Ramadan seharusnya dapat meningkatkan semangat umat Islam untuk mendekatkan diri dengan Allah. Tetapi tidak hanya untuk diri melainkan untuk mengajak manusia kepada Islam. Untuk memelihara aqidah umat dan menolong agama Allah. Sudah menjadi sebahagian dari sunnah Allah menjadikan golongan kufar menyerang Islam ketika memasuki Ramadan kerana sifat kebencian mereka terhadap Islam dan umatnya.
Mereka golongan kufar menyangka umat Islam berada dalam keadaan lemah ketika bulan ramadan. Inilah sebahagian dari ujian Allah untuk memaparkan siapa benar-benar beriman. Lantaran itulah banyak ma'rakah atau peperangan berlaku pada bulan Ramadan. Inilah sedang kita saksikan serangan demi serangan kuasa besar kufar terhadap umat Islam sedang memuncak menjelang Ramadan.
Tiada jalan lain bagi umat Islam, negara umat Islam dan pemimpin-pemimpin umat Islam melainkan kembali kepada aturan sunah Allah untuk membulatkan tekad, semangat dan daya upaya rekayasa kekuatan bangun menghadapi ujian ini dengan menunjuk dan mengajar golongan kufar bahawa iman umat Islam bukan seperti buih-buih di lautan.
Janganlah kalian merasa sesak dada dengan buruknya keadaan dan gelapnya masa depan kerana mustahil suatu keadaan berlangsung sama sepanjang zaman.
Inilah sedang kita saksikan serangan terhadap saudara kita Palestin dan Ard a Syam.
Maka bangunlah wahai Mesir, Jordan, Saudi, Iraq, Syria, Lubnan, Yaman, Tunisia, Algeria, Iran, Indonesia, Malaysia dan seluruh ummah beriman. Semangat Ramadan seharusnya dapat meningkatkan semangat umat Islam untuk mendekatkan diri dengan Allah. Tetapi tidak hanya untuk diri melainkan untuk mengajak manusia kepada Islam demi memelihara aqidah umat dan menolong agama Allah.
Dengan semangat Ramadan ini semua masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan untuk melaksanakan solat hajat secara berterusan sepanjang baki bulan Ramadan ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia bertujuan mendoakan keselamatan umat Islam di Palestin dan tanda solidariti ke atas nasib rakyat negara itu yang kini kembali diserang Israel.
Dalam masa sama, tambah Mohd Nai’m, Malaysia turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas bagi menghentikan keganasan rejim Israel serta memastikan keadilan bagi rakyat Palestin.
Lebih 400 penduduk Gaza, kebanyakannya wanita serta kanak-kanak, terbunuh dalam serangan terbaharu Israel sekali gus menamatkan gencatan senjata yang dicapai sebelum ini.
Memetik laporan Al Jazeera, sekurang-kurangnya 170 orang telah terbunuh dalam serangan itu di seluruh Gaza termasuk 78 orang yang terbunuh di Khan Younis di selatan Gaza dan sekurang-kurangnya 20 orang lagi maut di Gaza City.
