DEFINISI AURAT KEPADA MANUSIA

DEFINISI AURAT KEPADA MANUSIA

Sesuatu yang harus ditutupi oleh seseorang kerana merasa malu atau rendah diri jika dilihat atau diketahui oleh orang lain disebut aurat. Aurat berasal dari bahasa Arab ‘aurah. Secara harfiah ‘aurah bererti “terbuka, kemaluan, telanjang, aib, cela dan cacat”. Aurat yang terbuka biasa mengundang nafsu berahi orang yang melihatnya sehingga mengundang perbuatan yang tercela. Ulama sepakat bahawa menutup aurat wajib hukumnya, baik laki-laki mahupun perempuan, terutama yang telah dewasa, iaitu dengan cara berpakaian.

Meski pun demikian, memperlihatkan aurat kepada muhrim atau suami isteri hukumnya mubah (boleh). Begitu pula untuk hal-hal darurat, seperti ketika berubat yang mengharuskan si pesakit memperlihatkan auratnya. Salah satu surah yang digunakan para ulama untuk menetapkan hukum menutup aurat adalah surah al-Ahzab ayat 59: “Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan ister-isteri orang mukmin:’Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.”

Sebagian ulama, terutama Mazhab Hanafi, berpendapat bahawa suara perempuan merupakan aurat. Hal ini didasari oleh firman Allah SWT: “…. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan…”(Q.24:31). Menurut mereka, membunyikan kaki saja tidak boleh, apalagi mengeluarkan suara yang dapat mengundang fitnah dan nafsu berahi. Adapun ulama Mazhab Syafi’i berpendapat bahawa suara perempuan bukan aurat. Kerana itu, mereka berhak ikut dalam berbagai kegiatan, seperti jual beli. Bahkan, isteri-isteri Nabi SAW juga banyak yang meriwayatkan hadis dan mengajarkan agama kepada semua orang.

Ulama berbeza pendapat tentang batas aurat laki-laki dan perempuan. Menurut Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Syafi’i batas aurat laki-laki ialah anggota tubuhnya antara pusat dan lutut, sesuai hadis Nabi SAW: “Paha adalah aurat” (HR. Bukhari). Sebagian ulama berpendapat bahawa aurat laki-laki adalah kemaluan. Ini didasarkan pada riwayat Anas bin Malik bahawa: “Nabi pernah membuka pahanya ketika beliau duduk bersama para sahabat” (HR. Bukhari). Adapun batas aurat perempuan, menurut jumhur ulama adalah seluruh tubuhnya, termasuk muka dan kedua telapak tangannya, bahkan kukunya. Pendapat lain mengatakan bahawa aurat perempuan adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua telapak tangannya. Imam Hanafi berpendapat bahawa kaki perempuan tidak termasuk aurat.

Setiap muslim wajib menutup auratnya dengan cara berpakaian. Ada dua hal prinsip dalam Islam tentang pakaian. Pertama, larangan untuk berpakaian atau melakukan hal yang diduga dapat menimbulkan ransangan berahi kepada lawan jenisnya (Q.24:31). Kedua, ayat-ayat Al-Quran tentang pakaian selalu diakhiri dengan ajakan bertaubat (Q.24:31) dan penyataan bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Q.33:59). Ajakan bertaubat merupakan isyarat bahawa pelanggaran besar maupun kecil terhadap tuntutan memelihara pandangan kepada lawan jenisnya tidak mudah dihindarkan oleh seseorang. Kerana itu, setiap orang dituntut untuk berusaha sebaik-baiknya dan memohon ampun kepada Allah SWT atas kesalahan yang diperbuatnya.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

049165
Hari ini: 87
Minggu Ini: 595
Bulan Ini: 4,627
Tahun Ini: 49,165
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.