KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN PERSETUJUAN GENCATAN SENJATA DI GAZA PALESTIN
 
1.​Pengumuman perjanjian gencatan senjata di Gaza yang bakal berkuatkuasa pada hari Ahad ini adalah satu perkembangan positif serta amat dialu-alukan.
 
2.​Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh kenyataan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan gencatan senjata tersebut mestilah menjadi batu loncatan ke arah matlamat menubuhkan negara Palestin yang berdaya maju, berdaulat dan merdeka yang telah lama tertangguh.
 
3.​Sesungguhnya mangsa-mangsa di Palestin telah melalui konflik ini dengan penuh kesengsaraan dan penderitaan. Mereka memerlukan sokongan daripada masyarakat dunia untuk membina semula kehidupan mereka.
 
4.​Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru umat Islam untuk terus menghulurkan bantuan kepada masyarakat Palestin sebagai tanda kesatuan hati dan jiwa. Marilah bersama-sama kita berdoa kepada Allah Subhanahu Wata’ala agar masyarakat di Palestin terus diberikan keafiatan dan kesejahteraan.
 
Sekian, terima kasih.
 
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)
17 Januari 2025

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

019398
Hari ini: 248
Minggu Ini: 1,993
Bulan Ini: 4,539
Tahun Ini: 19,398
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.