AHMAD KHATIB AHLI FIQIH MINANGKABAU

AHMAD KHATIB AHLI FIQIH MINANGKABAU

Masyarakat Minangkabau pernah memiliki seorang ahli fiqih dan ulama besar yang sangat memperhatikan masalah agam dan kemasyarakatan melalui buku-bukunya. Ulama itu bernama Syekh Ahmad Khatib Minangkabau. Beliau berasal dari keluarga ternama di Minangkabau dan adalah saudara sepupu dengan Haji Agus Salim, cendiakawan dan pemimpin Islam yang berpengaruh di Indonesia. Setelah tamat sekolah rendah, Ahmad Khatib melanjutkan pendidikannya di Mekah. Berkat ketekunan dan kesabarannya, beliau dilantik menjadi imam besar Masjidilharam dalam mazhab Syafie. Setelah bermukim di sana selama 10 tahun, beliau bernikah dengan putri gurunya. Beliau menjadi seorang guru di Mekah sehingga ke akhir hayatnya.

Ahmad Khatib melihat wujud masalah dalam perkembangan Tarekat Nasyabandiah yang pada pendapatnya adalah sesat. Justeru, beliau telah menulis tiga buah buku yang berkaitan dengan permasalahan dalam tarekat berkenaan. Buku pertama adalah jawapan di atas pertanyaan yang diajukan oleh orang ramai berkaitan tarekat tersebut. Sementara itu, buku kedua, merupakan fatwanya terhadap tarekat Naqsyabandiah dan buku ketiga merupakan jawapan ke atas surat seorang ulama yang menyelar Ahmad Khatib serta membela Tarekat Naqsyabandiah.

Selain masalah fiqih, Ahmad Khatib juga menulis buku yang berisi pembelaan terhadap Tarekat Islam. Buku itu berisi sanggahan terhadap tuduhan Syeikh Hasyim bin Muhammad Asy’ari al-Jumbany, bahawa Tarekat Islam adalah bidaah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Buku berkenaan lengkap dengan petikan kata-kata beberapa ulama di Masjidilharam. Akhirnya, Syeikh Hasyim menyedari kekeliruannya dan mengirim surat kepada Syekh Ahmad Khatib.

Ahmad Khatib menentang keras pembahagian harta pusaka seperti yang berkembang di Minangkabau. Menurutnya, para pelaksana hukum waris Minangkabau telah menjadi fasik. Oleh hal yang demikian, beliau telah menulis sebuah buku berkaitan masalah tersebut. Meskipun pendapatnya tentang hukum waris minangkabau ditentang kaum adat dan ulama Minangkabau, Ahmad Khatib tetap dengan pendiriannya. Sebagai jalan keluar satu pertemuan dengan Persatuan Tarbiyah Islamiah (1939) dan seminar “Tengku Tiga Sejarawan” (ulama, penghulu adat dan cerdik pandai), diadakan untuk memutuskan perbezaan pembahagian antara harta pusaka (harta pusaka tinggi) dan harta pencarian (harta pusaka rendah). Pertemuan pertama khusus membicarakan hukum waris adat dan pertemuan kedua berkisar hukum waris dalam Islam.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

003252
Hari ini: 55
Minggu Ini: 1,019
Bulan Ini: 3,252
Tahun Ini: 3,252
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.