BERIKTIKAF MENGHAYATI LAILATUL QADAR

BERIKTIKAF MENGHAYATI LAILATUL QADAR

Jika kita berkeinginan untuk mendapatkan Lailatul Qadar kita harus melakukan qiyam (menghayati) Ramadhan siang malam dengan ta’lim (belajar), ibadah, zikir, solat sunat dan tadarus Al-Quran. Kegiatan ini harus kita tingkatkan pada sepuluh hari akhir ramadhan melalui kegiatan tambahan iaitu dengan melaksanakan iktikaf.

Ini sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah saw yang amat bersungguh-sungguh dalam amalannya sehingga diriwayatkan bahawa Baginda mengikatkan kemas kainnya dan mengejutkan para keluarganya untuk sama-sama beramal dan beribadah menghayati malam–malam tersebut  (Hadis Riwayat Bukhari dan lain lain). 

Iktikaf yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw bukanlah perkara baru,nia adalah sebahagian daripada syariat. Ini kerana seperti juga solat dan tawaf(haji), iktikaf merupakan kelanjutan dari risalah Nabi Ibrahim as.

Mengapa Nabi saw memilih iktikaf pda 10 hari terakhir Ramadhan tidak pada 10 hari pertama Ramadhan. Mungkin ia berkait rapat dengan kemuncak ibadah puasa yang makin bersemarak pada 10 hari terakhir Ramadhan. Dan yang terpenting ialah ia berkait rapat dengan lailatul Qadar. Untuk mendapatkan lailatul Qadar ia tidak cukup dengan bersungguh-sungguh beribadah pada malam itu sahaja. Ia harus dirintis dari awal, sehingga kita benar-benar secara rohaniah bersedia menerima kedatangannya. Dengan demikian ada hubungan erat antara iktikaf dan lailatul Qadar.

Rasulullah saw terus melakukan amalan ini sehingga akhir hayatnya. Kemudian amalan tersebut diteruskan oleh isteri-isterinya. Ini menunjukan juga bahawa iktikaf bukan hanya untuk kaum lelaki. Dan memang perlu diketahui bahawa dalam Al-Quran masalah ibadah laki-laki dan perempuan tidak pernah dibezakannya. Dan yang penting khusus bagi kaum perempuan selama di masjid tempat iktikaf itu tersedia segala kemudahan saperti bilik tempat bertukar pakaian, bilik mandi, tempat tidur yang tertutup bagi memudahkan mereka untuk beriktikaf. Tetapi harus diingat ia harus dilakukan atas dasar musyawarah dengan suami atau anak-anak kerana perempuan ada tanggungjawab rumahtangga.

Bagi Nabi saw Lailatul Qadar adalah tamu Agung yang harus disambut dengan cara-cara yang Agung juga. Justeru itu beliau melakukan iktikaf, meninggalkan semua aktiviti dan tinggal di Masjid. Satu riwayat menceritakan bahawa Nabi meninggalkan Masjid hanya jika ada urusan dengan dua perkara, iaitu menziarahi orang mati dan menjenguk sahabat yang sakit kuat sahaja,

Penekanan masjid sebagai tempat iktikaf menjadi sangat penting meningatkan tempat tinggal Nabi bersambung dengan Masjid. Perlu dingat  bahawa iktikaf bukanlah wahana untuk berdiskusi, apalagi untuk bercakap-cakap kosong. Bukan juga tempat istirehat dan tidur. Iktikaf adalah wahana untuk bersungguh-sungguh bermuhasabah diri atau berlumba-lumba memperbanyakkan ibadah. Walaunpun iktikaf yang sedang kita bicarakan ini adalah dalam kaitannya dengan bulan puasa, tetapi tidak ada salahnya kalau ia hendak dilakukannya di luar bulan Ramadhan, selama tidak mengabaikan diri dari tanggungjawab sosial.

Amat menyedihkan kita amalan Iktikaf di masjid pada sepuluh akhir bulan ramadhan di kalangan umat Islam di negara ini tidak begitu  popular. Realitinya diakhir-akhir Ramadhan ini masjid-masjid atau surau semakin lama semakin sepi. Para ahli jemaah yang tinggal hanya terdiri dari kalangan orang-orang tua, anak-anak muda  boleh dibilang dengan jari.Anak-anak kecil yang datang pun hanya sekadar niat untuk mengambil makanan dan minuman sahaja. Mereka lebih ghairah dengan persiapan untuk menyambut Hari Raya atau pulang kekampung.

Tidak salah, kerana ia menjadi satu tradisi mereka dan yang penting mereka berbahagia bersama keluarga melakukan nya. Tetapi persoalannya haruskah kita mengorbankan saat penting ibadah yang datang sekali dalam setahun ini. Mengunjungi orang tua dan sanak saudara boleh dilakukan pada bila-bila masa atau pada waktu yang lain. Tetapi iktikaf sepuluh hari terakhir Ramadhan tidak boleh dipindah ke waktu yang lain.

Selama beriktikaf itu kita bertafakur, merenung diri sendiri, tentang hakikat diri kita ini, dari mana, dimana, dan akan ke mana. Ada ungkapan dan sebahagian menyebutnya hadis iaitu : “Barang siapa yang mengenal  dirinya nescaya akan mengenal Tuhannnya” Tafakur jenis kedua adalah dengan merenungkan alam ciptaanNya. Kalau yang pertama untuk melahirkan kesedaran diri, maka yang kedua ini melahirkan pandangan dunia(world view).Manusia mempersepsi Tuhan berdasarkan kesedaran dirinya tetapi bertindak berdasarkan pandangan dunianya. Bagi Tuhan, alam ciptaanNya tidak boleh dipisahkan dari dirinya. Kerana Tuhan tidak pernah berjarak dengan hasil ciptaan-Nya. Maka alam dalam konsep Islam, merupakan salah satu instrument penting untuk bertauhid, kerana di keluasan alam ada (kesatuan alam semesta) sebagai menifestasi dari keesaan Tuhan.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

019367
Hari ini: 217
Minggu Ini: 1,962
Bulan Ini: 4,508
Tahun Ini: 19,367
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.