LIDAH API MENJELIR PANJANG

LIDAH API MENJELIR PANJANG

Ketika para pemimpinnya sedang merencanakan sambutan ulang tahun penubuhan negara haram, pada usia ke-77, landaan petaka dari langit tanpa diduga menjadi tragedi ngeri. Disebabkan petaka itu, sambutan meriah dibatalkan (14 Mei 1948, tarikh pengisytiharan pembentukan negara haram Israel) dan seluruh negara haram itu diisytiharkan darurat.
 
Api yang menjulang hingga membakar seluruh hutan antara Tel Aviv dan selatan Baitul Maqdis sejak akhir buan April 2025 masih belum berjaya dipadamkan. Oleh kerana malapetaka itu berlaku dalam situasi panas kering dan angin bertiup kencang, ia memungkinkan lidah api yang terjelir panjang melampaui batasan ikhtiar manusia, dalam sebuah negara yang terkenal jahat dan kejam.
 
Elit politik resah, atas kegagalan dan ketidakcukupan upaya, meminta bantuan negara luar yang bersimpati. Daripada footage yang tersiar, jelas pasukan bomba dan penyelamat Azerbaijan telah datang membantu. Azerbaijan merupakan salah sebuah negara baharu yang muncul selepas perpecahan Kesatuan Republik Sosialis Soviet atau lebih dikenali sebagai USSR.
 
Ketika negara-negara Arab enggan menjual minyak dan gas ke Israel, Azerbaijan menjadi pembekal sumber tenaga kepada negara haram Israel. Mungkin atas hubungan komersial itu Azerbaijan menjadi negara terawal hadir membantu Israel memadamkan kebakaran dahsyat yang disifatkan sebagai terbesar dalam sejarah mereka selama 77 tahun.
 
Pada awal 2025, California yang merupakan sebuah negara terkaya (GDP 2024 dikatakan melebihi GDP Jepun) di Amerika Syarikat dilanda kilauan api dahsyat dan teramat panas, yang dikaitkan dengan keceluparan seorang pelawaknya. Pelawak itu kemudian memohon maaf, dan turut dikaitkan dengan hasrat pemimpin Amerika Syarikat yang terpilih untuk membakar Gaza sekiranya gencatan senjata sementara tidak berlaku. Perang Gaza telah membunuh lebih 47,000 orang rakyat Palestin ketika itu, sejak ia bermula pada 7 Oktober 2023. Ia menjadi bertambah bila gencatan senjata sementara (19 Januari 2025) dilanggar oleh Israel setelah dua bulan berlangsung (18 Mac 2025).
 
Setiap hari ada yang terkorban, dan angka terkini telah melebihi 51,000 orang dan lebih 120,000 rakyat Palestin cedera. Israel sedang melakukan proses nyahkemanjsiaan, menghalang sebarang bantuan makanan, ubat-ubatan dan sebagainya. Dua hari lalu, kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan ke Gaza diserang menggunakan dron oleh Israel di perairan antarabangsa. Kapal itu dilaporkan bocor dan kemungkinan akan karam.
 
Namun, setelah mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari 2025, Donald Trump melakukan perubahan dasar dengan memberitahu dunia bahawa Gaza adalah akan menjadi milik Amerika Syarikat. Penduduknya akan dipindahkan ke Jordan dan Mesir, manakala usaha membersihkan sisa bom, runtuhan bangunan dan kerosakan infrastruktur kerana Gaza sudah menjadi kawasan yang tidak selamat, maka ia perlu dipulihkan.
 
Setelah itu, Gaza akan dibangunkan sebagai Reveira Timur Tengah, menjadi kawasan pelancongan elit dan penempatan mewah dengan tidak membabitkan penduduk asal di tanah leluhurnya. Maknanya, Amerika Syarikat mengukirkan konsep penjajahan baharu dalam era moden, yang dianggap sebagai sebuah negara termaju dengan tekanan, lobi dan penipuan. Segalanya cukup kuat bersandarkan ideologi politik zionisme, yang semakin kuat menguasai dunia dengan matlamat akhirnya, terbentuklah One World Government, di mana Dajal adalah pemimpinnya. Itulah juga menjadi alasan kenapa Zionis wajib kembali ke "tanah yang dijanjikan". Tujuannya, untuk bersiap sedia menunggu kemunculan Dajal dalam doktrin messiahnya.
 
Kalau sebelumnya, penjajahan membawa kepada penguasaan sesebuah negara asing melalui pendekatan kepentingan komersial dan pemerintahan, dengan tidak menghaluskan sepenuhnya rakyat tempatan, walaupun mereka diasingkan. Penjajahan kulit putih ke atas penduduk asal Amerika, telah menyebabkan penduduk tersebut hilang tanah air nya dan dipaksa melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat, tetapi masih dalam wilayah tersebut. Penjajahan sebelumnya, tidak berakhir dengan pemilikan negara, sehabis misi penjajah akan kembali ke negara asalnya.
 
Penjajahan yang bersifat memilki tanah air asing (bukan miliknya) hanya berlaku di Amerika, New Zealand dan Australia. Kulit putih menguasainya,.manakala penduduk asal dikembirikan. Untuk menunjukkan rasa kemanusiaan, satu undang-undang untuk masyarakat NATIF digubal, tetapi pelaksanaannya tetap meminggirkan mereka. Ini yang berlaku kepada orang Maori (Australia dan New Zealand) dan Red Indian (di Amerika). Negara-negara tersebut dimonopoli dan didominasi oleh kulit putih.
 
