MENTERI AGAMA KESAL PELECEHAN TERHADAP KONSEP MADANI

MENTERI AGAMA KESAL PELECEHAN TERHADAP KONSEP MADANI

KEHIDUPAN kini yang begitu moden, canggih, dan pantas dalam semua bidang. Dunia tanpa sempadan menimbulkan banyak sekali persoalan, bukan sahaja tentang kehidupan masa kini, masa depan, malahan tentang kehidupan ukhrawi.

Cabaran sedemikian didepani oleh semua masyarakat dunia dan tidak terkecuali masyarakat Islam. Justeru bukan sekali dua timbul permasalahan, perdebatan, perbahasan dan tidak kurang pula sanggahan sama ada di antara ulama dengan ulama mahupun antara ulama dan umara.

Contoh yang berlaku di hadapan mata kita ialah tentang persoalan atau makna Madani atau lebih tepat lagi tentang persoalan gagasan Madani. Apabila seseorang mengatakan satu kajian perlu dilakukan tentang konsep Madani, banyak pihak dengan mudah mengambil kesimpulan tanpa memberi ruang langsung lalu membuat pelbagai tuduhan.

Tidak ketinggalan juga pihak yang bertentangan atau parti pembangkang yang mengambil kesempatan menggunakan isu tersebut untuk menegakkan benang basahnya. Lalu timbullah fitnah yang pada hakikatnya tidak menguntungkan sesiapa pun kecuali yang berkepentingan sehingga timbullah frasa memperlecehkan dan yang seumpamanya.

Kenyataan media daripada Menteri Hal Ehwal Agama pada hari ini terpaksa dilakukan kerada terdapat pemimpin politik yang sengaja mencetuskan polemik terhadap konsep dan pendekatan Madani yang menjadi gagasan negara hari ini. Tindakan melabelkan pendekatan Madani sebagai Madani Jahiliah dan seumpamanya adalah amat keterlaluan dan mendukacitakan.

Hakikatnya, konsep Madani yang diperkenalkan YAB Perdana Menteri adalah satu gagasan murni untuk mengangkat semula martabat negara. Konsep Madani telah diterima secara menyeluruh oleh sarjana Islam sebagai bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. ⁠Konsep Madani juga menekankan pendekatan pembangunan negara yang bersifat syumul, holistik dan komprehensif dari aspek rohani dan jasmani.

Oleh kerana itu, pihak kerajaan perlu segera menangkis serangan atau tohmahan yang dilemparkan bagi melindungi keharmonian perpaduan daripada unsur-unsur yang boleh merosakkannya. Daripada satu segi kita melihat pemikiran masyarakat masa kini begitu mudah dipengaruhi dengan unsur negatif bakal menambah parah jika tidak dibendung. Misalnya, apabila ada pihak yang mengatakan perlunya kajian terhadap sesuatu, maka perkataan "kajian" itu dengan mudah diisi dengan hal yang negatif. 

Tidak bolehkah ulama dengan ulama, ulama dengan umara saling lengkap melengkapkan membincangkan sesuatu yang berhubung dengan Islam atau Islam sifatnya?

Gagasan madani yang mula dilancarkan beberapa tahun yang lepas adalah suatu dasar yang berupa kesinambungan daripada dasar yang lalu, misalnya Islam Hadhari, Wassatiyyah, konsp Rahmatan lil Al Alamin ,gagasan Satu Malaysia atau sebagainya yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju berasaskan kepada acuan sendiri.

Sejarah mencatat dalam apa-apa slogan yang dibawa oleh kerajaan sebelum ini semuanya ditolak Presiden PAS serta kuncu-kuncunya. Mereka memanipulasi isu ini sehingga berjaya menpengaruhi orang ramai. Sedangkan slogan "Menbangun bersama Islam" yang dipelopori mereka jauh sekali dari kehendak Islam yang sebenar. Ia sekadar retorik sahaja.

Islam Madani sebagai sebuah dasar ciptaan manusia, tidak boleh tidak ia mempunyai kelebihan dan cacat-celanya yang tersendiri. Oleh kerana ia ciptaan manusia, maka ia perlu dikaji terutama aspek pelaksanaannya sama ada telah mencapai sasarannya mahupun tidak.

Ia dirangka berasaskan pendekatan wasatiyyah yang diperolehi pemahamannya daripada sumber al-Quran dan Sunnah dan ia haruslah dipandu pelaksanaannya dengan sumber naqli dan aqli berasaskan penegasan Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 143.

Di sini pentingnya sebuah ummah yang tidak mengamalkan ifrat (ekstrem) dan tasyaddud (melampau) mahupun tafrit (terlalu longgar). Mengikut Muhammad Abduh, sama ada ifrat mahupun tafrit, kedua-duanya adalah tercela. Indonesia misalnya memperkenalkan Islam Kultural. Malaysia dengan Islam Madani. Ia bukan agama baru sebagaimana yang didakwa (baca: difitnah) oleh sesetengah pihak yang ingin menangguk di air yang belum jernih.

Kita mempunyai banyak sebab menyatakan demikian. Maka dengan sendirinya fitnah yang mengatakan konsep Islam Madani sebagai salah satu strategi Barat atau Eropah untuk 'menyimpangkan' pemikiran umat Islam perlu ditolak.

Paling penting adalah butiran dan falsafah konsep Islam Madani yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip asas Islam. Hal ini telah diakui oleh sarjana Islam moden pada peringkat antarabangsa. Sesungguhnya konsep ini merupakan gagasan pemikiran dan gerak kerja yang amat bermakna bagi Malaysia dalam usaha membangun sebuah negara maju serta bertamadun dalam kerangka ajaran Islam sebagai agama rasmi negara.

Pada asasnya, konsep ini merujuk kepada amalan agama yang menekankan soal ketamadunan, pembangunan dan kemajuan, yang bersifat komprehensif dan seimbang. Ini merujuk kepada keperluan untuk menggabungkan kecemerlangan aspek fizikal dan spiritual, duniawi dan ukhrawi serta kejayaan peribadi dan kesejahteraan masyarakat.

Bagaimanapun, disebabkan ada umat Islam yang terkeliru dan mengabaikan salah satu dan kedua-dua aspek, maka nilai Madani ini perlu ditekankan bagi meletakkan kembali umat Islam pada landasan sebenar mengikut syariatnya.  Justeru atas dasar inilah nampaknya tugas murni ini patut diteruskan dan diwarisi oleh semua pihak sama ada mereka dapat memahaminya atau tidak. Kerana itulah perjuangan agama berlangsung sejak daripada Adam, Nuh, Ibrahim sehingga Muhammad SAW.

Dalam hal ini Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Allah telah menerangkan kepada kamu (mengenai perkara agama) apa yang telah diwahyukan kepada Nuh a.s dan perkara yang Kami wahyukan kepadamu dan pesanan Nabi Ibrahim, Musa, Isa a.s, iaitu hendaklah kamu tegakkan agama ini, dan jangan bercerai dan berpecah." (Maksud al-Quran, Surah Al-Syuraa, ayat 13).

Kepada pihak yang 'memperlekeh' dan 'memusuhi' usaha murni ini, ingatlah bahawa kita barangkali terlupa untuk menyatakan kebenaran dan kebaikan sesuatu yang diusahakan oleh saudara seagama.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

019400
Hari ini: 250
Minggu Ini: 1,995
Bulan Ini: 4,541
Tahun Ini: 19,400
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.