Memberi dan melakarkan gambaran buruk terhadap Islam sudah bermula sejak permulaan Islam lagi. Atas sebab merasakan kehadiran Islam semakin menggugat kepercayaan beragama yang dipegangi oleh masyarakat jahiliyah pada ketika itu, kaum Quraish bangkit menentang Nabi Muhamad s.a.w. sehingga menyebabkan baginda mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah yang lebih aman dan bersedia menerima Islam.
Setelah berpindah ke Madinah, kegiatan dakwah menjadi semakin meluas dan nabi Muhmad s.a.w. mengambil langkah menyatukan semua penduduk Madinah yang bersifat majmuk. Orang-orang yang tidak beragama Islam masih dikekalkan sebagai ahli masyarakat dengan menetapkan syarat mereka mesti menghormati Islam dan Islam tetap memberikan mereka hak kebebasan berpegang teguh kepada kepercayaan masing-masing.
Struktur masyarakat yang dinaungi oleh kesepakatan oleh kesepakatan sosial, atau kontrak sosial melalui Piagam Madinah menjadi model masyarakat madani, sebuah masyarakat pelbagai kaum yang boleh bekerjasama dan hidup bersama secara aman dan harmoni. Pola kehidupan itulah yang menarik minat Ibn Khaldun dan banyak pihak meneladaninya sebagai pola kehidupan masyarakat majmuk yang terbaik pernah muncul dalam peradaban manusia dalam sejarah.
Kesepakatan sosial tersebut tidaklah bermakna seratus peratus masyarakat Madinah menerima Islam dan tidak ada tentangan dari kelompok tertentu, terutamanya masyarakat Yahudi yang telah mendiami Madinah sebelum kemunculan Islam. Sebagaimana digambarkan oleh wahyu Allah SWT, kaum Yahudi tidak akan pernah puas dengan kedudukannya, kerana ketamakan dan sikap politiknya yang ingin menguasai keseluruhan jagat raya, sentiasa mencari peluang untuk memburuk-burukan Islam dan kepimpinan Nabi Muhamad s.a.w.
Tawaran demi tawaran telah diajukan, termasuk menawarkan kemewahan harta, memperisterikan perempuan cantik dan sebagainya kepada baginda agar dapat menghentikan dakwah Islam. Tidak cukup dengan itu, kelompok Yahudi terus mengancam dan menyelinap masuk ke dalam Islam, termasuk berpura-pura memberikan dokongan yang kuat, tetapi dalam suasana yang lain membenci Islam. Kejadian tersebut berlarutan hingga kini dan semakin meluap dalam pelbagai bentuk sama ada secara ideology mahupun fizikal.
Secara ideology, mereka melontarkan prinsip demokrasi liberal dan kebebasan asasi. Bagi menampakkan sikap ilmiah, mereka mula merombak kaedah system pendidikan tradisi dengan menjadikan sesuatu bentuk pemikiran sebagai satu nilai kebebasan, di mana akal fikiran rasionallah penentu segala-segalanya. Mereka cuba membebaskan falsafah kehidupan dan menganggap agama sebagai penghalang utama kemajuan manusia.
Mereka menjadi dalang kepada pelbagai bentuk tindakan untuk menghina Islam termasuk membangkitkan kembali definasi jihad, struktur masyarakat, kandungan al-Quran dan menyerang peribadi Nabi Muhamad s.a.w. Mereka sedar, Nabi Muhamad s.a.w. merupakan teladan terbaik sepanjang sejarah manusia dan telah diiktiraf sebagai manusia paling berpengaruh, penulisan biografi Nabi Muhamad semakin berkembang dan menjadi tokoh yang terbanyak dibicarakan sepanjang masa, penghayatan al-Quran oleh umat Islam dan kecenderungan bukan Islam memilih Islam sebagai landasan beragama, telah menyebabkan jumlah penganutnya semakin besar dan dijangka mengambilalih kedudukan penganut Kristian dalam masa kurang 100 tahun.
