MENYANTUNI PELAJAR TAHUN 1 DI SIRAJ PUTRAJAYA

MENYANTUNI PELAJAR TAHUN 1 DI SIRAJ PUTRAJAYA

18 Februari 2025 – Menteri Hal Ehwal Agama Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar telah membuat satu lawatan mengejut dan turun padang bagi menyantuni anak-anak pelajar Tahun 1 di Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Putrajaya usai sesi di Dewan Rakyat.

Dalam siri video di laman sosial Tiktok beliau berharap murid-murid tahun 1 ini akan perlahan-perlahan belajar dan menyesuaikan diri dengan alam persekolahan. Dalam masa yang sama berharap agar dengan bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar para guru dan asatizah, anak-anak ini akan mendapat pendidikan terbaik.

Selain itu, beliau membantu memberikan sumbangan kepada seorang murid yang memiliki sepasang kasut yang sudah rosak agar anak tersebut dapat membeli kasut baru. 

Untuk makluman, di bawah seliaan JAWI, terdapat 71 buah Sekolah Rendah Agama manakala sebanyak 6 buah Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ).

Inilah peranan JAWI selaku pihak berkuasa agama Islam negeri membangunkan modal insan generasi madani.

Pada akhir lawatan beliau sempat menuturkan beberapa nasihat dan ucapan terima kasih kepada semua tenaga pengajar.

Boleh ikuti beliau di laman sosial tiktok di sini : https://www.tiktok.com/@dsdrnaim

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

019374
Hari ini: 224
Minggu Ini: 1,969
Bulan Ini: 4,515
Tahun Ini: 19,374
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.