Zaman ini, agama sering menjadi alat untuk meraih kekayaan, pengaruh, anugerah, pangkat dan kepentingan pribadi. Pelbagai helah yang licik digunakan oleh “pedagang agama”, seperti watak ‘alim untuk mempengaruhi masyarakat. Justeru bagaimana caranya untuk umat Islam mengelak penipuan ini?
Penyalahgunaan agama untuk menipu bukanlah perkara baharu. Ia sudah berlaku sejak zaman dahulu, tetapi hari ini, dengan kemajuan teknologi dan media sosial, ia semakin berleluasa. Ramai yang tertipu kerana ketidakfahaman tentang agama dan ketergantungan terhadap figura tertentu tanpa menyelidiki kesahihan mereka. Ada yang mempergunakan ayat-ayat al-Quran dan hadis demi keuntungan sendiri, sehingga mengaburkan perbezaan antara kebenaran dan kebatilan. Mereka menjual kewarakan tapi hakikatnya bersifat munafik. Mereka mempamerkan sikap zuhud, tetapi jiwanya dipenuhi tamak haloba. Mengenakan bayaran terlampau tinggi atas perkhidmatan agama, kerana hati mereka sentiasa terbelenggu oleh rasa tamak dan rakus.
“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.” - (Al-Baqarah 96)
Sifat bakhil, tamak dan hasad dengki telah menjadi darah daging bangsa Yahudi sepanjang sejarah mereka, seperti yang telah diceritakan dalam al-Qur'an. Perkara kenabian Rasulullah SAW dan al-Qur'an pun menjadi sasaran hasad dengki bangsa Yahudi, apalagi jika tentang harta benda dan kekayaan. Mereka akan berusaha mendapatkan harta dengan berbagai cara, sama ada secara sah atau tidak sah. Keterlaluan mereka dalam mengumpul harta menyebabkan bangsa ini menyembah patung lembu dibuat daripada emas, kerana emas adalah barang yang paling berharga pada mereka. Itulah gambaran betapa bangsa Yahudi mengagungkan harta, kerana sifat ini didorong oleh aqidah yang meletakkan mereka sebagai bangsa yang terpilih untuk menguasai dunia.
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kes penipuan pakej umrah yang melibatkan sebuah syarikat pelancongan. Syarikat ini didakwa menipu ramai jemaah dengan menawarkan pakej umrah yang tidak wujud, menyebabkan kerugian kewangan yang besar kepada mangsa. Mangsa-mangsa mendakwa mereka telah membayar sejumlah wang kepada syarikat tersebut untuk menunaikan umrah, namun perjalanan yang dijanjikan tidak menjadi realiti. Kes penipuan seperti ini, yang menunggang keinginan umat Islam untuk menunaikan Haji atau Umrah, bukan sahaja menyebabkan kerugian kewangan, tetapi juga menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap agensi pelancongan dan institusi yang menggunakan nama Islam.
Wujud juga individu-individu yang menggelarkan diri mereka sebagai “doktor”, “ustaz”, atau “sheikh”, tanpa sebarang pengiktirafan atau tauliah. Mereka menunggang gelaran ini untuk menarik kepercayaan orang awam, yang tidak semak kepakaran mereka. Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda: “Akan datang suatu
zaman di mana orang-orang yang fasik dan pendusta akan dipercayai, sedangkan orang jujur dan amanah akan dianggap pendusta.” - (HR Ibn Majah)
Kemudian, wujud pula scammer agama yang menggunakan alasan membina masjid, membantu anak yatim, atau mengembangkan dakwah untuk meminta sumbangan. Namun dana yang diberikan kepadanya hanya dimasukkan ke dalam kocek sendiri, dan anak-anak yatim atau pelajar-pelajar, dinafikan hak mereka. Adakah mereka ini tidak takut akan balasan yang sangat pedih di akhirat kelak? Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan cara yang batil.” - (Surah An-Nisa: 29)
Berinfaq itu baik, tetapi zaman ini, setiap muslim harus memastikan ia benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan. Jangan kita menyamakan mereka yang betul-betul memerlukan dana keperluan dengan penipu atau scammer, cukup dengan sikap berhati-hati dan selidik terlebih dahulu.
Scammer agama bukan sahaja menipu individu-individu tertentu, tetapi juga memberikan kesan buruk kepada masyarakat dan ekonomi. Ramai yang terpedaya dengan skim penipuan yang menggunakan nama agama, sehingga mengalami kerugian kewangan yang besar.
Wang yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kebajikan atau keperluan keluarga disalurkan kepada individu yang tidak bertanggungjawab. Institusi kewangan Islam juga boleh terjejas apabila kepercayaan terhadap badan-badan yang membawa nama Islam semakin rendah. Apabila individu yang mempergunakan agama untuk menipu terbongkar, masyarakat mula hilang kepercayaan terhadap agama Islam itu sendiri. Orang awam menjadi ragu-ragu terhadap ajaran agama dan mula menjauhkan diri daripada institusi keagamaan.
Fitnah seperti ini dijadikan bahan untuk musuh Islam menyerang kredibiliti agama dan melemahkan keyakinan umat Islam sendiri. Inilah realitinya, tipu daya musuh Islam yang sentiasa berusaha untuk merobohkan kepercayaan ummah terhadap agama Islam itu sendiri. Sepertimana gerakan New Atheist dan Liberalisme memusnahkan agama Kristian di barat, tidak mustahil bahawa mereka juga sedang melaksanakan perancangan yang sama untuk meruntuhkan Islam. Dari satu sudut, musuh dari luar Islam juga perlu dianggap sebagai scammer agama, kerana mereka-reka fitnah, Islamofobia, menghebohkan kelemahan dan kesilapan orang Islam, lalu kemudian menyebarkan ajaran songsang mereka.
Sebagai Muslim yang berakal, kita perlu sentiasa berwaspada. Periksa dahulu latar belakang mana-mana individu sebelum mempercayainya. Jika seseorang mengaku sebagai ustaz atau ‘alim, pastikan mereka mempunyai kelayakan dan pengiktirafan daripada institusi agama negeri.
Jika ada pihak yang meminta derma atau sedekah, lakukan semakan terhadap organisasi atau individu tersebut. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis tentang pulangan atau keuntungan, hanya kerana individu itu melakonkan watak zuhud.
Rujuk kepada majlis agama setiap negeri, untuk dapat kepastian tentang mana-mana individu, servis atau produk. Bukan semua perkara yang dipaparkan di media sosial boleh dipercayai sumbernya, dan terdapat maklumat tentang agama di atas talian, tidak berdasarkan tradisi keilmuan Islam yang sebenar. Dunia hari ini benar-benar berhadapan dengan pertembungan antara kebenaran dan kepalsuan. Scammer agama muncul dengan pelbagai muslihat untuk memperdaya umat Islam, menggunakan nama agama demi kepentingan diri. Di akhir zaman ini juga, musuh-musuh Islam semakin berani menyiapkan landasan bagi kedatangan Dajjal. Demi kepuasan nafsu, mereka sanggup menggadaikan akhirat, dan langsung tidak percaya dengan pembalasan Allah kelak.
Allahumma inni a’udzu bika min fitnatil-masihud-dajjal.