Bagi menyekat kemaraan tersebut, mereka sanggup mengkarikaturkan Nabi Muhamad s.a.w., membuat tuduhan baru dan membangkitkan tuduhan lama mengenai kehidupan peribadi Nabi Muhamad sebagai gilakan seks, menganjurkan peperangan dan nabi palsu dengan cara dan kaedah yang baru. Mereka terus menuduh bahawa al-Quran sebagai kitab palsu dan bukan wahyu. Tuduhan-tuduhan sedemikian bukanlah merupakan tuduhan baru, ia adalah tuduhan lama sejak kemunculan Islam lagi, tetapi ia dilancarkan dan dikembangkan dalam konteks yang baru termasuk menggunakan orang Islam sendiri sebagai perantaranya dengan konsep-konsep kebebasan bersuara, pemikiran demokrasi, sikap liberal dan serangan terhadap makna jihad, fundamental dan sebagainya.
Gambaran buruk barat terhadap Islam, Nabi Muhammad s.a.w, al-Quran, dan umat Islam memiliki sejarah panjang, sepanjang sejarah hubungan Islam dan Barat (Kristian). Pada masa-masa tertentu, gambaran negatif tersebut sengaja dimobilisasi sebagai usaha apologi (membela diri atau menutup kelemahan), meningkatkan citra agama Kristian dan Yahudi serta bangsa Barat di hadapan umat Islam.
Bagi orang barat, Islam adalah the work of devil (kerja syaitan) dan seterusnya secara sinis dengan menjadikan Iran dan Irak yang dijoloki sebagai paksi kejahatan telah menyemarakkan sikap antikan Islam. Al-Quran dijoloki sebagai a tissue of absurdities ( memiliki sedikit kekarutan) dan Nabi Muhammad SAW itu a false Propet(nabi palsu).Persepsi dan tuduhan buruk ini disusuli pula dengan beberapa peristiwa yang mengemparkan, antaranya mengoyak helaian Al-Quran dihadapan White House, membakar al-Quran sebagai kemuncak memperingati hari sedih runtuhnya Menara Berkembang di New York, dan mengkambinghitam Islam sebagai pengganas.
Tidak pernah dinafikan terdapat ayat-ayat al-Quran yang pada zahirnya membenarkan pembunuhan dan peperangan, tetapi ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk , memburukan imej Islam kerana ayat -ayat tersebut ditujukan khusus kepada kuffar harbi yang menyerang, mengusir dan menganiya umat Islam kerana semata-mata berlainan anutan dan fahaman.Adapun kaum kuffar yang dapat hidup dan bekerjasama dengan umat Islam seperti kafir zimmi tetap dihormati dan diberi pembelaan seperti sabda Rasulullah saw. bermaksudsiapa yang menyakiti kafir zimmi maka dia telah menyakitiku (Riwayat Bukhari)
Al-Quran telah menetapkan tempat-tempat aman. Ia juga telah menentukan masa-masa aman serta keadaan yang mengamankan yang tidak dibenarkan padanya permusuhan, melakukan dosa, benci-membenci dan pertumpahan darah. Wahyu Ilahi ini menyeru ke arah kebaikan dan kebajikan dalam semua perkara. Ia juga menggalakkan persaudaraan, kesamarataan, kerjasama, berlembut, berbudi pekerti yang tinggi, merendah diri dan mempunyai sifat pemaaf.
Agama bertujuan menghubungkan manusia dengan Tuhan, dan tidak pernah bertujuan membangkitkan massa untuk melakukan suatu kekerasan atau penyerangan.Ajaran di dalam al-Quran juga mengharamkan perbuatan membunuh anak-anak, menanam bayi perempuan hidup-hidup dan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Selain itu, ia juga melarang menakutkan mereka yang telah menyerah diri untuk mendapatkan keamanan, memakan harta anak yatim dengan cara yang batil, mencuri dan merampas, bermegah-megah dengan gelaran, mengumpat, menyebar berita keburukan orang lain, berbohong, khianat, seterusnya melarang apa jua yang boleh menyebabkan berlakunya kegerunan terhadap orang lain.
