MENGURUS TERTIB DAN KEUTAMAAN DALAM AGAMA

MENGURUS TERTIB DAN KEUTAMAAN DALAM AGAMA

Tular satu kenyataan yang dikeluarkan oleh tokoh pimpinan politik ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning baru-baru ini. Kenyataan tersebut telah menimbulkan sedikit perdebatan dalam kalangan masyarakat berkaitan isu keutamaan keluar mengundi atau mengerjakan ibadat haji dan umrah.
 
Melihat isu ini, tarikh pengundian PRK Ayer Kuning telah ditetapkan pada 26 April dan 22 April 2025 untuk pengundi awal. Manakala tarikh penerbangan pertama bagi jemaah Haji adalah pada 29 April 2025. Ini menunjukkan bahawa tidak timbul isu pertembungan antara tarikh pengundian dengan tarikh penerbangan haji dan seseorang itu masih mempunyai kesempatan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi jika dijemput untuk menunaikan ibadah haji.
 
Namun, sekiranya berlaku pertembungan sekali pun, isu ini merupakan isu menyusun tertib keutamaan dalam melaksanakan sesuatu tuntutan yang dipanggil awlawiyyat.
 
Dalam hal ini, setiap keutamaan akan berbeza antara setiap individu dengan situasi yang dihadapi. Dari segi fiqh perkara ini perlu dilihat secara terperinci bagi setiap kes dalam mengatur dan menyusun keutamaan pelaksanaan tuntutan agama yang berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Situasi seperti haji yang wajib atau sunat atau nazar, kesihatan bakal haji, urusan keluarga, kedudukan kewangan semasa, peluang kouta masa hadapan, kewujudan teman dalam perjalanan dan lain-lain situasi yang berkaitan dengannya adalah menjadi perkiraan dalam menyusun keutamaan di atas.
 
Dalam menghadapi kehangatan musim pilihan raya, kami nasihatkan agar semua pihak bersifat objektif, profesional dan beretika dalam mengurus segala urusan berkaitan dengannya. Kami sertakan di sini beberapa pautan artikel yang berkaitan sebagai rujukan dan cadangan untuk pembaca bagi. Wallahu’alam
 
BAYAN LINNAS SIRI KE-260: ETIKA DAN ADAB PILIHAN RAYA
 
BAYAN LINNAS SIRI KE-283: MENGIMPIKAN POLITIK HARMONI
 
oleh: DATUK DR LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH
 
Sumber: FB Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

019396
Hari ini: 246
Minggu Ini: 1,991
Bulan Ini: 4,537
Tahun Ini: 19,396
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.