KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN USAHA PEMULIHAN GAZA, PALESTIN
 
1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh komitmen YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri untuk menggerakkan usaha membina sebuah sekolah, hospital dan masjid di Gaza, Palestin dalam usaha
pembinaan semula Gaza seperti yang dizahirkan pada 29 Januari 2025.
 
2. Bagi tujuan tersebut, di peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya akan membentuk dan mempengerusikan Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi yang diurussetiakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM dan Yayasan Waqaf Malaysia untuk menggembleng potensi dan ruang komprehensif ke arah mendokong komitmen YAB Perdana Menteri.
 
3. Jawatankuasa Khas ini akan menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri serta rakan-rakan strategik bagi mempertingkat kerjasama menyeluruh masyarakat dalam pembangunan semula Gaza.
 
4. Marilah bersama-sama berdoa agar segala perancangan yang disusun ini terlaksana dengan jayanya. Semoga Allah Allah Subhanahu Wataala memberikan limpahan kesejahteraan dan kekuatan kepada rakyat Palestin menghadapi ujian berat ini.
 
Sekian, terima kasih.
 
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
29 Januari 2025

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

016832
Hari ini: 267
Minggu Ini: 1,637
Bulan Ini: 1,973
Tahun Ini: 16,832
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.