Al-Quran secara jelas melarang pemaksaan keyakinan kerana tindakan kekerasan akan melanggar hal asasi dan hak kebebasan nurani.Suatu sistem keyakinan yang berbeza tidak dianggap penyebab sah untuk melakukan kekerasan atau perang dalam hukum Islam. Bahkan dalam kes-kes yang menbolehkan peperangan,Al-Quran tidak pernah mengizinkan pembunuhan keatas orang yang tidak berdosa dan memerentahkan umat Islam untuk segera meletakkan senjata apabila pehak lain menuntut perdamaian.Al-Quran juga menyebut bahawa salah satu nama Allah adalah Al-Salam yang bermakna damai(yang melimpah keamanan).(Surah al-Hashr ayat 23).Jelas bahawa seluruh sipirit yang ada dalam Al-Quran sesuai dengan konsep tersebut.
Islam, adalah agama sejagat yang paling sempurna bagi semua ajaran samawi yang terdahulu. Islam sentiasa meminta diadakan muzakarah dengan ahli kitab yang lain den menyeru pengikutnya supaya hidup harmoni dengan semua umat manusia. Islam juga mengajar pengikutnya supaya menghormati hak asasi dan meminta kita menerima pakai perkara paling mudah dalam semua hal yang diperintahkan kepada kita di samping menolak kekerasan dan hal yang ditokok tambah dalam agama.
Allah Yang Maha Agung menurunkan al-Quran kepada nabi dan pesuruh-Nya, Muhammad s.a.w., yang mengakui Taurat dan Injil. Ia adalah ajaran terakhir bagi perundangan Allah di muka bumi yang menyeru manusia membuat kebajikan dan kebaikan untuk di dunia dan akhirat. Ajaran Islam adalah sempurna. Allah tidak menghantar Nabi Muhammad s.a.w kepada orang arab sahaja. Seruan kepada Islam tidak ditetapkan oleh masa, tempat atau negeri khusus tetapi serupa dengan semua orang, bukan berkaitan dengan satu generasi atau bangsa secara eksklusif. Allah berfirman yang bermaksud Maha Suci Allah yang menurunkan al-Furqan kepada hamba-Nya (Muhammad s.a.w.), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (Surah al-Furqan ayat 1)
Ajaran Islam juga menekankan perpaduan manusia melalui kesamarataan dan menyeru kepada kehidupan bersama antara semua bangsa dalam suasana kasih sayang. Nabi Muhammad s.a.w bersabda dalam Khutbah Wida baginda yang terkenal di Bukit Arafah saperti mana yang berikut :
Wahai manusia, kamu semua berasal daripada Adam, dan Adam adalah daripada tanah. Tiada kelebihan seorang Arab ke atas seorang Parsi, mahupun seorang Parsi ke atas seorang Arab, mahupun berkulit merah ke atas yang hitam, mahupun yang hitam ke atas yang merah melainkan ketakwaan.
Islam telah menganjurkan supaya menghormati hak asasi sejak sekitar tahun 1424 yang lalu, sebelum ia dikenali sebagai teori sosial, perundangan dan politik moden. Kitab suci al-Quran memperuntukkan kemuliaan manusia lebih dari makhluk lain. Perpaduan kemanusiaan ini diterima pakai oleh Islam bagi kehidupan bersama antara manusia termasuk seruan persaudaraan dengan mengenali antara satu sama lain, berurusan secara betul dengan membuang permusuhan dan perbezaan pendapat yang boleh membawa kepada peperangan dan pertumpahan darah. Kitab suci al-Quran meletakkan kemuliaan manusia lebih daripada makhluk lain.
Kemuliaan ini adalah umum kepada semua manusia, tidak kira keadaan etnik, bangsa, warna atau status sosial atau harta benda. Undang-undang Islam menganjurkan hak kehidupan kepada semua, menjamin keperibadian roh, tubuh dan anak-anak, harta akal fikiran keturunan dan agama.
Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 32 yang bermaksud:
Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu membunuh orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya.
Dunia barat lupa yang mereka pernah hidup begitu lama dalam kegelapan sebelum cahaya Timur yang datang dengan kesempurnaan ilmu. Sesungguhnya dalam diri Rasul itu ada usaha untuk melenyapkan kejahilan daripada mereka yang jahil itu.
