KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang baharu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara tersebut dalam Pengumuman Anggota Kabinet Kerajaan Madani yang baharu, di Putrajaya.
Sementara itu, Marhamah Rosli dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Anwar berkata, kesemua lantikan itu akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, pagi esok (pagi tadi).
Sumber: alhijrahnews.com
