KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
 
ISU DAKWAAN KES BULI MELIBATKAN MURID INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA
 
1. Saya mengambil maklum laporan media berkaitan dakwaan seorang murid perempuan berusia 13 tahun dari sebuah institusi pendidikan agama di ibu negara yang dipercayai menjadi mangsa buli sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan trauma emosi.
 
2. Saya amat dukacita dan memandang serius terhadap insiden ini. Segala bentuk penderaan, kekerasan dan buli sama ada secara fizikal, mental mahupun emosi tidak boleh diterima sama sekali dalam mana-mana institusi pendidikan Islam. Nilai ihsan, kasih sayang, dan saling menghormati mesti menjadi teras kepada pendidikan berteraskan Islam.
 
3. Saya telah mengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk menyiasat secara terperinci dakwaan ini dengan segera. Sekiranya benar berlaku, tindakan tegas dan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbabit, termasuk pihak pentadbiran institusi, pelajar, atau individu yang gagal melindungi keselamatan murid.
 
4. Pada masa yang sama, saya menyeru semua institusi pendidikan agama sama ada di bawah kerajaan, negeri, mahupun swasta untuk memperkukuh dasar dan mekanisme pencegahan buli, termasuk mempertingkatkan pemantauan asrama, memperkasakan kaunseling pelajar, dan memastikan saluran aduan yang selamat bagi murid untuk bersuara.
 
5. Islam menganjurkan nilai ihsan dàn menegaskan bahawa setiap insan mesti dipelihara maruahnya. Firman Allah SWT:
"Dan janganlah kamu menyakiti antara satu sama lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kezaliman." (Surah Al-Baqarah, ayat 190)
 
6. Saya turut mengajak seluruh masyarakat untuk menjadikan institusi pendidikan agama sebagai tempat yang benar-benar mendidik jiwa, bukan medan ketakutan. Tindakan pantas, adil dan berhemah amat penting agar kepercayaan ibu bapa terhadap sistem pendidikan Islam terus terpelihara.
 
7. Saya mengajak semua pihak untuk bersatu hati menghapuskan semua bentuk buli. Aspek pendidikan, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dillaksanakan secara bersepadu. Ia perlu dilaksanakan di semua institusi termasuk institusi pendidikan agama sebagai tempat yang benar-benar selamat serta menyuburkan akhlak.
 
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
18 Oktober 2025

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

019396
Hari ini: 246
Minggu Ini: 1,991
Bulan Ini: 4,537
Tahun Ini: 19,396
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.