ORANG PERTAMA MASUK JAHANNAM

ORANG PERTAMA MASUK JAHANNAM

Siapakah orang-orang pertama pada hari pembalasan yang akan dicampakkan ke dalam Neraka Jahannam?

Mungkin ramai orang akan fikir bahawa orang pertama adalah Firaun, atau orang-orang kafir yang berlaku zalim di atas muka bumi. Tetapi sebenarnya manusia pertama yang dicampakkan ke dalam Jahannam adalah dari kaum muslim, iaitu para muslimin yang Munafiq.

Siapakah mereka ini? Mereka adalah para Syahid, para ulama’ dan golongan yang banyak bersedekah, namun tidak mempunyai keikhlasan. Mereka ini seperti ada udang di sebalik batu. Maka AllahSWT akan memanggil mereka dan Dia akan bertanya; “Mengapa kamu berjuang di jalan-Ku?”
Mereka akan menjawab,“Kami berkorban kerana-Mu ya Allah.”

Namun Allah SWT berkata, “Kamu berjuang, berkorban hanya kerana ingin dilihat sebagai seorang yang berani. Kamu mahu dikenali sebagai orang-orang yang berilmu dan terpelajar. Kamu ingin dikenali sebagai ‘Kareem’ dan pemurah. Dan kamu telah dapat pujian-pujian itu di dunia, maka masuklah ke Jahannam.”

Jika kita tidak meneliti setiap tindakan atau amalan kita dengan lensa keikhlasan, nescaya ditakuti kita akan digolongkan dengan mereka yang Allah SWT menyebutkan dalam Surah Al-Kahf ayat 104;
“(Iaitu) Orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". - (Surah Al-Kahf, ayat 104)

Allah hanya menerima tindakan atau amalan yang dikerjakan dengan Ikhlas. Sebenarnya, tazkiyah adalah sains untuk mendekati keikhlasan. Untuk mendidik hati supaya benar-benar ikhlas dan sadiq, bersifat jujur kepada diri sendiri. Menyemak setiap amalan dan perbuatan sendiri, setiap saat. Beristighfar setiap masa demi membersihkan hati dari sifat-sifat ‘Ujub dan Riya’.

Pada akhir setiap perbuatan dan amalan, beristighfar kerana Allah SWT. Ianya sangat penting kerana nafsu sentiasa berkeinginan kepada sesuatu imbuhan. Sebagai manusia yang kecil ini, kita perlu melatih diri kita supaya sentiasa rasa bersalah dan merasa buruk di hadapan Allah SWT. Letakkan keikhlasan di hadapan setiap apa yang kita lakukan. InsyaAllah, Allah akan menerima segala amalan dan perbuatan kita di jalannya.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

049191
Hari ini: 113
Minggu Ini: 621
Bulan Ini: 4,653
Tahun Ini: 49,191
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.