Sejauhmana benarnya dikatakan wanita merupakan punca utama berlakunya perceraian di kalangan pasangan yang berumur pada akhir-akhir ini dinegara kita. Pernah pada suatu ketika dulu mengikut rekod kes-kes penceraian yang berlaku di kalangan pasangan tua, 80 peratus kesalahan adalah terletak di atas bahu isteri. Benarkah?
Hakikatnya apabila pasangan semakin meningkat usia, kebiasaannya isteri tidak mahu lagi menjaga kecantikan atau berdandan untuk suaminya sedangkan perkara itu amat dituntut di dalam Islam. Hak si suamipun semakin terabai apabila pasangan semakin berumur. Isteri lebih sibuk melayan cucu, anak dan menantu daripada melayan suami.
Mereka tidak mahu lagi menjaga kecantikan dan berdandan untuk suami. Tidak hairanlah kalau ada suami yang mencari isteri baru selepas mereka tua kerana mereka (suami) terasa tidak lagi dihargai dan dilayan sepenuhnya oleh isteri-isteri mereka apabila umur menjelang senja.
Agak membimbangkan akhir-akhir ini juga dikatakan perceraian di kalangan golongan yang berumur meningkat ke tahap membimbangkan sekarang berikutan lelaki dikatakan lebih gemar memilih gadis belasan tahun sebagai isteri baru mereka. Harusnya fanomena ini perlu dibendung supaya ia tidak terus menjadi satu masalah yang lebih serius dalam masyarakat pada masa depan.
Ambillah iktibar daripada nasihat para alim ulamak yang sering mengingatkan kepada semua isteri agar sentiasa mengekalkan kemesraan dan melayani para suami mereka sebaik-baiknya hingga ke akhir hayat. Para isteri sesungguhnya tidak wajar mengabaikan tanggungjawab kepada suami mereka apabila usia perkahwinan pasangan itu semakin meningkat. Para isteri harus menjaga kecantikan mereka walaupun sudah tua. Lelaki ini lain kerana syahwat mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat dan ia berbeza dengan wanita kerana mereka (wanita) mempunyai menopaus (putus haid). Dahlah tuntutan nafsu para suami tidak dapat dipenuhi, makan minum pula terabai. Maka janganlah salahkan lelaki kalau mereka mencari isteri baru.
Pada hakikatnya di zaman moden ini pelbagai kaedah dan rawatan telah dicipta untuk mengekalkan kecantikan para wanita. Islam menggalakkan isteri-isteri berdandan dan menjaga kecantikan untuk suaminya. Insya-Allah isteri-isteri yang memenuhi kewajipan kepada suaminya akan diberikan ganjaran yang besar daripada Allah.
Sesungguhnya, kegagalan pasangan mengekalkan erti kemesraan sebagai suami isteri mendorong mereka mengambil keputusan bercerai selepas usia perkahwinan semakin meningkat. Justeru selain membina kemesraan sebagai suami isteri pasangan juga perlu memupuk erti persahabatan antara kedua-dua belah pihak sejak usia awal perkahwinan. Nilai persahabatan adalah lebih kekal dari kemesraan. Sekiranya suami isteri berjaya memupuk erti persahabatan dalam hubungan mereka masalah perceraian ketika usia tua tidak akan berlaku.
