SEJARAH PENUBUHAN TABUNG HAJI

SEJARAH PENUBUHAN TABUNG HAJI

Tabung haji atau sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) adalah sebuah institusi yang ditubuhkan bagi membolehkan umat Islam di Malaysia membuat tabungan untuk membiayai kos bagi mengerjakan ibadat haji di Makkah. Sebelum ini, umat Islam di Malaysia berusaha membeli harta seperti tanah, ternakan dan emas lalu dijual apabila mereka hendak pergi menunaikan fardu haji ke Makkah. LUTH atau sekarang ini lebih dikenali sebagai Tabung Haji, diilhamkan penubuhannya oleh seorang cendiakawan dan pakar ekonomi iaitu Profesor Diraja Ungku Aziz, yang ketika itu bertugas di Universiti Malaya. Hasil daripada buah fikiran beliau memboleh Tabung Haji  ditubuhkan pada 30 September, 1963 dengan nama Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji.

Pengurus Besarnya yang pertama ialah Datuk Hj. Hanafiah Hussain. Bermula dengan hanya 1281 penyimpan dengan simpanan sebanyak RM46 600 pada tahun 1963, kini Tabung Haji boleh berbangga dengan jumlah penyimpan seramai 4.5 juta orang dan jumlah simpanan yang terkumpul berjumlah RM10.23 bilion. Kini Tabung Haji menjadi symbol kejayaan ekonomi umat Islam yang menjadi contoh, ikutan dan kajian oleh negara-negara Islam lain.

PERKEMBANGAN TABUNG HAJI.

Enam tahun selepas ditubuhkan iaitu pada tahun 1969, Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji telah digabungkan dengan Pejabat Kawalan Haji yang berpusat di Pulau Pinang, lalu lahirlah Lembaga Urusan danTabung Haji (LUTH). Sejak itu, Tabung Haji telah mengambil alih tanggungjawab menguruskan perjalanan bakal haji di samping menyediakan pelbagai kemudahan dan keperluan mereka. Pada tahun 1995, sekali lagi Tabung Haji mengalami perubahan berikutan dengan pemansuhan akta yang selama ini menggerakkannya dan digantikan dengan Akta 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995.

Sehubungan dengan itu, nama Tabung Haji telah ditukar kepada Lembaga Tabung Haji. Tabung Haji telah membantu ekonomi umat Islam di Malaysia dengan membuka peluang-peluang pekerjaan yang banyak. Sejak penubuhannya hingga sekarang, Tabung Haji telah menyumbangkan bayaran zakat berjumlah RM152.9 juta untuk keperluan umat Islam di seluruh Negara.

PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ

Dilahirkan pada 28 Januari, 1922 tokoh akademik dan pakar ekonomi ini merupakan tokoh yang  mengilhamkan penubuhan Tabung Haji. Beliau telah membentangkan kertas kerja bertajuk, “Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji” kepada kerajaan pada awal tahun 1959. Selepas dikaji dan didebatkan secara panjang lebar di Parlimen, akhirnya pada 30 September, 1963, Tabung Haji telah diluluskan penubuhannya. Hasil daripada jasa dan sumbangan pemikirannya, beliau telah dianugerahkan Profesor Diraja oleh yang di-Pertuan Agong (1978), Tokoh Utama Tabung Haji (1978) dab Tokoh Maal Hijrah (1997).

CEMERLANG DI ARENA ANTARABANGSA

Penubuhan Tabung Haji telah melancarkan urusan naik haji di kalangan umat Islam di Malaysia. Kejayaan ini diakui oleh Kerajaan Arab Saudi sendiri yang menganggap pengurusan pengendalian Jemaah haji oleh Malaysia melalui Tabung Haji adalah terbaik. Sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan Malaysia itu, Kuala Lumpur telah dipilih oleh Arab Saudi sebagai tuan rumah bagi Persidangan Bimbingan Haji Kali Pertama,pada September, 2000. Kejayaan penganjuran persidangan tersebut merupakan kejayaan penting buat Tabung Haji kerana Tabung Haji telah dijadikan landasan kepada 120 delegasi termasuk 17 menteri daripada 40 buah Negara Islam untuk memperbaiki system pengurusan haji.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

019391
Hari ini: 241
Minggu Ini: 1,986
Bulan Ini: 4,532
Tahun Ini: 19,391
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.