Perilaku dan tabiat manusia, baik yang terpuji mahupun tercela disebut sebagai akhlak. Dalam bahasa Melayu, akhlak sering disebut sebagai moral atau etika. Secara etimologi, akhlak berasal daripada bahasa Arab akhlaq. Para sufi dan pengarang buku mengenai akhlak mengatakan akhlak bukan hanya merupakan perilaku manusia terhadap manusia lain malahan termasuk perilaku antara manusia dengan Khaliqnya serta antara manusia dengan makhluk lain.
Akhlak atau budi pekerti yang baik merupakan darjat paling tinggi bagi umat Islam. Sehubungan ini Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang berakhlak paling mulia (Riwayat Abu Daud,Tarmizi dan Ahmad).
Ibnu Qayyim berkata,keseluruhan isi agama merupakan akhlak. Jadi barang siapa yang akhlaknya lebih luhur daripada dirimu, bererti ia memiliki darjat agama yang lebih tinggi daripada dirimu.”
Apabila suatu bangsa sudah tidak memiliki moral yang baik maka bangsa itu sedang menempuh jalan kehancuran. Meskipun negara itu mewah atau kaya, tetapi jika tidak disertai dengan akhlak yang utama, ia tidak akan berharga sama sekali, baik menurut pandangan manusia apalagi menurut sunnatullah. Maka Allah S.W.T. memberi kedudukan kepada Rasulullah menjadi uswatun hasanah, sebagai contoh dan teladan umat manusia, sebab dalam diri Baginda terdapat akhlaqul karimah akhlak yang mulia dan utama.
Para sufi menganggap bahawa selain doktrin keislaman dan keimanan, Islam memiliki doktrin lain, iaitu kebaikan ihsan. Ketiga-tiga doktrin ini merupakan trilogi yang tidak boleh dipisahkan dan merupakan penjelmaan daripada hadis Nabi s.a.w yang memuatkan kisah dialog Baginda dengan malaikat Jibril.
lhsan dalam hadis itu didefinisikan sebagai engkau menyembah Allah S.W.T. seolah-olah engkau melihat-Nya. Dan jika engkau tidak melihat-Nya sesungguhnya Allah S.W.T. melihatmu.
ltulah inti ajaran akhlak menurut para sufi, iaitu selalu berusaha menghadirkan Allah S.W.T. di mana pun berada. Bila seseorang mampu menghadirkan Allah S.W.T. di mana saja berada, dia akan selalu melakukan perbuatan yang sesuai dengan ajaran-ajaran yang telah ditetapkan Allah S.W.T. Daripada sifat ihsan yang menjadi sumber akhlak karimah akan melahirkan sifat-sifat mulia, kejernihan berfikir dan kesucian kalbu.
Usamah bin Syarik r.a meriwayatkan bahawa ketika Rasulullah saw ditanya oleh sahabat, apa hal terbaik yang di kurniakan kepada manusia? Beliau menjawab, Budi luhur. (Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)
Di antara salah satu ciri-ciri akhlak yang baik ialah bersikap kasih sayang sesama muslim. Kita harus yakin bahawa dengan menyayangi orang lain, ia akan menperolehi balasan kasih sayang yang jauh lebih besar dan lebih luas di dunia dan juga akhirat. Sesungguhnya Allah SWT menyayangi siapapun yang menyayangi hamba-hambaNya. Rasullullah bersabda yang bermaksud; Allah hanya akan menyayangi hamba yang menyayangi (makhlukNya)(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebaliknya Rasulullah saw juga bersabda yang bermaksud: Sungguh, Allah tidak akan menyayangi seseorang yang tidak menyayangi manusia (Riwayat Muslim)
Sifat peyayang merupakan pertanda kelapangan dada, kelembutan hati dan keperibadian yang tinggi. Seseorang yang berakhlak mulia akan menyayangi seluruh manusia serta seluruh makhluk. Ibnu Masud meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Kamu tidak dianggap beriman hingga kamu saling menyayangi para sahabat berkata, Wahai Rasulullah kami setiap orang, tersemua adalah penyayang. Rasul menjawab: Kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah kasih sayang di antara kamu saja, melainkan kasih sayang kepada seluruh manusia dan seluruh makhluk (Riwayat Tabrani)
Sejarah mencatat bahawa kasih sayang Rasulullah saw bukan sahaja terhad kepada sesama muslim tetapi juga kepada bukan muslim. Ini dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Maka barang kali engkau(Muhammad)akan menbinasakan dirimu kerana bersedih hati setelah mereka berpaling,sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (AlQuran). (Surah Al-Kahfi ayat 6)
Nabi Muhammad saw tidak hanya menyayangi manusia, tetapi juga menyayangi binatang. Rasulullah saw mengajak manusia untuk menyayangi binatang kerana ia akan menperolehi pahala. Beliau bersabda yang bermaksud: Setiap air yang diberikan kepada haiwan hidup (untuk minumnya) mendatangkan pahala (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jika ada pertanyaan, siapa saja yang didoakan nabi saw untuk menperolehi rahmat? Maka jawapannya dapat diperolehi dari hadis-hadis berikut ini. Nabi Muhammad saw mendoakan orang-orang melaksanakan solat sunat empat rakaat sebelum solat asar. Semoga Allah merahmati seseorang yang melaksanakan solat sunat empat rakaat sebelum asar (Riwayat Abu Daud) Nabi juga mendoakan orang yang memiliki sifat tolerensi. Seterusnya nabi juga mendoakan orang menjaga lisannya dan memanfaatkan lisannya hanya untuk kebaikan
Pada hakikatnya hanya orang yang sengsara yang tidak memiliki rasa kasih sayang. Nabi saw bersabda yang bermaksud: Rasa kasih sayang tidak akan dicabut kecuali dari orang yang sengsara (Riwayat Abu Daud). Ath-thibbi menjelaskan hadis ini dengan berkata, hal ini kerana kasih sayang berasal dari hati yang lembut. Hati yang lembut merupakan tanda keimanan. Barangsiapa yang tidak memiliki kelembutan hati maka ia tidak beriman. Dan sesiapa yang tidak memiliki iman maka ia sengsara Jadi jelas bahawa orang yang tidak memiliki kelembutan hati maka ia sengsara.
Sifat kasih sayang ini juga menjadi bukti rasa kelembutan hati dan keluhuran jiwa. Sifat ini dapat mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat. Sifat ini juga dapat menyatukan perbezaan-perbezaan yang berlaku dalam masyarakat dan meningkatan tamadun peradaban manusia itu sendiri. D isisi lain surga merupakan tempat atau kediaman bagi orang yang penuh kasih sayang. Hanya orang yang mempunyai sifat pengasih sahaja yang dapat memasuki syurga.
