KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN KLIP VIDEO PROMOSI TAHUN MELAWAT MALAYSIA (TMM) 2026
 
1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyambut baik komitmen YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk membuat semula video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026.
 
2. Tindakan tersebut adalah wajar dan tepat mengambil kira latar belakang semangat Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan selain kemajmukan masyarakat di Malaysia. Selain itu, sepertimana semua sedia maklum, institusi masjid dan surau menjadi imej dan identiti tonggak kepada negara Malaysia.
 
3. Usaha-usaha untuk memperkukuh serta memartabat syiar Islam di Malaysia adalah keutamaan Kerajaan Madani yang sedang dilaksanakan dengan penuh giat oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui agenda Membangun Malaysia Madani dan Pelan Transformasi Al-Falah.
 
4. Usaha pengukuhan Islam ini telah digerakkan secara bersepadu bersama semua pihak termasuk agensi-agensi Kerajaan, pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri, agensi swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
 
5. Semua pihak adalah diseru untuk bersama-sama mengambil inisiatif memperkukuh perpaduan demi menjayakan agenda memajukan negara.
 
Sekian, terima kasih.
 
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
10 Januari 2025

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

019389
Hari ini: 239
Minggu Ini: 1,984
Bulan Ini: 4,530
Tahun Ini: 19,389
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.