PEMIMPIN ADALAH PENEGAK KEADILAN

PEMIMPIN ADALAH PENEGAK KEADILAN

Dalam kehidupan masyarakat, keadilan merupakan hal yang amat penting untuk diwujudkan agar kesejahteraan dapat  diwujudkan. Menegakkan keadilan bererti memenuhi hak-hak peribadi yang memang harus  dilakukan.

Diriwayatkan daripada Urwah yang kemudian diriwayatkan kembali oleh Bukhari, bahawa seorang wanita telah mencuri. Orang-orang di kampungnya datang kepada Usamah bin Zaid agar ia meminta keringanan hukuman kepada Rasulullah saw. Maka, Usamah pun menyampaikan hal itu kepada Rasulullah saw. Akan tetapi, beliau justeru amat marah dengan permintaan itu sambil mempertanyakan kepada Usamah, "Apakah engkau mengajakku untuk berunding tentang salah satu hukum Allah?."

Melihat kemarahan Rasul, Usamah dengan penuh penyesalan berkata, "Mohonkanlah ampunan bagiku, Ya Rasulullah."

Sesudah solat Isya', Rasulullah saw berpidato di hadapan para sahabat, "Sesungguhnya telah binasa golongan-golongan terdahulu kerana membiarkan golongan mulia (atasan) yang mencuri daripada dihukum, sedangkan jika golongan marhaen (rakyat bawahan) mencuri, mereka dihukum dengan hukuman hudud. Aku bersumpah dengan nama Allah, sekiranya Fatimah Binti Muhammad mencuri nescaya aku sendiri yang akan memotong tangannya." (Hadis Riwayat Tarmizi)

Rasulullah pun lalu memerintahkan untuk memotong tangan wanita itu. Ternyata, setelah itu, ia bertaubat dengan baik dan menjalankan pernikahan sesudahnya.

Dari kisah di atas, pelajaran yang dapat kita ambil adalah:
1. Memberikan hak kepada orang yang berhak merupakan kunci tegaknya keadilan.
2. Seorang pemimpin sangat besar kedudukannya dalam menegakkan keadilan, karenanya pemimpin jangan sampai terpengaruh oleh rayuan dan godaan dunia yang menghambat penegakkan keadilan.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

020535
Hari ini: 199
Minggu Ini: 574
Bulan Ini: 5,677
Tahun Ini: 20,535
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.