IBNU QAYYIM AL-JAUZIAH TOKOH FIQH MAZHAB HANBALI

IBNU QAYYIM AL-JAUZIAH TOKOH FIQH MAZHAB HANBALI

Salah seorang ahli fiqh tersohor dalam Mazhab Hanbali adalah Ibnu Qayyim al-Jauziah (1292-1350). Ia seorang ulama besar yang menguasai bahasa Arab, tafsir, hadis, sejarah, tasawuf, ilmu kalam dan falsafah. Nama aslinya adalah Syamsuddin Abi Abdillah Muhammad bin Abi Bakar. Nama Ibnu Qayyim al-Jauziah berasal dari nama jabatan ayahnya (qayyim/pengelola) di Madrasah al-Jauziah. Sebagaimana guru dan sekaligus sahabatnya, Ibnu Taimiyah (1263-1328), Ibnu Qayyim mengkritik para falsafah dan sufi serta kaum Muktazilah, Jahmiyah dan Murjiah, yang di anggap membawa ajaran sesat. Ia sefahaman dengan kaum Salaf dalam masalah akidah, kepercayaan dan kalam. Murid-muridnya yang terkenal, antara lain, adalah Ibnu Rajab (tokoh fiqh Mazhab Hanbali) serta Ibnu Kasir (mufasir dan ahli ilmu hadis) dan kedua anaknya, al-Burhan dan Syarifuddin (keduanya ahli fiqh).
   

Ibnu Qayyim di lahirkan dari keluarga pencipta ilmu. Ia memulai pendidikan formalnya di Madrasah al-Jauziah yang dikelola ayahnya, Abi Bakr bin Ayyub az-Zari. Ibnu Qayyim banyak belajar dari berbagai ahli, baik di Damaskus, Mesir mahupun Mekah. Gurunya dalam bidang fiqh antara lain asy-Syirazi (1236-1311) dan Ismail Majduddin al-Farra al-Harrani (w.1329). Ilmu tauhid dan usul fiqh dipelajarinya dari Muhammad Syafiuddin bin Abdurrahman bin Muhammad al-Armawi asy-SyafiI (w.1315). Sementara Ibnu Taimiyah, sejak kembali dari Mesir (1312), menjadi guru tetapnya di bidang tafsir, hadis, fiqh, faraid dan ilmu kalam.

Ibnu Qayyim berpendapat bahawa ijtihad harus berkembang sesuai dengan perkembangan dan kondisi di berbagai tempat dan zaman. Pemikiran ini merupakan rekleksi dan reaksi dari pendapat umum yang menanggap pintu ijtihad telah tertutup. Ia menyeru agar ijtihad lebih diaktifkan kerana hukum yang ada saat itu tidak sesuai lagi. Ia mengecam keras sikap taklid ulama di zamannya. Menurutnya, ulama harus menggunakan akal semaksima mungkin dalam berijtihad. Penggunaan akal tersebut harus dilandasi dengan niat dan tujuan yang lurus dan ikhlas, tanpa disertai kecenderungan peribadi atau golongan.

Ibnu Qayyim juga mengemukakan beberapa metode ijtihad. Ia berpendapat bahawa metode yang dapat di gunakan dalam berijtihad adalah ijmak, kias, al-Maslahah al-Mursalah (kemaslahatan yang tidak didukung dalil syarak secara terperinci, tetapi didukung makna sejumlah nas), istishab (tetap berlakunya suatu hukum kerana tidak adanya hukum baru), urf (kebiasaan yang berlaku di tengah masyarakat dan berjalan dengan baik), dan az-zariah (sesuatu yang membawa pada sesuatu yang di larang kerana mengandungi kemudaratan).

Ibnu Qayyim mengecam pemikiran tasawuf yang mencampur adukkan Tuhan dan alam atau manusia, di antaranya fahaman hulul al-Hallaj, ittihad Abu Yazid al-Bustami, dan wahdatul wujud Ibnu Arabi. Ia juga mengecam para sufi yang meniadakan taklif (kewajipan keagamaan), memisahkan syariat dari hakikat dan berlebih-lebihan dalam beribadah. Ia menjadikan Al Quran dan Hadis sebagai pedoman tasawuf. Menurutnya, bertasawuf dengan sesungguhnya adalah meniru perilaku hidup Nabi Muhammad s.a.w. Bersama dengan Ibnu Taimiyah, ia berupaya memadukan syariat dan tasawuf. Ia juga mengajarkannya maqam (tahapan sufi) yang harus di lalui oleh para pengikut tarekat agar berada sedekat mungkin dengan Allah s.w.t seperti zuhud, taubat, warak, kefakiran, sabar, tawakal dan redha.

Mari kita renungi sepotong hadis Nabi s.a.w. yang berbunyi:
Ertinya:
Kelebihan seorang alim (ilmuan) terhadap seorang abid (ahli ibadah) ibarat bulan purnama terhadap seluruh bintang. (Hadis riwayat Abu Dawud).

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

016905
Hari ini: 1
Minggu Ini: 1,710
Bulan Ini: 2,046
Tahun Ini: 16,905
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.