Pada musim haji tahun lalu, sepasang suami-isteri terkandas di Mekah apabila agensi pelancongan mereka tidak kembalikan pasport untuk pulang ke tanahair. Agensi itu didakwa gagal menyediakan visa haji bagi pasangan tersebut. Susulan ke itu, kerajaan Malaysia melalui Konsulat Malaysia bersama JPM Hal Ehwal Agama berjaya membawa kedua-dua mangsa untuk pulang.
Justeru sekali lagi, rakyat Malaysia yang berhajat menunaikan haji diingatkan untuk mengikut saluran sah dan dapatkan permit rasmi melalui Tabung Haji. Ia bagi mengelakkan kes-kes seperti ini berulang. Malah tindakan menunaikan haji tanpa permit atau menyalah guna visa lawatan bukan sahaja melanggar undang-undang Arab Saudi, dan juga boleh dikenakan denda sehingga RM115,575, dihantar pulang serta disenarai hitam dari memasuki Arab Saudi. Menteri di JPM Hal Ehwal Agama, Dato’ Dr. Naim Mokhtar mengingatkan bakal jemaah bahawa ibadah tak boleh dicemari dengan cara yang salah. Setiap orang mesti mematuhi peraturan demi keselamatan dan keberkatan.
Mengapakah ibadah haji itu sangat penting bagi umat Islam? Haji adalah perjalanan rohani ke Makkah dan Madinah yang dilakukan umat Islam untuk membersihkan jiwa, memohon keampunan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Bertarikh beribu-ribu tahun dahulu, Haji mengikuti jejak Nabi Muhammad SAW. yang menunaikan haji sekali dan Umrah 4 kali sepanjang hayatnya. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Wahai manusia! Allah telah mewajibkan haji ke atas kamu, maka laksanakanlah.” Dengan kata yang lebih mudah, perjalanan haji menghapuskan dosa-dosa seorang Muslim dan memberikan mereka batu tulis yang bersih di hadapan Allah SWT.
Nabi Muhammad SAW, sambil menyatakan kepentingan haji, telah bersabda yang bermaksud; “Sesiapa yang menunaikan haji kerana keredhaan ALLAH dan menjauhi segala bentuk dosa akan kembali bebas dari semua dosa, seperti dia pada hari kelahirannya.”
Justeru, inilah sebabnya umat Islam sedunia berniat dan meletakkan prioriti di dalam hati mereka untuk menunaikan haji sekali dalam seumur hidup kita. Dan dengan penganut agama Islam yang kini mencecah lebih daripada 1.9 billion manusia, ada beberapa fakta yang menarik tentang ibadah haji, yangbermanfaat buat seluruh ummah.
Lembaga Tabung Haji (TH), agensi bertanggungjawab atas operasi dan pengurusan ibadah haji, sentiasa memastikan bakal jemaah haji dapat menunaikan ibadah mereka dengan selesa tanpa kerisauan. Malaysia melalui JPM Hal Ehwal Agama sentiasa bekerjasama dengan kerajaan Saudi setiap tahun, bagi memastikan keselamatan dan kemudahan setiap jemaah haji. Antara inisiatif yang sangat bermanfaat ialah penganjuran Kursus Perdana Haji oleh Lembaga Tabung Haji, sebagai persiapan bagi bakal-bakal jemaah yang akan berangkat. Tahun 2025 ini sahaja, seramai 8,338 bakal haji daripada negeri Selangor mempersiapkan diri untuk fasa akhir menerusi Kursus Perdana Haji
Musim 1446H anjuran TH. Kursus ini merupakan kemuncak kursus haji bagi memperkukuh kefahaman berkaitan manasik atau tatacara pelaksanaan haji kepada bakal jemaah haji terpilih pada musim ini.
Daripada menempah haji anda melalui ejen pelancongan, menaiki pesawat, melalui kawalan imigresen dan pulang ke tanah air, Haji memerlukan spektrum perkhidmatan penuh. Menurut laporan, pada 2019, kira-kira 350,000 sukarelawan dan kakitangan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan komunikasi, perkhidmatan penyeliaan, pengangkutan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Malah setiap tahun, Malaysia memohon tambahan kuota haji, namun ia bergantung kepada kesiap siagaan kerajaan Arab Saudi. Dianggarkan ada 1.9 billion orang Islam di seluruh dunia, jika diambil 0.1% sahaja yang menunaikan haji, maka 1.9 juta umat Islam yang akan berada di tanah suci pada musim haji.
TH juga kekal komited untuk memastikan aspek kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan makanan jemaah haji Malaysia. Sajian makanan turut diolah mengikut cita rasa tempatan bagi memberi keselesaan kepada jemaah sepanjang menunaikan ibadah di Tanah Suci. TH mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan pemakanan jemaah haji. Hampir dua juta pek makanan disediakan oleh TH untuk memenuhi keperluan lebih 31,600 jemaah haji sepanjang musim haji tahun ini.
Malaysia Perintis Kad Nusuk
Malaysia juga mencatat sejarah sebagai negara pertama di dunia yang akan mengagihkan Kad Nusuk kepada jemaah haji, sebelum berlepas ke Tanah Suci bagi musim haji tahun ini. Langkah tersebut dapat mengelak sebarang penipuan pakej haji selain menjadi pengiktirafan besar kerajaan Arab Saudi terhadap kecekapan sistem pengurusan haji Malaysia. Sekiranya inisiatif ini berjaya, ia berpotensi diperluaskan ke negara-negara Islam lain pada masa akan datang.
Kerja-kerja di sebalik tabir bagi memastikan ibadah haji untuk rakyat Malaysia berjalan dengan lancar, harus diberikan sorotan. Perancangan dan pelaksanaan inisiatif-inisiatif baharu oleh JPM Hal Ehwal Agama dan khususnya oleh Tabung Haji, membuahkan hasil pada tahun 2024, apabila pengurusan haji Malaysia diiktiraf sekali lagi oleh kerajaan Arab Saudi sebagai antara yang terbaik dan menjadi model pengurusan haji contoh bagi negara-negara Islam yang lain. Malah beberapa rombongan haji negara lain seperti Thailand, Indonesia, dan Turki telah menjemput TH untuk perbincangan bagi mempelajari pengurusan operasi haji. TH juga telah menerima Anugerah Labbaitom bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan pengurusan jemaah haji buat kali ketiga berturut-turut.
Sistem dan kecekapan pengurusan jemaah haji Malaysia sentiasa diiktiraf sebagai model terbaik di dunia dan merupakan model pengurusan haji yang sering dicontohi oleh masyarakat antarabangsa. Namun matlamat utama TH adalah supaya jemaah Malaysia dapat menunaikan ibadah dalamsuasanayang lebih tenang dan teratur, tanpa sebarang masalah eksternal. Pengurusan TH serta JPM Hal Ehwal Agama sentiasa mencari ruang inovasi dalam menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada jemaah haji Malaysia.
