UMMUL MUKMININ

UMMUL MUKMININ

Ummul Mukminin merupakan gelaran yang diberikan kepada para isteri Nabi Muhammad s.a.w. Jika ditinjau dari segi bahasa, ummul mukminin bererti “ibu orang beriman”. Gelaran itu menunjukkan bahawa para isteri Nabi Muhammad s.a.w ialah perempuan yang terpilih dan dimuliakan Allah S.W.T. Gelaran itu ditetapkan Allah S.W.T dalam surah al-Ahzab ayat 6 yang bererti : “Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri, dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka…” Selanjutnya, dalam surah yang sama ayat 53 Allah S.W.T menetapkan bahawa para isteri Nabi Muhammad s.a.w tidak boleh dikahwini oleh sesiapa pun setelah Nabi Muhammad s.a.w wafat: “…Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah, dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat, selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.”

PERAWI HADIS

Ada beberapa isteri Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi perawi hadis Nabi Muhammad s.a.w iaitu Aisyah binti Abu Bakar, Ramlah binti Abu Sufyan, Hafsah binti Umar dan Zainab binti Jahsyi. Aisyah dikenal sebagai salah seorang isteri Nabi Muhammad s.a.w yang berpengetahuan luas. Ramlah pula taat beribadat. Isteri Nabi Muhammad s.a.w yang ditugaskan oleh Abu Bakar al-Siddiq untuk mengumpulkan dan menyimpan naskah mushaf al-Quran di rumahnya ialah Hafsah. Nabi Muhammad s.a.w mengahwini Zainab dengan tujuan untuk membetulkan kekeliruan tentang kedudukan anak angkat.

ISTERI-ISTERI NABI S.A.W

Perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w dengan isteri-isterinya bertujuan untuk membentuk norma kehidupan rumah tangga yang akan menjadi contoh bagi keluarga Islam lainnya. Nama isteri Nabi Muhammad s.a.w ialah:

Khadijah binti Khuwailid
Saudah binti Zum’ah
Aisyah binti Abu Bakar
Zainab binti Huzaimah
Juwairiyah binti Harith
Sofiyah binti Huyay
Hindun binti Suhail
Ramlah binti Abu Sufyan
Hafsah binti Umar
Zainab binti Jahsyi
Maimunah binti Harith

TAWANAN PERANG

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w perang di antara orang kafir dengan orang Islam sering berlaku. Pada 6H, kaum Bani Mustaliq yang sangat memusuhi Islam menyerang kaum muslimin tetapi kalah, lalu ditawan oleh kaum muslimin. Salah seorang tawanannya ialah Juwairiyah, anak pemimpin Bani Mustaliq. Suami Juwairiyah, Musafi bin Shafwan terkorban dalam peperangan itu.

Setelah Juwairiyah dibebaskan, Nabi Muhammad s.a.w mengahwininya. Di samping itu, meletus pula Perang Khaibar. Peperangan di antara kaum muslimin dengan Yahudi itu akhirnya dimenangi oleh kaum muslimin. Antara tawanan perang tersebut ialah Sofiyah binti Huyay, puteri tokoh Yahudi yang sangat memusuhi Islam. Nabi Muhammad s.a.w mengajukan dua pilihan kepadanya, iaitu memeluk Islam dan mengahwini Baginda atau dibebaskan dan tetap menganut agamanya. Akhirnya beliau memilih untuk memeluk Islam dan berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w.

AHL AL-BAIT

Secara harfiah, Ahl al-Bait bererti anggota keluarga. Dalam al-Quran istilah ini merujuk kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w (Q.33:33). Ummul Mukminin termasuk dalam kumpulan Ahl al-Bait. Mengenal pasti Ahl al-Bait yang sesuai dengan surah itu tidak menimbulkan masalah sehinggalah Hassan bin Ali meninggal dunia. Masalah timbul apabila kumpulan Syiah beranggapan bahawa Islam dipimpin oleh Ahl al-Bait daripada keturunan Ali dan Fatimah.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

049187
Hari ini: 109
Minggu Ini: 617
Bulan Ini: 4,649
Tahun Ini: 49,187
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.