AZAB ADALAH HUKUMAN DARIPADA ALLAH SWT

AZAB ADALAH HUKUMAN DARIPADA ALLAH SWT

Dalam erti keagamaan, hukuman yang ditimpakan kepada seseorang sebagai akibat dari perbuatannya disebut azab. Hukuman itu sendiri ada dua macam, iaitu yang berasal dari Allah SWT dan yang dilakukan suatu golongan terhadap golongan lain. Contoh hukuman dari Allah SWT adalah hukuman yang ditimpakan kepada Firaun dan para pengikutnya agar mereka menyedari kekeliruannya dan kembali ke jalan yang benar (Maksud Al-Quran surah Az-Zukhruf ayat 48).

Adapun contoh hukuman dari satu golongan kepada golongan yang lain adalah siksaan yang dilakukan Firaun serta para pengikutnya terhadap Bani Israil dan pembunuhan semua bayi laki-laki mereka (Q.2:49; 7:141; 14:6; 44:30,31). Dalam Al-Quran dijelaskan bentuk dan sebab azab. Contoh sebab azab kerana kafir kepada Allah SWT diterangkan dalam Surah Al-Anfal ayat 35 dan mendustakan ayat-ayat Allah SWT dalam Surah Al-Araf ayat 36-39. Salah satu contoh bentuk azab Allah SWT di neraka adalah minuman dari air yang sedang mendidih.Ini terdapat dalam Surah Al-Annam ayat 70.

Pada umumnya Kaum Asyariyah (penganut aliran Asyariyah) menyakini adanya azab Allah SWT yang ditimpakan kepada manusia ketika masih berada di dunia ini. Dalam Al-Quran dikisahkan adanya azab dalam berbagai bentuk bencana alam. Bangsa-bangsa terdahulu yang ingkar atau zalim tertimpa bencana itu, misalnya angin kencang yang sangat dingin dan membinasakan kaum Ad (Surah Al-Haqqah ayat 6). Nabi Hud AS diutus Allah SWT untuk memberi peringatan kepada kaum Ad yang sesat (Surah Al-Ahqaf ayat 21) kerana mereka menyembah objek lain selain Allah SWT. Mereka tidak mahu mendengarkan Nabi Hud dan tetap membangkang. Akhirnya, Allah SWT menurunkan azab kepada kaum Ad dalam dua tahap. Salah satu azabnya berupa kekeringan atau kemarau yang sangat dashyat.

Sebelum bencana banjir diturunkan, Nabi Nuh AS sudah mengingatkan umatnya akan azab Allah SWT. Namun mereka tetap membangkang dan menolak ajakan Nabi Nuh AS. Akhirnya bencana banjir besar ditimpakan kepada kaum Nabi Nuh AS kerana mereka berbuat zalim. Atas perintah Allah SWT, Nabi Nuh AS dan kaumnya yang bertaqwa membangun bahtera besar agar mereka terhindar dari bencana banjir.

Menurut tafsir Ibnu Kasir, ada dua pendapat tentang azab kubur. Yang pertama menyatakan bahawa azab kubur berbentuk penyiksaan secara fizikal, sedangkan yang kedua berpendapat bahawa azab kubur hanya merupakan pengalaman rohani. Meskipun demikian, tidak semua ulama, terutama ulama moden, berpendapat bahawa azab kubur itu ada. Sebagian dari mereka tidak percaya akan adanya azab kubur.

Para ahli ilmu kalam berpendapat bahawa azab diakhirat berlaku secara fizikal. Hal ini didasarkan pada keyakinan mereka tentang adanya kebangkitan jasmani seperti dinyatakan dalam firman: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh? Katakanlah: Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya  kali pertama (Surah Yasin ayat78-79). Kaum sufi menolak kebangkitan jasmani. Menurut mereka, yang jasmani bersifat sementara. Yang akan dibangkitkan di akhirat adalah yang rohani. Oleh kerana itu, azab akhirat itu bersifat rohani.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

048176
Hari ini: 124
Minggu Ini: 1,712
Bulan Ini: 3,638
Tahun Ini: 48,176
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.