MA'AL HIJRAH 1447H : MEMBANGUN UMMAH MADANI

MA'AL HIJRAH 1447H : MEMBANGUN UMMAH MADANI

 
Saya menyeru umat Islam di negara ini supaya menghayati makna Hijrah yang tidak lagi terbatas kepada perubahan fizikal semata-mata, sebaliknya menuntut transformasi menyeluruh dari segi nilai, pemikiran dan sikap.
 
Kita dituntut berhijrah daripada sikap pasif kepada proaktif dan kebergantungan kepada daya juang sendiri dalam membina negara MADANI.
 
Setiap kita menjadi ejen penggerak membudayakan ilmu, menjunjung nilai, mengutamakan perpaduan dan menghormati perbezaan sekali gus membangunkan keluarga, komuniti serta negara atas asas ihsan dan taqwa.
 
Tahun ini, sambutan Maal Hijrah bertemakan ‘Membangun Ummah MADANI’, suatu gagasan yang amat bertepatan dengan roh hijrah Rasulullah SAW.
 
Tema ini menuntut kita mengangkat semula peranan ummah sebagai ejen rahmat, adil, dan progresif – membina sebuah masyarakat yang berteraskan nilai dan berpaksikan akidah.
 
Sumber: FB Dato' Setia Dr. Naim

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

019400
Hari ini: 250
Minggu Ini: 1,995
Bulan Ini: 4,541
Tahun Ini: 19,400
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.