SERUAN SOLAT HAJAT DAN QUNUT NAZILAH SOLIDARITI PALESTIN

SERUAN SOLAT HAJAT DAN QUNUT NAZILAH SOLIDARITI PALESTIN

KUALA LUMPUR: Seluruh umat Islam di negara ini diseru menzahirkan solidariti dan keprihatinan terhadap penderitaan rakyat Palestin dengan melaksanakan solat Hajat dan Qunut Nazilah di seluruh masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata seruan itu susulan situasi kini yang kritikal apabila rejim Zionis menggandakan serangan dan tekanan ke atas bumi Gaza yang telah lama dizalimi.

"Sebagai umat Islam yang prihatin dan bersaudara, marilah kita bersatu hati memohon pertolongan Allah SWT agar melindungi saudara-saudara kita di sana daripada sebarang bentuk kezaliman dan kemusnahan.
 
"Saya turut menyeru semua para imam masjid dan surau JAKIM serta JAWI untuk memimpin bacaan Qunut Nazilah dalam solat berjemaah, terutamanya pada solat Subuh, Maghrib dan Isyak, di samping membanyakkan doa-doa khusus untuk keselamatan rakyat Palestin serta pembebasan bumi Al-Quds," katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
 
Sumber: BERNAMA | astroawani.com

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

016833
Hari ini: 268
Minggu Ini: 1,638
Bulan Ini: 1,974
Tahun Ini: 16,833
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.