JEMAAH TAK DIBENAR JALAN KAKI DARI MAKKAH KE ARAFAH

JEMAAH TAK DIBENAR JALAN KAKI DARI MAKKAH KE ARAFAH

MAKKAH: Beberapa hari menjelang bermulanya hari wukuf, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, menasihatkan rakyat Malaysia yang tidak mempunyai kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi supaya tidak sesekali mengambil risiko dengan mencuba nasib mengerjakan ibadah itu.

Selain berdepan tindakan undang-undang tegas, beliau berkata, kebimbangan juga dari segi risiko terutama faktor kesihatan sekiranya ada yang mengerjakan ibadah haji melalui saluran tidak sah.

Beliau berkata, perkara itu juga antara dibangkitkan melalui pertemuan menteri-menteri yang menerajui portfolio agama bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah hari ini.

"Saya harapkan jemaah haji kita yang tidak ada permit, jangan duduk di Tanah Suci untuk kerjakan haji secara tidak sah sebab tahun ini mereka (kerajaan Arab Saudi) kata mereka akan ambil tindakan penguatkuasan yang begitu ketat dan penguatkuasaan itu tak lain dan tak bukan untuk memastikan keselamatan jemaah haji di seluruh dunia.

"Sebab itu kita nampak jalan lengang tak macam tahun-tahun lepas dan kita harapkan dengan usaha dibuat kerajaan Arab Saudi ini, tidak ada 'casualty' (kehilangan nyawa) berlaku, kalau berlaku (juga) jumlah itu dapat dikurangkan berbanding tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai Grand Hajj Symposium di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Naím memaklumkan maklumat terkini dimaklumkan ketika simposium hari ini di mana jemaah haji tidak lagi dibenarkan untuk berjalan kaki dari Makkah menuju Arafah, sebaliknya perlu menaiki kenderaan disediakan.

Untuk itu, katanya, kerajaan Arab Saudi akan meningkatkan sistem pengangkutan, mengambil kira faktor cuaca panas.

"Mungkin ada jemaah kata ada kemampuan untuk berjalan jauh, tetapi ia tak (akan) berlaku macam tu (tahun ini).

"Tahun lalu ramai yang kena strok haba kerana berjalan begitu jauh dan disebabkan terlalu lama terdedah kepanasan dan ada yang meninggal dunia 'on 'the spot' (di situ juga).

"Arab Saudi tekankan untuk keselamatan diri jemaah haji untuk tahun ini," katanya.

Mengenai pertemuan bersama Dr Tawfik, beliau berkata antara turut disentuh ketetapan mengenai jemaah haji yang tak dibenar keluar terutama ketika masyair di Arafah antara jam 10 pagi hingga 4 petang, selain jemaah dilarang untuk ke Masjid Namkirah dan Jabal Rahmah yang menjadi antara lokasi kegemaran jemaah Malaysia, antara tempoh waktu sama.

 

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

019374
Hari ini: 224
Minggu Ini: 1,969
Bulan Ini: 4,515
Tahun Ini: 19,374
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.