Satu lagi bentuk penjajahan ialah langkah kemusnahan total terhadap penduduk asal dengan pelbagai tekanan dan diskriminasi. Penduduk asal hanya dibenarkan bekerja sebagai buruh kasar untuk mensejahterakan ekonomi kapitalis. Akhirnya, rakyat tempatan bangkit memberontak dan memperjuangkan haknya, dan mendedahkan dasar kejam penjajah. Di sinilah Afrika Selatan kembali bangkit menentang Apartheid, dan menggunakan pengalaman itu untuk membawa Israel ke timbang tara antarabangsa terhadap pembantaian kejam dan bertentangan peraturan antarabangsa yang dilakukan di Palestin.
 
Isreal sedang dihukum dan langkah permulaan, waran tangkap ke atas Netanyahu dan Yoav Gallant sudah dikeluarkan. Yoav Gallant setelah disingkirkan sebagai menteri pertahanan mengambil keputusan kabur dalam politik. Tetapi, waran tangkap terhadapnya tidak dibatalkan. Yoav Gallant terus terkucil dan tentunya, sangat herhati-hati untuk ke luar negara.
 
Namun, konsep baharu penjajahan yang akan dilaksanakan oleh Trump ialah menghalau penduduk tempatan dengan cara pemindahan, dan kemudiannya memiliki tanah-tanah mereka secara merampas.
 
Tanah-tanah itu dibangunkan berdasarkan model kapitalisme manakala penduduk asal tidak dibenarkan pulang ke tanah leluhurnya. Ertinya, Trump cuba memperluaskan makna penjajahan yang dilakukan oleh zionis, dan melaksanakan apa yang ditetapkan dalam protokol Pakatan Yahudi Antarabangsa (WZO) yang pasakkan sejak tahun 1897 oleh Theodore Herzyl, lelaki keparat kelahiran Hungari yang tidak beragama (ateis) tetapi menggunakan agama untuk menanamkan ideologi zionis.
 
Protokol itu membawa maksud, kepulangan Yahudi ke "tanah yang dijanjikan" ialah dengan pelbagai cara dan kaedah: membeli tanah milik rakyat Palestin, mengusir petani, membakar ladang, rumah dan meracuni sumber air (sumur), merampas, membunuh, menahan secara kejam dan membina tembok-tembok pemisahan bagi menghalang mobiliti penduduk. Pada mereka, masalahnya tidak akan selesai selagi masih ada sejarah Palestin dan keturunan Arab-Palestin. Jadi, Trump berusaha membantu Israel untuk mencapai matlamat sifar etnik Arab-Pelastin.
 
Bagi masyarakat antarabangsa, sementara menunggu keputusan genosid yang berlaku secara sistematik, Israel perlu diberikan pengajaran. Namun, ia tidak membawa apa-apa makna tindakan kerana Amerika Syarikat akan terus melakukan apa sahaja demi Israel, termasuk terus menghantar senjata pembunuh dan menyokong Israel melanggar persetujuan dan syarat gencatan senjata. Sebab itulah Israel tidak pernah bersetuju untuk bersetuju dengan gencatan senjata secara kekel, dan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, biarpun itu menjadi asas kepada Perjanjian Oslo (1993).
 
Ketika ini, Israel turut dilanda ribut pasir yang boleh menjadikan pemimpin negara haram itu kelam-kabut dan tidak boleh tidur. Ada yang menggambarkan Benjamin Netanyahu, manusia paling kejam sehingga ada yang membandingkannya dengan fir'aun pada zaman dahulu, melarikan diri dalam keadaan cemas dan di belakangnya adalah lidah api, selain tempat berlindungnya sudah dikepung oleh ribut pasir. Neetanyahu akan terpasung dengan kematian: lidah terjelir, mata terbuka dan hidung tersumbat pasir. Tidak ada pihak yang membunuhnya, tetapi Netanyahu dihukum oleh alam yang menciptakannya dan menjadi ilham ganasnya.
 
Setakat ini, Netanyahu belum mati, tetapi reputasinya sudah mengalami situasi defisit. Walaupun Trump ada untuk melindunginya, Trump juga sedang disengat semut hitam, kerengga dan kala jengking. Trump sedang berusaha untuk mengelakkan diri, tetapi beliau semakin tidak mampu kerana semangat benci dan menentangnya sedang marak bangkit daripada rakyat Amerika Syarikat sendiri.
 
Trump sedang dibingkaikan oleh rakyatnya sebagai Presiden Amerika Syarikat yang paling terserlah bodoh dan bangal. Moto perjuangannya, Make America Great Again (MAGA) akan menjadikan negara itu terkucil dan semakin dibenci. Dasar perdagangan yang sedang dibentuknya akan membawa Amerika ke kancah kemelesetan besar dan nilai kekayaannya merudum, dolar akan terpinggir dan eksportnya akan dianggap sebagai pilihan terakhir.
 
Trump akan menerima nasih seperti Netanyahu. Sebagai Presiden yang dibelenggui oleh penundaan hukuman, rakyat Amerika sedang mencari jalan bagaimana untuk menjatuhkannya. Netanyahu juga sedang bergelut dengan kesalahan jenayahnya, diperingkat negaranya dan juga antarabangsa. Trump juga begitu kerana terus mengekalkan senjata pembunuh, yang kini dianggap turut melakukan genosid ke atas Palestin.
 
Sebab itulah, kata mereka yang yakin bahawa takdir akan hadir untuk mengingatkan setiap daripada kita. Tuhan telah hadirkan lidah api ke atas California, dan kali ini, kisah api itu sedang menjelir lidahnya dan bakal memusnahkan Tel Aviv dan sebahagian Jerusalem yang telah dirampas oleh pengganas dan penceroboh paling kejam dalam sejarah manusia moden.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

017900
Hari ini: 152
Minggu Ini: 495
Bulan Ini: 3,041
Tahun Ini: 17,900
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.