MEMBUMI ERTI KASIH SAYANG

MEMBUMI ERTI KASIH SAYANG

Di antara salah satu ciri-ciri akhlak yang baik ialah bersikap kasih sayang sesama muslim. Kita harus yakin bahawa dengan menyayangi orang lain, ia akan memperolehi balasan kasih sayang yang jauh lebih besar dan lebih luas di dunia dan juga akhirat. Sesungguhnya Allah SWT menyayangi siapapun yang menyayangi hamba-hambaNya. Rasullullah bersabda yang bermaksud; ”Allah hanya akan menyayangi hamba yang menyayangi (makhlukNya)” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

 

Sebaliknya Rasulullah saw juga bersabda yang bermaksud: ”Sungguh, Allah tidak akan menyayangi seseorang yang tidak menyayangi manusia” (Riwayat Muslim)

 

Sifat peyayang merupakan pertanda kelapangan dada, kelembutan hati dan keperibadian yang tinggi. Seseorang yang berakhlak mulia akan menyayangi seluruh manusia serta seluruh makhluk. Ibnu Masud meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: ”Kamu tidak dianggap beriman hingga kamu saling menyayangi” Para sahabat berkata, ”Wahai Rasulullah kami pada setiap orang, semua adalah penyayang.” Rasul menjawab: ”Kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah kasih sayang di antara kamu saja, melainkan kasih  sayang kepada seluruh manusia dan seluruh makhluk” (Riwayat Tabrani)

 

Sejarah mencatat bahawa kasih sayang Rasulullah saw bukan sahaja terhad kepada sesama muslim tetapi juga kepada bukan muslim. Ini dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: ”Maka barang kali engkau (Muhammad) akan menbinasakan dirimu kerana bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (AlQuran)” (Surah Al-Kahfi ayat 6)

 

Nabi Muhammad saw tidak hanya menyayangi manusia, tetapi juga menyayangi binatang. Rasulullah saw mengajak manusia untuk menyayangi binatang kerana ia akan menperolehi pahala. Beliau bersabda yang bermaksud: ”Setiap air yang diberikan kepada haiwan hidup (untuk minumnya) mendatangkan pahala” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Jika ada pertanyaan, ”siapa saja yang didoakan nabi saw untuk memperolehi rahmat? ”Maka jawapannya dapat diperolehi dari hadis-hadis berikut ini. Nabi Muhammad saw mendoakan orang-orang melaksanakan solat sunat empat rakaat sebelum solat asar.”Semoga Allah merahmati seseorang yang melaksanakan solat sunat empat rakaat sebelum asar” (Riwayat Abu Daud)

 

Nabi juga mendoakan orang yang memiliki sifat tolerensi. Seterusnya nabi juga mendoakan orang menjaga lisannya dan memanfaatkan lisannya hanya untuk kebaikan

 

Pada hakikatnya hanya orang yang sengsara yang tidak memiliki rasa kasih sayang. Nabi saw bersabda yang bermaksud: ”Rasa kasih sayang tidak akan dicabut kecuali dari orang yang sengsara” (Riwayat Abu Daud).

 

Ath-thibbi menjelaskan hadis ini dengan berkata, ”hal ini kerana kasih sayang berasal dari hati yang lembut. Hati yang lembut merupakan tanda keimanan. Barangsiapa yang tidak memiliki kelembutan hati maka ia tidak beriman. Dan sesiapa yang tidak memiliki iman maka ia sengsara. Jadi jelas bahawa orang yang tidak memiliki kelembutan hati maka ia sengsara.

 

Sifat kasih sayang ini juga menjadi bukti rasa kelembutan hati dan keluhuran jiwa. Sifat ini dapat mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat. Sifat ini juga dapat menyatukan perbezaan-perbezaan yang berlaku dalam masyarakat dan meningkatan tamadun peradaban manusia itu sendiri. Di sisi lain syurga merupakan tempat atau kediaman bagi orang yang penuh kasih sayang. Hanya orang yang mempunyai sifat pengasih sahaja yang dapat memasuki syurga.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

010748
Hari ini: 57
Minggu Ini: 2,150
Bulan Ini: 3,997
Tahun Ini: 10,748
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.