HAK ASASI MANUSIA

HAK ASASI MANUSIA

Segala hak yang dimiliki manusia dan yang tertanam pada dirinya sebagai manusia disebut sebagai hak asasi manusia (HAM). Hak ini bersifat asasi kerana tidak boleh tidak  manusia perlu berkembang sesuai dengan bakat, cita-cita serta statusnya. Hak ini juga bersifat sejagat tanpa membezakan negara, bangsa, kaum, suku, agama, jantina dan lain-lain. Pengasas rumusan HAM di Barat dapat dijejaki dari pemikiran beberapa ahli falsafah Zaman Kegemilangan seperti Thomas Hobbes (1588-1679), John Locke (1632-1704), Montesquieu (1689-1755) dan J.J. Rousseau (1712-1778). Mereka membayangkan situasi yang sesuai bagi manusia untuk merealisasikan dirinya dan hidup sesuai dengan statusnya. Pada tahun 1948, gagasan HAM semakin disebut-sebut dengan adanya pengisytiharan Universal Declaration of Human Rights (Perisytiharan Sejagat HAM) oleh PBB. Dalam pengisytiharan ini antara lain dinyatakan bahawa setiap orang dilahirkan bebas dan setara.

HAM VERSI ISLAM

Rumusan paling terkenal tentang HAM versi Islam ialah “Pengisytiharan Sejagat tentang HAM dalam Islam” (al-Bayan al-‘Alam ‘an Huquq al-Insan fi al-Islam). Pengisytiharan ini digubal (pada September 1981) di Paris. Selain itu, ada juga Perisytiharan Kaherah tentang HAM dalam Islam. Perisytiharan ini diumumkan pada tahun 1990, sesudah perundingan memakan masa selama 13 tahun antara negara anggota OIC (Pertubuhan Persidangan Islam). Perisytiharan (25 fasal) ini tidak banyak berbeza daripada perisytiharan yang seumpamanya yang digubal sebelumnya. Ada beberapa ciri utama rumusan HAM versi ini. Pertama, Islam mempunyai konsep HAM asal yang telah dirumuskan sejak abad ke-7. Kedua, seluruh kandungan perisytiharan itu dirumuskan berdasarkan al-Quran dan sunnah. Ketiga, syariat menjadi kriteria kebenaran muktamad dan satu-satunya untuk menilai tindakan manusia.

PERKARA PENTING TENTANG HAM

Perisytiharan Sejagat HAM mengandungi 30 fasal yang didahului dengan “Mukadimah.” Fasal 1 dan 2 mengandungi pernyataan umum bahawa manusia mempunyai hak sejak dilahirkan yang tidak dapat dibeza-bezakan atas dasar apa pun. Fasal 3-21 menyatakan tentang hak individu (misalnya: hak memilih dan menukar agama). Fasal 22-27 berkaitan dengan hak ekonomi dan sosial (misalnya: hak untuk mendapatkan pekerjaan, pendidikan, keamanan, berkumpul dan berpersatuan). Fasal 28-30 menegaskan betapa perlunya kerangka kerja untuk mewujudkan hak tersebut.

KEBEBASAN AGAMA

Islam sangat menghargai kebebasan individu. Keimanan seseorang merupakan urusan Allah S.W.T. sebagai pemberi hidayat. Allah S.W.T. hanya memerintahkan manusia untuk menyeru menerusi dakwah, tanpa boleh memaksa dengan kekerasan (Q.18:29). Kebebasan beragama sebagai hak asasi manusia secara terperinci disebut dalam al-Quran (Q.109:1-6). Oleh yang demikian, Islam tidak mahu ada pihak yang melanggar hak asasi orang lain dengan cara apa pun. Sebaliknya, umat Islam diperintahkan untuk tidak mengganggu atau mengacau penganut agama lain.

REAKSI NEGARA ISLAM

Terhadap Perisytiharan Sejagat HAM:

Menolak secara menyeluruh (misalnya: Arab Saudi dan Iran) kerana ada kandungannya yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Menerima serta mendukung sepenuhnya (Pakistan, Tunisia dan Turki).

Menerima selagi tidak bertentangan dengan prinsip Islam (Mesir).

  • Menurut fasal 26 Perisytiharan Sejagat HAM, setiap orang berhak memperoleh pendidikan yang sepatutnya. Pendidikan perlu diarahkan demi perkembangan keperibadian manusia dan pertumbuhan kesedaran manusia untuk menghargai hak serta kebebasan manusia.
  • Masalah etnik dan agama sering dijadikan alasan untuk melakukan pencabulan ke atas HAM. Dalam dambar kelihatan wanita dan anak-anak Bosnia dipaksa oleh tentera Serbia untuk berpindah keluar dari kota Srebrenica pada Perang Bosnia 1993.
  • Pasar hamba di Viginia, Amerika Syarikat, sekitar 1855. Perhambaan merupakan salah satu percabulan HAM yang terbesar dalam sejarah amerika Syarikat.
  • Eleanor Roosevelt, Presiden A.S. ke-32) memegang peranan penting dalam penyusunan Perisytiharan HAM.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

016905
Hari ini: 1
Minggu Ini: 1,710
Bulan Ini: 2,046
Tahun Ini: 16,905
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.