KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
 
BERSILAT DI KUBUR AMALAN KHURAFAT
 
Saya telah dimaklumkan mengenai penularan sebuah video memaparkan seorang individu melakukan pergerakan seperti bersilat di sebuah tanah perkuburan Islam di Johor. Tindakan ini telah menimbulkan pelbagai persoalan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat, khususnya berkaitan adab serta sensitiviti di kawasan perkuburan.
 
Pertama sekali, saya menyambut baik tindakan pihak Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor yang segera meminta Pejabat Kadi Daerah Kluang menjalankan siasatan berhubung perkara ini. Pendekatan ini penting bagi memastikan tiada unsur yang bercanggah dengan adab, syarak atau ketenteraman awam, serta bagi memahami keadaan sebenar individu terlibat.
 
Tanah perkuburan bukan lokasi untuk perbuatan yang boleh mengundang salah faham, mengganggu ketenteraman, atau menyinggung perasaan waris si mati.
 
Namun begitu, pada masa yang sama, kita juga perlu berhati-hati dan berempati. Ada kemungkinan individu berkenaan memerlukan bantuan psikososial atau intervensi daripada pihak berkuasa atau keluarganya. Justeru, tindakan siasatan yang dijalankan perlu merangkumi aspek kebajikan dan keselamatan individu, bukan sekadar aspek adab semata-mata.
 
Saya menyeru masyarakat agar:
  1. Tidak membuat spekulasi melampau sementara siasatan sedang dijalankan.
  2. Memberi kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa agama Islam Negeri untuk menguruskan isu ini.
  3. Mengutamakan hikmah dan budi bicara ketika mengulas di media sosial.
  4. Menghormati tanah perkuburan sebagai kawasan ziarah dan peringatan untuk semua.
Pihak kami akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor dan jabatan agama Islam Johor untuk memastikan perkara ini ditangani dengan penuh berhemah, demi kesejahteraan bersama, selaras dengan semangat Malaysia MADANI.
 
Semoga Allah memberi petunjuk dan memelihara kita semua.
 
Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
23 November 2025

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

049187
Hari ini: 109
Minggu Ini: 617
Bulan Ini: 4,649
Tahun Ini: 49,187
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.