242
Minggu Ini: 1,987
Bulan Ini: 4,533
Tahun Ini: 19,392
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.