ISU WANITA MUALAF: MENTERI AGAMA ARAH MAIWP JEJAK, SEGERA HULUR BANTUAN

ISU WANITA MUALAF: MENTERI AGAMA ARAH MAIWP JEJAK, SEGERA HULUR BANTUAN

KUALA LUMPUR 22 MEI: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), khususnya Unit Jejak Asnaf, diarah menjejaki seorang wanita mualaf yang tular di media sosial baru-baru ini selepas meluahkan hasrat keluar daripada agama Islam kerana didakwa tidak menerima bantuan dan dianiaya suami.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata, usaha ini bagi membolehkan bantuan disalur dengan segera.

“Saya telah menonton video tular tersebut dan menghubungi pihak MAIWP agar mencari wanita itu untuk kita berikan bantuan,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama NGO dan rakan strategik MAIWP 2025.

“Pada masa sama, saya rasa ada keperluan untuk kita berjumpa dengannya bagi mendapatkan maklumat lanjut kerana banyak perkara yang masih tidak jelas.” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama badan bukan kerajaan dan rakan strategik MAIWP 2025 di sini hari ini.

Beliau turut menggesa wanita terbabit atau mana-mana pihak yang mengenali individu itu untuk tampil menghubungi MAIWP bagi membolehkan tindakan lanjut diambil dan bantuan sewajarnya diberikan.

Mengenai dakwaan wanita itu dipukul dan ditinggalkan suami dalam keadaan mengandung, Mohd Na’im berkata, sekiranya perkara itu benar, mangsa berhak membubarkan perkahwinannya mengikut undang-undang syariah sedia ada.

Beliau mengingatkan bahawa Rasulullah SAW meninggalkan wasiat yang penting, iaitu supaya suami-suami tidak menzalimi isteri.

“Bila seorang wanita masuk Islam kerana perkahwinan, tanggungjawab suami untuk membimbing dan menjaga mereka menjadi lebih besar,” katanya sambil menyeru masyarakat Islam agar lebih prihatin terhadap golongan mualaf yang memerlukan sokongan dan bantuan agar mereka tidak rasa terpinggir sehingga hilang keyakinan terhadap agama.

“Kita perlu ada sifat cakna atau peduli. Saya juga ingin menasihatkan kepada pihak masjid, surau atau mana-mana agensi agama Islam termasuk MAIWP untuk menyantuni mereka yang datang untuk mendapatkan bantuan dengan baik.”

Beliau berkata, setakat Mei tahun ini, MAIWP telah mendaftarkan 1,098 mualaf di Wilayah Persekutuan, berbanding 968 orang pada 2024, dan menyalurkan bantuan berjumlah RM9.3 juta.

Mohd Na’im turut memberi jaminan bahawa semua agensi bawah pentadbirannya akan membantu setiap individu termasuk mualaf yang memerlukan sokongan, perlindungan dan bimbingan.

“Saya tidak mahu hanya kerana satu kes terlepas pandang, agensi agama dipersalah dan dipandang serong. Kita akan terus memperbaiki dan memastikan mereka yang memerlukan akan dibantu,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

019397
Hari ini: 247
Minggu Ini: 1,992
Bulan Ini: 4,538
Tahun Ini: 19,397
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.