SINDROM GOLIATH, MANIFESTASI KEHANCURAN PERADABAN

SINDROM GOLIATH, MANIFESTASI KEHANCURAN PERADABAN

Khutbah Jumaat yang dibacakan oleh Imam Masjid Imam Al-Ghazali Bandar Manjalara hari ini (14 November 2025) menjadi titik tolak saya menulis rencana ulasan buku kali ini. Kenapa? Seminggu lalu saya berjaya menghabiskan pembacaan sebuah buku tebal (592 halaman) tulisan Luke Kemp, seorang penyelidik dari Universiti Cambridge, England yang berjudul Goliath Curse: The History and Future of Societal Collapse (London: Penguins Books Limited, Julai 2025). Jenuh juga untuk khatam, hampir dua minggu membacanya.
 
Saya tertarik dengan tajuknya, dan ingin tahu apakah yang dikatakan sebagai fenomena "sumpahan atau kutukan Goliath" itu. Beberapa tahun lalu, saya membaca salah sebuah buku bestseller Malclom McDowell yang ikut bercerita tentang Goliath yang berjaya mengalahkan David, dalam legenda penganut Yahudi dan Nasrani. Dalam kisah al-Quran, Goliath itu dinamakan sebagai Jalut.
 
Dalam khutbah Jumaat yang disediakan oleh JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) dengan tajuk "Wabak Jiwa, Racun Ummah" khatib menjelaskan fenomena keruntuhan sesebuah masyarakat adalah disebabkan "pesona dunia", yakni ramai yang tidak "merasa cukup" dengan apa yang dimiliki sehingga sanggup melakukan sesuatu yang menyalahi ajaran agama, juga mencabar upaya diri sehingga membahayakan kesihatan.
 
Jelas khutbah itu lagi "Wabak penyakit yang membahayakan kesihatan sememangnya perkara yang membimbangkan. Oleh kerana kesannya kita dapat lihat secara fizikal maka kita akan cuba sedaya upaya mencegahnya. Hatta Haram bukan sahaja merosakkan individu, malah menjadi racun yang membinasakan ummah.
 
"Harta haram yang banyak akan sentiasa terasa tidak cukup. Sebaliknya, harta halal walaupun sedikit akan sentiasa membawa ketenangan dan kecukupan yang diberkati.
 
"Larangan makan daripada hasil yang haram sangat jelas sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188...Maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya).
 
Amat mudah kita menyalahkan orang lain sebagai punca keruntuhan sesebuah komuniti, masyarakat atau Empayar, kerana kita sebenarnya cukup susah untuk mencari penyebabnya yang sebenar. Punca sebenar kejatuhan atau nestapa kehidupan ialah apa yang ada dalam diri kita sendiri. Sejarah turut menjelaskan, punca kejatuhan Empayar Islam yang besar adalah disebabkan masalah dakaman: perebutan kuasa, hilang semangat keummatan dan tersilau dengan pesona dunia. Ia sudah lama menjadi barah sejarah, juga barah umat Islam sendiri.
 
Petunjuk pertama ialah kesombongan diri, kerana mempunyai kuasa. Kedua, tidak mempedulikan rakyat dan hidup dalam budaya elitis, dan melihat kuasa itu sebagai hak miliknya yang kekal. Misalnya, tulisan Ibnu Rijal dalam dua buah buku oemetaan sejarah Islam selama seribu tahun, Alfu Sanatin dan Alfu Sanatin II cukup sedih bila kita mengamati keruntuhan kekuatan Islam disebabkan perpecahan dari dalam..
 
Luke Kemp menamakan fenomena sedemikian sebagai Sindrom Goliath. Setelah meneliti sejarah yang panjang, iaitu sepanjang lima milenia, dari Mesir putba hingga ke zaman moden ini, Luke Kemp berpandangan, dunia sekarang sedang menuju kehancuran, di mana tanda-tandanya sangat jelas.
 
Menurut Luke Kemp, tiga ganda terbesar yang boleh kita melihat dan kengamatinya, kalau mungkin perlu membaikinya sekiranha kita atau pemegang kuasa mahu selamat.
 
Pertama: jurang kekayaan yang terlalu jauh antara sekelompok kecil yang kaya manakala sebahagian besar penduduk dunia terus dibelenggu kemiskinan. Penduduk dunia sekarang berjumlah lebih 8 bilion, hanya satu peratus sahaja yang bergelar hartawan: jutawan, bilioner dan buat pertama kalinya, Elon Musk menjadi manusia pertama bakal digelar trilioner dalam tempoh terdekat. Ertinya, sekitar 80 peratus manusia hidup dalam situasi antara tidur dalam serba kekurangan dan cukup makan (keperluan asas yang memadai).
 
Kedua: dunia semakin bergantung kepada penguasaan teknologi. Teknologi dikuasai oleh tokoh atau syarikat korporat. Ertinya, walaupun teknologi bersifat mudah guna, pemiliknya terus mengeksploitasi teknologi untuk mengumpul kekayaan. Konsep keterhangunhan menjadi sedikit lunak, tetapi ia tetap dikawal.
 
