HUSNUL KHATIMAH: KEMATIAN YANG DICEMBURUI

HUSNUL KHATIMAH: KEMATIAN YANG DICEMBURUI

Antara tanda seseorang itu mati dalam keadaan husnul khatimah ialah keadaan keningnya berpeluh. Baridah bin al-Khathib berkata ketika Rasulullah SAW berada di Khurasan, saudaranya meninggal dunia dalam keadaan sakit dan keningnya berpeluh, maka kata Barida: “Allahuakbar (Allah Maha Besar), aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Kematian seseorang Mukmin dengan keringat di kening”. – (Riwayat Ahmad dan al Hakim)

Dilindungi fitnah kubur

Mati di malam Jumaat atau siang harinya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah melindunginya daripada fitnah kubur”. – (Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Syahid di medan perang

Mati syahid di medan perang. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Janganlah kamu mengira orang yang gugur di jalan Allah itu mati. Bahkan mereka hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka berada dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka. Dan mereka bergirang hati terhadap orang yang tinggal di belakang yang belum menyusul mereka. Bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah dan bahawa Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang beriman”, (Surah Ali-Imran, ayat 169-171)

Sabda Rasulullah SAW: “Bagi seorang yang mati syahid di sisi Allah itu ada tujuh perkara. Diampuni dosanya sejak mula pertama darahnya tumpah, ia menyaksikan tempat duduknya di syurga, dia mengenakan perhiasan iman, mempersuntingkan 72 bidadari, dihindarkan daripada azab kubur, diselamatkan saat kejutan yang dahsyat (kiamat), disematkan di atas kepalanya mahkota kebesaran dari batu mulia lebih baik dari dunia dan isinya dan ia dapat memberi syafaat 70 ahli keluarganya.” – Riwayat Ahmad dan Tirmizi).

Sumber: Ensiklopedia Kiamat

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

049187
Hari ini: 109
Minggu Ini: 617
Bulan Ini: 4,649
Tahun Ini: 49,187
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.