KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

HORMATI DOA SEBAGAI SENJATA AGAMA BAGI MEMBANGUN ROHANIAH UMMAH
 
Saya ingin menzahirkan rasa amat kesal terhadap tindakan seorang ahli politik yang tidak menghormati kedudukan doa sebagai senjata agama bagi membangun rohaniah ummah ketika perhimpunan awam di Kuala Lumpur baru-baru ini. Malah, lebih mendukacitakan lagi, kandungan doa yang dibacakan di hadapan orang ramai itu mengandungi unsur penerapan fahaman yang memecahbelahkan hubungan sesama umat Islam serta tuduhan yang tidak berasas terhadap barisan kepemimpinan negara. Kandungan doa tersebut amat membimbangkan kerana ia boleh mendorong tindakan ekstrimisme dan radikalisme di kalangan masyarakat awam.
 
Sesungguhnya, doa sebagai senjata bagi setiap mukmin adalah penghubung keutuhan hubungan rohaniah hamba dengan Allah SWT selaku Pencipta Yang Maha Agung. Doa juga adalah jalan bagi memohon kerahmatan Ilahi agar diberi keampunan terhadap kelalaian insan, kemudahan dalam segala urusan kehidupan serta mengukuhkan kekuatan ummah dalam berdepan dengan pelbagai ujian dan cabaran di dunia ini.
 
Oleh itu, saya ingin menyeru seluruh masyarakat agar sentiasa berwaspada terhadap pihak-pihak tertentu yang tidak menghormati kedudukan doa dari sudut syariat Islam serta menggunakannya secara sempit demi kepentingan diri serta kumpulan tertentu. Umat Islam mesti memperteguhkan kesedaran agama dan penghayatannya yang syumul bagi berdepan dengan pelbagai dakyah licik dan halus menggunakan imej serta unsur agama oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang bertujuan untuk melemahkan kekuatan yang dicapai oleh negara pada hari ini.
 
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan berusaha meningkatkan kefahaman dan penghayatan nilai Islam yang sebenar berasaskan prinsip kesederhanaan, meninggikan syiar Islam serta memerangi penularan pemikiran ekstrim dan radikal yang boleh mengugat kerukunan perpaduan ummah dan kesejateraan negara. Kami juga akan terus komited mengukuhkan dasar Malaysia MADANI yang bermatlamat membina negara yang berteraskan kekuatan nilai-nilai sejagat demi membina bangsa Malaysia yang mampan dan makmur dalam segenap segi kehidupan dan ketamadunan di bawah kepemimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
 
Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
 
ILMU | INTEGRITI | ITQAN | IKHLAS | ISTIQAMAH

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

016829
Hari ini: 264
Minggu Ini: 1,634
Bulan Ini: 1,970
Tahun Ini: 16,829
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.