Arus data dan manipulasi data terus berlaku, dan tentunya kumpulan pengguna teknologi akan dieksploitasikan kerana data pengguna menjadi sumber perniagaan yang sangat menguntungkan, ia termasuk untuk kepentingan manipulasi dan pembentukan persepsi. Akhirnya, ia membentuk putaran ganas yang boleh menyebabkan terhakisnya kebebasan manusia.
 
Media sosial muncul sebagai teknologi bermata dua, dan ia bergantung kepada kecenderungan pihak yang mahu memanipulasikannya. Sebab itulah pada Abad ini, bertolak daripada andaian Alvin Tofler, sesiapa yang menguasai maklumat akan menguasai dunia. Tetapi, andaian Tofler itu berubah 180 darjah, bukan kerana menguasai maklumat seseorang itu boleh menguasai pemikiran ramai, yang menguasai "data raya" akan menjadi "pemerintah baharu" di ruang siber.
 
Sebab itulah kita lebih mempercayai "pempengaruh" berbanding pakar sebenar. Ini menjadi kebimbangan besar Tom Nichols ketika beliau membincangkan mengenai "tahap kepercayaan" orang ramai terhadap artis lebih besar berbanding pakar penyakit. Contohnya, bagaimana cadangan terapi 'kesihatan vagina" yang disarankan oleh seorang artis kursus dan berambut perang yang hanya dengan mengasapkan sejenis herba dari pokok megworth lebih diyakini daripada seorang doktor pakar sakit puan yang menghabiskan masa bertahun-tahun menekuni bidang tersebut. Ketika itu, media sosial belum berleluasa, tetapi program videonga cukup laris dan mendapat tontonan tertinggi. (Thomas M Nichols, The Death of Expertise: The Campaign Against Established Knowledge and Why It Matters, 2017).
 
Media sosial kini bukan lagi platform berkongsi ilmu, tetapi sudah berubah menjadi platform mencari keuntungan. Keuntungan sebahagiannya diraih menerusi berapa ramai pengikut atau likes, yang kemudiannya memberi peluang pengiklan menerobos masuk ke dalamnya, walaupun pemilik akaun tidak bersetuju dengan produk yang diiklankan. Salah contoh ialah iklan minuman alkohol. Tetapi, pemilik akaun akan meraih pendapatan Iklan daripada postingnya.
 
Media sosial semakin meluas sebagai medan pemasaran produk. Menariknya lagi, semakin ramai yang meraih pendapatan tinggi setiap bulan dengan ulasan produk, walhal keberkesanan produk tidak begitu jelas. Sebab itulah kita akan temui pelbagai jenis food supplement yang mendakwa mampu mengawal dan menyembuh beribu jenis penyakit. Cukup meriah, jika musim tersebut dilihat sebagai kusim kempen penyakit tiga serangkai, pelbagai jenama makanan tambahan yang diiklankan sebagai ubat atau penawar ajaib, walhal tidak berdaftar dengan agensi kawalan ubat-ubatan secara sahih. Harga yang ditawarkan bukan murah, malah ada yang lebih mahal daripada harga ubat moden di farmasi.
 
Mereka cuba meyakinkan orang ramai, jaminan wang dikembalikan. Tidak semua penjual jujur, yang banyaknya, bila bermasalah, diberikan pelbagai dalih, kununnya, apa yang dibeli itu tidak ada dalam rekod HQ, dibeli daripada penjual tertentu, atau produk tiruan. Kadangkala, penuh dengan penipuan.
 
Bayangkan jika kaedah yang sama berlaku dalam sistem pentadbiran sesebuah kerajaan, keyakinan rakyat akan terjejas. Di Malaysia kita pernah alami situasi kacau sebegitu, saya comtohkan dengan kes aliran tunai TH, yang didakwa tidak bagus. Akibatnya, ramai yang mengeluarkan simpanannya, kerana percayakan dakwaan Rafizi Ramli. Pendeposit yang mengharapkan peluang menjnaikan haji, terlepas kerana tidak lagi mempunyai deposit, dan menunggu semula giliran bila kembali menabung.
 
Ketiga: krisis iklim yang menyebabkan perubahan cuaca tidak lagi dapat diramalkan dengan baik, jadi semakin tidak menentu. Akibat penggunaan terlalu banyak bahan fosil, dan kini menggilanya perlumbaan REE, oestabolan tanah ikut terjejas. Permjkaan bumi menjadi semakin berlubang, dan lebih oeah lagi jika REE itu banyaknyersimoan di kawasan hutan simpanan, yang menjadi kawasan tadahan air dan pembentukan oksijen. Karbon semakin banyak yerampaindi udara, pokok semakin berkurangan. Udara semakin tercemar, kesihatan manusia akan mudah terjejas.
 
Tiga fenomena ini dikatakan oleh Luke Kemp bakal membawa kepada kehancuran sesebuah tamadun moden, kerana tamadun moden sangat bergantung kepada industri dan teknologi. Teknologi memerlukan bahan dan bahan itu sebahagian besarnya terhasil daripada sumber mineral. Sumber mineral berada dalam tanah atau perut bumi, jadi bumi digerudi demi untuk pemenuhan teknologi dan produk. Walaupun dikatakan teknologi sekarang semakin menuju kepada "tanpa karbon" atau "teknologi hijau", asas pembinaannya ikut mengorbankan alam. Ertinya, teknologi hijau sebenarnya terhasil daripada eksploitasi sumber mineral, yang menyumbang kepada kerosakan alam dan pemanasan global.
 
