TH LAPOR POLIS, MCMC SEBARAN VIDEO DI MEDIA SOSIAL

TH LAPOR POLIS, MCMC SEBARAN VIDEO DI MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR — Lembaga Tabung Haji (TH) membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung penyebaran beberapa video berunsur fitnah dan hasutan di media sosial.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad menegaskan pihaknya memandang serius sebaran itu dan memantau dengan rapat sebarang hantaran di media sosial yang boleh mencemarkan imej TH.

Katanya,TH akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat bagi melengkapkan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana individu atau pemilik akaun media sosial yang menyebarkan fitnah mengikut lunas undang-undang.

“TH juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihan sumbernya, sebaliknya rujuklah kepada saluran rasmi TH sebagai sumber sahih,” katanya dalam satu kenyataan.

Mustakim menegaskan, tuduhan video itu tidak benar terutama berkaitan tadbir urus dan inisiatif penjenamaan semula TH.

Menurutnya, inisiatif penjenamaan itu dilaksanakan untuk memperkukuh peranan TH sebagai institusi simpanan Islam pilihan, sekali gus membantu umat Islam menabung secara sistematik bagi menunaikan ibadah haji.

Katanya, pengurusan TH dan urusan ibadat haji tetap dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan Bumiputera Muslim, namun pelaksanaan strategi penjenamaan memerlukan kepakaran teknikal daripada konsortium sokongan bagi memastikan keberkesanan operasi serta relevan dengan perubahan demografi semasa.

“Kos mengerjakan haji semakin meningkat manakala kebanyakan pendeposit tidak mempunyai simpanan mencukupi.

“Justeru, pelan penjenamaan itu bertujuan memperkasa semula TH sebagai institusi kewangan Islam yang dihormati agar umat Islam dapat mengembangkan simpanan serta merealisasikan impian menunaikan haji,” katanya.

Sumber: bebasnews.my

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

019389
Hari ini: 239
Minggu Ini: 1,984
Bulan Ini: 4,530
Tahun Ini: 19,389
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.