KHUTBAH Jumaat Negeri Selangor pada 8 Ogos bertajuk “Meraih Keberkatan Dalam Bersedekah” merupakan satu mesej yang sangat baik untuk diperluaskan. Ia wajar dijadikan pemangkin untuk mengubah normaliti umat Islam dalam berinfaq.
Sikap umat Islam Malaysia dalam berinfaq umat Islam di Malaysia umumnya sangat mudah berinfaq tanpa menyelidik terlebih dahulu pihak yang memohon sumbangan. Alasannya mudah — “Allah Maha Mengetahui” dan “yang penting ikhlas dalam amalan jariah.”
Realiti penipuan berselindung di sebalik agama.
Malangnya, sikap ini membuka ruang kepada penipuan yang mengeksploitasi sentimen agama. Modus operandi mereka merangkumi kutipan derma untuk:
•Pembinaan masjid, surau, madrasah, pusat anak yatim, pondok dan kelas pengajian.
•Kerja-kerja amal di luar negara seperti bantuan makanan, pembinaan telaga, pengedaran al-Quran.
•Kempen bantuan untuk Gaza, Syria, Afrika, Afghanistan, dan lain-lain.
•Malah, ada juga yang mengutip dana untuk menampung kos mengerjakan umrah atau haji.
Kegiatan ini sangat membimbangkan kerana keikhlasan umat Islam dijadikan modal untuk mengaut keuntungan haram.
Akibat sikap tidak menyelidik.
Lebih memburukkan keadaan, masyarakat sudah terbiasa tidak mahu bertanya atau menyelidik kebenaran sesuatu kutipan. Akibatnya, pihak yang benar-benar layak menerima infaq sering terpinggir. Nilai penipuan atas nama agama dianggarkan mencecah ratusan juta ringgit.
Tidak hairanlah jika ada pihak luar yang menganggap umat Islam di Malaysia mudah tertipu — sama ada di dalam atau di luar negara. Hakikatnya, kita kurang budaya memeriksa latar belakang, menjejaki sumber, dan menyiasat kebenaran sesuatu dakwaan.
Islam menganjurkan ketelitian.
Perlu diingat, Islam tidak menggalakkan kita memberi secara semberono. Ketelitian, amanah, dan penyelidikan adalah sebahagian daripada tuntutan ibadah, termasuk dalam hal bersedekah.
Khutbah Jumaat
