Setelah setahun kematian ayahnya, Rumi dibimbing oleh seorang lagi murid utama Bahaudin, Sayyid Burhanuddin Muhaqqid, yang turut melatih latihan spiritual selain memaksa Rumi belajar kitab tinggalan ayahnya, al-Ma'arif.
Di bawah bimbingan Burhanuddin itulah juga Rumi disarankan untuk memperdalamkan amalan tasawufnya, diminta melakukan Chila, dan melanjutkan pengajiannya ke Aleppo dan Damaskus. Ia dikatakan bermula pada tahun 1233. Ketika Rumi mengembara mencari ilmu, Sayyid Burhanuddin (Burhan) kembali ke Kayseri.
Di Aleppo, Rumi belajar di Madrasah Hallawiya yang dimiliki oleh Kamaleddin Ibn al-Adim, yang juga merupakan gabenor di situ. Ada riwayat mengatakan Rumi belajar di situ selama dua tahun. Ketika dalam asuhan Syeikh Kamaleddin, Rumi dikatakan berjaya memahami kesepaduan hakikat dan syariat. Dalam syariat, Rumi diberikan jolokan faqih mazhab Hanafi dan dalam hakikat, ia digelar sebagai Imam al-Ghazali kedua.
Dalam ungkapannya, Rumi berkata: Akulah khadam Al-Quran sepanjang hayatku. Akulah debu di bawah telapak kaki Nabi Muhammad, utusan Allah. Andainya sesiapa mentafsir perkataanku dengan jalan lain, aku menyanggah sosok tersebut dan perkataannya."
Tidak berapa lama kemudian, Rumi ke Damaskus, dan menempuh pendidikan di Madrasah Maqdisiyyah selama empat tahun. Di Damaskus itulah Rumi sempat bertemu dengan beberapa ulama hebat ketika itu, antaranya Syeikh al-Akhbar Muhyiddin Ibn al-Arabi, Saadeddin Hammuya, Uthman al-Rumi, Awaludin Kirmani dan Sadreddin Konevi (Salahuddin al-Qurnawi), yang kemudiannya mengunjungi Rumi setelah Rumi kembali memimpin madrasah di Konya. Ketika di Damaskus itulah sedikit sebanyak pengaruh sufi Ibnu Arabi meresap masuk ke jiwa Rumi.
Rumi dikatakan kembali ke Konya pada tahun 1241, selepas singgah bertemu gurunya, Sayyid Burhanuddin al-Tirmidzi di Kayseri. Mereka berdua pulang ke Konya. Ketika kembali ke Konya, Rumi berumur hampir separuh abad (37/38 tahun) dan menurut Burhanudin yang membenarkan Rumi pulang, sebagai seorang yang matang. (Cihan Okuyucu, Rumi: Kisah Hidup dan Pesan-Oesannya, hal. 32-33).
Sayyid Burhanuddin, yang berpuas hati dengan prestasi Rumi berkata:
"Berjalanlah terus ke hadapan dan bawakan semangat yang baharu kepada orang ramai. Biarkan mereka memperoleh rahmat Illahi yang terus mengalir dan hidup dengan cinta."
Saat kembalinya Rumi ke Konya, ia kembali dengan semangat yang baharu, tidak lagi menerapkan ilmu kepada muridnya secara pengetahuan ssmata-mata, ia melangkaui pengalaman dalam jiwa. Kata Rumi:
"Jangan berfikir bahawa wali Allah tidak lagi wujud di dunia ini. Mereka sempurna dalam semua perkara. Mereka pencinta Allah yang tidak dikenali. Hal ini demikian kerana mata engkau tidak mampu menyelongkar rahsia mereka.
"Engkau tidak dapat melihat rahsia mereka hanya melalui mata. Kesombongan engkau yang sia-sia telah menjadi hijab daripada menyaksikan anugerah ini."
Setelah itu, Sayyid Burhanuddin yang kembali tinggal bersama Rumi di Konya, memohon izin untuk pulang ke Kayseri. Awalnya, Rumi keberatan untuk melepaskannya, tetapi melihat jesungguhan gurunya, Rumi bersetuju.
"Ketika sedang mulai untuk berangkat, kaki Burhanuddin terpelecok menyebabkan terjatuh ke tanah. Burhanudin yang kesakitan akhirnya mengambil keputusan berpatah balik ke Konya. Sayyid merasakan bahawa perjalanan pulangnya umoama satu halangan.
Setibanya di rumah Rumi, Sayyid cuba untuk bertanya. Namun, sebaik melihat Sayyid muncul, Rumi bertanya: Wahai Syeikh, kenapa tuan sangat ingin meninggal saya?
Sayyid menjawab: Di Konya, sang singa yang gagah telah muncul. Dua singa tidak boleh tinggal di satu kota. Kita tidak boleh bersama lagi."
Mendengarkan jawapan itu, Rumi semakin bergelut dengan pelbagai tanda tanya, tetapi hanya sekadar menyimpannya di dalam hati. Setelah keadaan kaki gurunya semakin membaik, Rumi tidak lagi mampu menghalanginya untuk pulang.
Beberapa hari kemudian, Rumi mencium tangan gurunya, dan ukur bersama menghantarnya pulang ke Kayseri. Kepulangan itu sangat ditunggu-tunggu oleh penduduk Kayseri dan disambut meriah oleh gabenornya, Sahib Shamsudin Isfahani.
Sahib Shamsudin kemudian mendirikan sebuah Zawiyah untuk Sayyid Burhanudi meneruskan pendidikan sufi dan sebagai tempat tinggal. Suatu hari, ketika berada dalam situasi uzur dan masih menjadi imam, sebagaimana lazimnya membaca surah yang panjang, Sayyid aburhanydin berkata kepada para makmun:
"Anggaplah aku ini uzur, orang yang gementar. Setiap kali di hadapan Allah aku hilang kawalan diri. Aku tidak boleh menjadi imam. Kajian carilah imam yang lain."
Kurang sebulan setelah kembali ke Kayseri, iaitu dalam tahun 1241, Sayyid Burhanuddin merasakan masanya telah tiba. Sayyid meminta khadamnya menyediakan air panas dan setelah tersedia, beliau melakukan mandi wajib.
Setelah selesai, Sayyid meminta agar menutup semua pintu dan berkata: Sampaikan kepada sesiapa yang ada di luar sana, Sayyid yang hina sudah berpindah ke alam barzakh."
Sayyid yang berada dalam bilik bersendirian memanjatkan doa kepada Allah: Ya Allah, terimalah diriku dan ambillah nyawaku. Pisahkan aku daripada diriku. Pisahkan aku dari dua alam. Pisahkan aku daripada semua yang bukan Engkau."
Berita kematian Sayyid kemudian tersebar luas dan disambut dengan duka. Rumi yang mendapat tahu kematian sang guru, bergegas ke Kayseri. Rumi kemudiannya berjam-jam berdoa di makan gurunya. Setelah selesai, gabenor Kayseri, Sahid Shamsudin Isfahani menyerahkan beberapa buah kitab kepunyaan Sayyid kepada Rumi, termasuk Maqalat.
(bersambung)
