YAB PM MENERIMA KUNJUNGAN MAHABBAH ULAMA MADRASAH PONDOK KELANTAN

YAB PM MENERIMA KUNJUNGAN MAHABBAH ULAMA MADRASAH PONDOK KELANTAN

Bertempat di Pejabat Perdana Menteri, pagi ini saya mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan mahabbah bersama para ulama' dan ilmuan dari madrasah pondok negeri Kelantan.
 
Alhamdulillah pertemuan berlangsung dengan penuh ukhuwwah. Ini indahnya persaudaraan Islam. Bertemu dan berpisah niatnya kerana Allah.
 
Tuan Guru Pondok menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kesudiaan YAB Perdana Menteri menjemput mereka ke pejabatnya. Menurut mereka pertemuan ini adalah bersejarah bagi madrasah pondok negeri kelantan.
 
Kerajaan Madani akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh memartabatkan agenda Islam di Malaysia. Pedoman dan nasihat daripada para ulama' dan ilmuan menjadi kekuatan dalam melonjak agenda negara Madani.

Sumber: FB Dato' Setia Dr. Naim

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

019369
Hari ini: 219
Minggu Ini: 1,964
Bulan Ini: 4,510
Tahun Ini: 19,369
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.