PENILAIAN KESIHATAN DENGAN CARA BERPUASA

PENILAIAN KESIHATAN DENGAN CARA BERPUASA

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya Dia mengurniakan saya kesihatan yang baik dan berpeluang untuk menulis artikel ini. Isu yang akan dibincangkan ialah berkaitaan isu puasa dan kaitannya dengan kesihatan. Puasa orang Islam dapat dibandingkan dengan puasa orang bukan Islam iaitu vegetaranian. Terdapat perbezaan antara keduanya dan puasa yang sebenarnya tampak lebih berkualiti jika dilihat pelbagai aspek terutamanya dari aspek kesihatan. Puasa orang bukan Islam bukan tiada manfaatnya namun kurang jika dibandingkan dengan puasa umat Islam pada bulan Ramadhan.

Kesihatan merupakan antara perkara utama dalam kehidupan harian. Bagi memastikan kesihatan berada pada tahap yang memuaskan maka kita haruslah mengikut ajaran yang telah digariskan didalam Islam. Antara perkara pokok yang telah Islam mengajar kita ialah untuk menjaga kebersihan. Kata pepatah didalam Islam ‘kebersihan itu separuh daripada iman’. Kebersihanlah yang akan mencorakkan iman seseorang. Jika bersih seseorang itu, maka, sihatlah dia. Pelbagai cara dapat kita praktikkan bagi memastikan tahap kebersihan berada pada tahap yang memuaskan. Antaranya, senaman, pemakanan, malah solat dan berpuasa juga antara cara untuk kita menjaga kesihatan.

Puasa merupakan ibadah wajib bagi setiap umat Islam dan telah ditentukan bagaimana tatacara untuk berpuasa bagi setiap diantara kita. Jika dilihat dari konteks agama Islam yang mana berbeza dengan Kristian, puasa menurut Islam ialah ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.  Manakala jika dilihat puasa bagi agama Kristian ialah mereka berbeza sekali dengan agama Islam dan ini sudah pasti kerana mereka berpuasa dalam erti kata vegetarian. Mereka akan berpuasa selama 180 sehingga 200 hari dalam setahun.

 

Jika dilihat dari sudut Islam, puasa sebagai satu ibadah. Puasa juga dikatakan sebagai satu proses penyucian dosa dan pembersihan jiwa serta untuk peningkatan ketakwaan kepada Tuhan. Selain itu, puasa juga sangat membantu didalam bentuk rawatan kepada sistem tubuh badan. Melalui puasa juga sistem imunisasi didalam badan akan menjadi kuat serta dapat melawan pelbagai jenis penyakit dan masalah dalaman. Malah melalui berpuasa juga dapat menyucikan organ-organ dalaman daripada sisa-sisa toksid. Pemakanan memainkan peranan penting dalam memastikan diri kita bebas dari pelbagai jenis penyakit. Maka, melalui berpuasa kita dapat mengawal pengambilan makanan serta dapat menjaga diri kita dari penyakit-penyakit yang berbahaya.

Dalam konteks agama Kristian pula, mereka mengawal pemakanan mereka dengan hanya memakan sayur-sayuran, kekacang dan buah-buahan. Mereka hanya dilarang untuk makan pelbagai jenis daging. Melalui cara ini kandungan kolestrol serta gula didalam badan akan menurun tetapi akan kembali kepada tahap normal seperti hari-hari biasa apabila mereka tidak berpuasa. Hal ini adalah kerana mereka bukanlah berpuasa seperti umat Islam berpuasa., tetapi mereka tidak diwajibkan untuk berpuasa berturut-turut tetapi dinyatakan hanya didalam tempoh 180 sehingga 200 hari. Ada juga diantara mereka yang menganut agama tersebut tetapi tidak mengamalkan apa yang diajar dalam agama mereka. Oleh itu, cara berpuasa sebegini amatlah sukar dalam pembentukan serta pemulihan sistem imunisasi didalam badan seseorang.

Secara tuntasnya, setiap agama mempunyai cara mereka tersendiri dalam pengamalan puasa. Tujuannya juga adalah hampir sama iaitu untuk mencapai tahap kesihatan yang maksimum. Namun berbeza dengan agama Islam kerana seperti yang dapat dilihat dengan jelas bahawa, berpuasa dengan cara yang diajarkan oleh Islam sangatlah berfaedah berbanding berpuasa dengan erti kata hanya tidak memakan daging sahaja. Islam itu indah, maka semestinya apa yang diajarkan didalamnya juga indah dan bermanfaat bagi umat yang mengikut setiap ajaran tersebut. Ini kerana, didalam Islam tidak hanya melihat dari sudut kesihatan malah dilihat dari sudut ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

019367
Hari ini: 217
Minggu Ini: 1,962
Bulan Ini: 4,508
Tahun Ini: 19,367
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.