MENOLAK PERHIMPUNAN HARAM: KEMBALIKAN 'ISA'

MENOLAK PERHIMPUNAN HARAM: KEMBALIKAN 'ISA'

Sejak permulaan sejarah manusia, hakikat kehidupan penuh dengan tragedi. Tragedi kehidupan manusia penuh dengan suasana permusuhan dan persengketaan. Permusuhan dan persengketaan muncul apabila terdapatnya dua pihak yang saling bertentangan apabila berusaha mendapatkan sesuatu.
 
Sejak diciptanya Nabi Adam a.s, manusia pengkhianat muncul silih berganti seolah-olah sambung menyambung sehinggalah ke hari ini. Setiap kali Allah s.w.t mengutuskan Rasul-Rasul-Nya,  begitu banyak sekali muncul manusia pengkhianat. Demikian juga pada di peringkat awal dakwah Nabi Muhammad s.a.w sehinggalah kewafatan baginda lahirnya pengkhianat-pengkhianat, bukan sahaja terdiri dari kalangan kaum munafik atau Yahudi tetapi juga  di kalangan orang-orang  Islam itu sendiri.
 
Kemunculan golongan ini sesungguhnya satu fenomena  politik dalaman yang berselindung di sebalik agama untuk mengkhianat negara sendiri dengan pelbagai tipu daya. Tercetusnya perang saudara antara sesama Muslim seperti Perang Jamal dan Perang Siffin adalah disebabkan  penyusupan masuk golongan pengkhianat dalam kedua pihak yang bermusuhan.
 
Malah kematian tiga Khalifah Ar-Rasyidin, iaitu Saidina Umar, Uthman dan Ali juga disebabkan oleh angkara golongan pengkhianat. Demikian juga runtuhnya dinastidinasti yang besar seperti dinasti Umaiyah, Abbasiah, Andalusia, Fatimiah, Uthmaniah, Moghul, Palestin dan lain-lain kerana wujud golongan-golongan pengkhianat yang sentiasa tidak senang dengan kejayaan pemerintahan Islam. Golongan itu menjadi duri dalam daging, dan seterusnya menghancurkan  peradaban Islam. 
 
Justeru itulah  Allah s.w.t  mengingatkan Rasul-Nya agar tidak cenderung bersahabat dengan pengkhianat kerana mereka ini sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam. 
 
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: Janganlah kamu terpengaruh dengan golongan pengkhianat tersebut yang selalu bersumpah dan hina sikap dan amalannya, lagi yang selalu mencela dan menyebarkan fitnah untuk perpecahan (umat) menolak segala kebajikan (dan kemajuan orang), mereka yang melampau  dan menentang (ajaran agama) dan melakukan dosa. (al- Qalam:10-12)
 
Dalam diri manusia ada beberapa tabiat buruk yang mana mungkin akan lenyap begitu sahaja bila berada dalam lingkungan persatuan yang utuh. Namun apabila timbulnya gejala-gejala perpecahan, maka akan muncullah golongan pengkhianat ini yang sememangnya menanti-nantikan peluang dan kesempatan mendampingi orang-orang yang mula memberontak (yang keluar daripada keputusan ramai).
 
Sehubungan ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Akan berlaku keburukan-keburukan. Maka barangsiapa yang berkehendak memecahkan perpaduan umat ini sedangkan mereka dituntut agar bersatu padu, maka potong tengkuknya dengan pedang baik siapa jua ia itu. (Riwayat Muslim) 
 
Bagi menjamin  keamanan dan keselamatan  hidup ini, Islam menetapkan  beberapa  undang undang dan peraturan, antaranya kisas,  hudud dan takzir, kerana rakyat yang tidak berdosa berhak mendapat kawalan dan jaminan keselamatan.  
 
Bayangkan  jika setiap rakyat yang berkerja mencari rezeki untuk menyara keluarga, rezeki yang diperoleh itu dalam sekelip mata di sambar pencuri dan sebagainya. Mangsa akan menderita sepanjang hari ataupun sepanjang usia kerana mungkin berlakunya pergelutan sehingga menyebabkan kecederaan, kematian, dan trauma keluarga.
 
Alangkah nikmat dan selesanya apabila setiap ahli masyarakat mampu bergerak bebas ke mana-mana  dalam negaranya sendiri, tanpa sebarang perasaan takut dan bimbang. Nabi Ibrahim a.s sewaktu mengasas kota Mekah, segera memohon kepada Tuhannya dua perkara, iaitu rezeki yang melimpah dan kehidupan yang aman dan tenteram. Ini telah di jelaskan oleh Allah s.w.t menerusi firman-Nya yang bermaksud: Tuhanku jadikanlah negara ini negara yang aman dan rezeki penduduknya buah-buahan (yang mencukupi). (al-Baqarah: 126)
 
Pengkhianat tersebut akan mencari peluang untuk melakukan kerosakan dan merampas apa saja untuk kepentingannya tanpa bersusah payah, malah menpengaruhi orang ramai dan orang awam agar merusuh bagi menjayakan cita-cita jahat mereka. 
 
Jika ia berlaku Jalan masuk ke ibu kota mengalami kesesakan teruk, peniaga mengalami kerugian dan peniaga-peniaga lain terpaksa menjaga keselamatan barangan jualan mereka. Kerosakan sudah tentu berpuluh-puluh ribu. Bayangkan, jika sebuah masjid berharga berpuluh-puluh ribu, dengan kerugian tersebut kita mungkin boleh membina sepuluh buah masjid. 
 
Inilah masanya pihak berkuasa perlu mempertahankan undang-undang keselamatan dengan tegas.  ISA adalah satu undang-undang pencegahan awal dan kerana itu ia perlu dipandang sebagai sesuatu yang amat diperlukan dan hidupkan kembali. Jika tidak ada langkah pencegahan awal, ia akan merebak menjadi tragedi menyayat hati. Dan ketika itu, langkah mengawal dan mengembalikan ketenteram menjadi semakin sukar dan berliku. 
 
Hakikatnya, langkah pencegahan dan pengawalan tersebut dilakukan untuk:
 
1-    Mengawal keselamatan harta benda awam melalui, kawalan keselamatan juga tindakan undang-undang yang tegas.
2-    Menghadapi keganasan yang ditimbulkan oleh mana-mana pengkhianat dan penjahat tadi tanpa sebarang tolak ansur.
3-    Memberi kesempatan dan pertimbangan kepada mereka yang mengaku silap dan sebagainya. Agama telah mengariskan kata-kata panduan, iaitu kesilapan pemerintah dalam memaafkan pesalah itu lebih baik dan (lebih disenangi Allah) dari kesilapannya dalam mengambil tindakan kepada pesalah.
 
Kita mahukan istiqamah dalam agama sebagai jalan penyelesaian kepada assabiyah negatif atau sikap melampau yang makin berleluasa. Bersegeralah kembali ke jalan anbiya. Di sana pasti kita akan menemui kebahagiaan dan keamanan. 

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

019391
Hari ini: 241
Minggu Ini: 1,986
Bulan Ini: 4,532
Tahun Ini: 19,391
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.