Menurut Luke Kemp, dengan meneliti lebih 400 tamadun yang pernah lahir dalam tempoh lima milenia, ia memperlihatkan semakin membesar masalah kesejahteraaan sosial dan ekonomi. Setiap kali kuasa berpindah tangan, sesebuah kerajaan berubah, setiap kali itulah kejujuran dijual bagi meraih keuntungan pihak yang memiliki kuasa. Itulah sejarah yang silih berganti, kerana semakin maju manusia berfikir semakin lenyap kejujuran. Bila kuasa tidak lagi disusuli dengan kejujuran, tamak haloba menjadi bahan yang cepat membakar dan memusnahkan apa yang telah dibina.
 
Bagi saya, apa yang dianalisis oleh Luke Kemp seolah-olah cuba mengelak daripada melihat kitaean peradaban yang pernah dikemukakan oleh ilmuan Islam, Ibnu Khaldun. Luke Kemp cuba keluar daripada kerangka itu tetapi beliau sebenarnya terlupa kerangka yang dibina oleh Ibnu Khaldun lebih sempurna sebagai ukuran ilmiah berbanding analisisnya yang saya luhay bukanlah sesuatu yang dianggap mengejutkan.
 
Bagaimanapun, perbincangan yang dilakukan oleh Luke Kemp sebagai 'sindrom Goliath" hanya sekadar ingin menegaskan, watak Goliath yang dianggap melegenda itu. Walaupun pasa awalnya berjaya mengalahkan David, kejayaan itu telah membuka kepada nilai-nilai kesombongan dan tamak haloba, dan itulah seharusnya menjadi "racun ummah' bila pemimpin "lupa diri".
 
Fenomena yang menghancurkan sesebuah peradaban, walaupun peradaban itu muncul daripada titik kosmh, kemudian membesar. Bila berada di kemuncaknya, kejujuran dijualbeli, ia akan menuju kehancurannya, kehancuran yang bermula dari dalam..jika ada faktor luaran, ia hanya sekadar pemangkin keruntuhan. Sebabnya, orang luar melihat ada emas berlonggok tersimpan di dalamnya.
 
Saya kutip salah satu hadis yang dibacakan dalam aohuybah Kimaay, yang saya anggap lebih awal daripada rumusan Luke Kemp, sebagai sumpahan Goliath: Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah saat kehancuran.' (Riwayat al-Bukhari).
 
Ertinya, Islam sudah memberikan amaran yang cukup jelas hampir satu setengah milenia lalu, dan ia masih relevan walaupun Like Kemp tidak mengakuinya sebagai sebuah pesanan yang wajib dijadikan tunggak oleh sesebuah peradaban. Tetapi, Luke Kemp menemui bahawa kehancuran sesebuah tamadun berlaku kepada elit yang berkuasa memusnahkannya dari dalam.
 
Itulah sebabnya, dalam sistem pemerintahan Islam dan oengurussn ummah, Islam sangat menekankan konsep keadilan, ilmu, amanah dan kasih sayang. Keadilan bermakna menegakkan satu bentuk piawaian yang boleh diterima sebagai kawalan dan kejujuran ke atas sesuatunhal, bukan kerakusan. Keadilan perlu berteraskan apa yang diajar oleh agama, bukan hanya dalam bentuk apa yang difikirkan patut. Keadilan dilaksanakan secara beramanah, bukan dalam bentuk 'orang lain tidak boleh tetapi saya dan kroni saya boleh',
 
Dari situlah akhirnya akan membuahkan peradaban kasih sayang, bukan peradaban saling mengadudomba.
 
Biarpun agak mengambil waktu yang panjang untuk meneliti buku ini, sedikit sebanyak pengetahuan dan analisis Luke Kemp dilihat kemas, dan sebagai ulangan kepada kajian-kajian sejarah yang pernah kita baca sebelumnya. Ia boleh memberikan kita suatu penegasan semula, tetapi tidak terlihat seperti ada kerangka teori baharu yang menarik, mungkin kerana saya terlebih dahulu terhadam dengan kitaran peradaban Ibnu Khaldun: proses pembangunan; proses perkembangan; proses kemerosotan; dan akhirnya, proses kehancuran.
 
Kata Ibnu Khaldun: in the opinions of physicians and astrologers, the natural lifespan of individuals is one hundred and twenty years, that is, the period astrologers call the great lunar year... The same applies to the lifespan of dynasties. Their duration may differ according to the conjunctions. However, as a rule no dynasty lasts beyond the lifespan of tree generations." (The Muqaddimah: An Introduction to History- Abridged Edition, 2015, hal. 249).

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

048148
Hari ini: 96
Minggu Ini: 1,684
Bulan Ini: 3,610
Tahun Ini: 48,148
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.