Setiap saat, kita berjalan di atas bumi yang mungkin boleh retak dan terbelah bila-bila masa. Kita bernafas dengan udara yang boleh bertukar dalam sekelip mata. Kita belayar di atas lautan yang menunggu mangsa untuk ditenggelamkan. Namun mengapa semua itu tidak berlaku… dan kita masih mampu hidup di bumi Allah ini dengan aman? Jawapannya hanya satu; kerana Allah SWT masih menahan murka-Nya.
Menurut riwayat yang disebut oleh para ulama seperti Syekh Ali Jaber Rahimahullah, laut memohon izin kepada Allah sebanyak tiga kali sehari untuk menenggelamkan manusia. Mengapakah begitu? Ia kerana lautan teramat ‘sakit hati’ melihat maksiat yang dilakukan oleh manusia di atasnya.
Hedonisme, seks bebas, perjudian dan segala macam maksiat berlaku setiap hari di atas lautan. Oleh kerana kekaburan dengan undang-undang di perairan antarabangsa, sesetengah manusia mengambil kesempatan untuk melakukan bermacam jenis maksiat dan jenayah, dan lepas dari undang-undang dunia.
Di lautan juga, manusia dengan tanpa rasa bersalah membuang sisa toksik dan sampah dengan begitu banyak. Manusia tidak bertanggungjawab ini merosakkan keseimbangan yang Allah kurniakan kepada alam, hingga lautan tidak tahan dengan maksiat dilakukan manusia. Tetapi Allah menjawab: “Jangan dulu. Masih ada hamba-Ku yang beriman. ”Begitu besar rahmat Allah — bahkan kepada mereka yang melanggar perintah-Nya di atas nikmat ciptaan-Nya sendiri. Namun apabila Allah mengizinkan — seperti di dalam kisah Nabi Nuh AS — lautan menjadi azab yang tidak dapat ditahan oleh sesiapa pun yang menghadapinya.
“Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya perkerjaan orang yang membuat kerosakan” (Surah Yunus 81)
Malah bukan lautan sahaja, tetapi bumi dan angin juga menyaksikan kezaliman dan kemaksiatan manusia. Makhluk Allah berdua ini juga “ingin” menghukum pelaku-pelaku kezaliman. Allah berfirman dalam Surah Al-Qashash ayat 59: “Dan tidak pernah Kami membinasakan satu negeri, kecuali setelah penduduknya melakukan kezaliman.”
Dalam kisah Nabi Hud AS, kaum ‘Ad dibinasakan dengan angin ribut yang berlarutan selama lapan hari tujuh malam, tanpa henti. Dalam kisah Nabi Shaleh AS, kaum Tsamud ditimpa gempa bumi yang dahsyat dan guruh —
kerana mendustakan ayat-ayat Allah SWT. Alam ini tunduk kepada perintah Tuhan. Tetapi apabila manusia melampaui batas, Allah akan jadikan alam itu sebagai alat untuk menurunkan azab dan keadilan-Nya.
Justeru mengapa semua ini belum berlaku pada manusia di zaman ini? Kerana Allah masih memberi tangguh. Masih membuka ruang taubat. Allah berfirman dalam Surah Al-Isra’ ayat 70: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”
Ayat ini menceritakan tentang jasa Allah SWT kepada insan di dunia. Setelah menggambarkan anugerah-Nya di laut dan di darat, baik terhadap yang taat mahu pun yang durhaka, ayat ini menjelaskan anugerah itu adalah kerana manusia merupakan makhluk unik yang memiliki kehormatan dalam kedudukannya sebagai manusia – baik dia taat beragama maupun tidak. Kemudian di dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman: “Wahai hamba-Ku, seandainya dosa kamu setinggi langit lalu kamu datang kepada-Ku memohon ampun, Aku akan ampunkan kamu…” - (HR Tirmidzi)
Justeru kepada setiap manusia yang ada di bumi hari ini, mesejnya jelas. Selagi mata masih terbuka, Selagi nadi masih berdetak, Pintu taubat masih terbuka. Ramai manusia hanya insaf selepas bencana. Baru mula solat selepas banjir. Baru tutup aurat selepas kemalangan.Baru utuk bersedekah setelah ditimpa musibah, Baru sedar selepas kehilangan. Tetapi, mengapa perlu tunggu sehingga semuanya hilang, baru mahu mencari Tuhan? Nabi SAW bersabda: “Bersegeralah kamu melakukan amal soleh sebelum datang fitnah seperti potongan malam yang gelap…” - (HR Muslim)
Jika langit, bumi, laut dan angin sudah menahan sabar — sampai bila kita mahu terus leka? Allah SWT memberi kita pilihan. Untuk tunduk, atau terus sombong. Untuk kembali kepada-Nya, atau mencari tuhan-tuhan selain Dia. Tetapi ramai di kalangan kita memilih untuk mengejar dunia dan lupa kepada akhirat. Kita agungkan yang material, abaikan sifat bersyukur.Kita solat tapi kita biarkan anak-anak yatim kelaparan. Kita hidup dalam nikmat, tetapi derhaka kepada Pemberi nikmat. Allah tidak zalim. Manusia yang menzalimi diri sendiri.
Bila laut bergelora, bumi bergegar, dan angin mengganas — itu bukan hanya bencana semata-mata. Ia adalah teguran. Jangan tunggu sehingga Allah cabut segala rahmat yang diberikan kepada manusia. Kembalilah. Bertaubatlah. Perbaiki solat. Perbaiki hubungan dengan Allah, dan sesama manusia. Kerana ketika saat azab itu turun, tiada siapa yang mampu menahannya.
“Dan berapa banyaknya(pendududk)negeri yang zalim yang telah kami binasakan dan kami adakan sesudah mereka itu kaum yang lain(sebagai pengantinya)." Al-anbiya: 11
Azab yang merupakan implikasi dari sunnatullah dlm tatanan masyarakat manusia kerana kezaliman misalnya yang menyebabkan rosaknya peradaban dan lemahnya bangsa serta penyebab terjadinya penindasan kelompok yang kuat atas kelompok yang lemah.
Allah mengetahui apa yang tersimpan dalam hati serta kecederungan manusia untuk merusak atau memperbaiki. Allah akan menghitung mereka atas hal-hal yang besar mahupun yang kecil bahkan seberat biji zarrah pun. Balasannya tetap akan diterimanya atas perbuatan mereka.
“Dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerosakan dari yang mengadakan perbaikan.” Al-Baqarah 220
Sesungguhnya kezaliman itu mengandungi benih hilangnya nikmat. Kerana itu ketika Muslim bin Yasir mendengar seorang yang berdoa meminta celaka atas orang yang menzaliminya maka ia berkata kepada orang tersebut, ”Serahkanlah orang yang sangat zalim itu kepada kezalimannya kerana hal itu lebih cepat merenggutnya daripada doamu kecuali Allah memperbaikinya dengan satu amal tetapi besar kemungkinan ia tidak melakukannya.
Sabda Nabi saw yang bermaksud: ”Tidak ada satu dosa yang lebih pantas untuk disegerakan hukumannya oleh Allah bagi pelakunya didunia bersama dengan hukuman yang disimpan Allah untuknya diakhirat daripada perbuatan sewenang-wenang dan memutuskan silaturahim” (Riwayat Ahmad dan Bukhari)
Kerana itu dikatakan bahawa kezaliman merupakan faktor yang paling kuat bagi perubahan nikmat dan diturunkannya hukuman dengan segera dan hal itu dapat disaksikan dalam sejarah serta merupakan peristiwa yang berulang-ulang.
