PENGGABUNGAN IKB DAN KPBKL TIDAK LIBATKAN KOS, WANG ZAKAT

PENGGABUNGAN IKB DAN KPBKL TIDAK LIBATKAN KOS, WANG ZAKAT

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menepis dakwaan pihak-pihak tertentu kononya penggabungan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) dengan Kolej Profesional Kuala Lumpur (KPKL) menggunakan wang zakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu menegaskan, penggabungan kedua-dua institusi berkenaan tidak melibatkan sebarang kos dan hanya menggunakan sumber sedia ada.

Beliau menjelaskan, penggabungan kedua-dua instituti di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu adalah bagi mengoptimumkan sumber dana untuk kebajikan pelajar-pelajar asnaf dikedua-dua buah institusi.

“Ada dakwaan di luar yang mengatakan dengan penggabungan ini akan berlaku salah guna duit zakat dan sebagainya. Tidak, penjenamaan Kolej Profesional ini objektif utama untuk mengoptimumkan penggunaan wang zakat.

“Kalau kita tengok sebelum ini IKB dan KPBKL yang ada bersebelahan saja. Contohnya, kalau sebelum penggabungan ini di IKB dia (pelajar) tidak ada pusat sumber di KPBKL ada pusat sumber.

“Jadi, dengan penggabungan yang berlaku pada hari ini, pelajar-pelajar ataupun pelatih di IKB boleh memanfaatkan pusat sumber yang ada di KPBKL, begitu juga daripada sudut infrastruktur penggunaan dewan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Peralihan Penstrukturan Pengurusan IKB dan KPBKL di sini, hari ini.

Sebelum ini, terdapat pihak mempersoalkan mengenai penggabungan kedua-dua institut berkenaan yang didakwa menggunakan wang zakat.

Pihak terbabit mendakwa, kedua-dua institusi latihan tersebut hanya dijadikan sebagai “kambing hitam” untuk selamatkan pusat pengajian swasta milik MAIWP.

Mengulas lanjut Mohd Na’im berkata, menerusi penggabungan itu juga tidak akan menjejaskan kebajikan pelajar-pelajar asnaf yang menuntut di institusi berkenaan.

“Saya dah sebutkan kebajikan pelajar-pelajar asnaf ini bukan saja kita kekalkan, kita akan cari jalan bagaimana kita nak tambah baik untuk mereka ini dapat pendidikan yang lebih selesa.

“Contohnya, pelajar-pelajar-pelajar IKB ini sekarang dia dapat sijil sahaja. Jadi, dengan penjenamaan dan penggabungan ini, mereka ini ada peluang untuk masuk ke KPBKL ambil diploma. Yang mana mereka sebelum ini tidak ada peluang, dia sebut.

“Penggabungan ni akan banyak memberikan manfaat daripada sudut peluang belajar kepada pelajar-pelajar ataupun pelatih-pelatih di IKB,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Sumber: malaysiagazette.com

 

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

019369
Hari ini: 219
Minggu Ini: 1,964
Bulan Ini: 4,510
Tahun Ini: 19,369
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.