SYED SHEIKH AL HADI REVOLUSIONER PEMIKIRAN

SYED SHEIKH AL HADI REVOLUSIONER PEMIKIRAN

Bagi mereka yang mengikuti sejarah tanah air khususnya di bidang agama, pendidikan, penerbitan dan penulisan, nama Syed Syeikh Al- Hadi bukanlah suatu nama yang asing. Anak kelahiran Kampung Ulu Melaka pada tahun 1867 ini amat terkenal di kalangan masyarakat Melayu, terutama di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Bersama dengan seorang tokoh lain, Syed Syeikh Tahit Jalaluddin, beliau dikenali sebagai pengasas kepada kumpulan Kaum Muda yang muncul pada abad ke-20 dahulu setelah beliau balik daripad abelajar di Mesir.

Kumpulan ini muncul dengan satu gagasan baru bahawa orang Islam harus menerima pandangan dan falsafah- falsafah dari Barat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam supaya mereka boleh mencapai kemajuan seperti orang lain. Beliau dan Syeikh Tahir Jalaluddin, melalui majalah al- Imam, meniupkan fahaman Pan- Islamisme yang dipelopori oleh Jamaliddin al- Afghani dan Muhammad Abduh kepada masyarakat Melayu.

GERAKAN KAUM MUDA

Gerakan Kaum Muda ini muncul berikutan pengaruh dari Mesir, Turki dan Indonesia. Mereka berpendapat bahawa pemikiran orang- orang Islam pada masa itu beku kerana hanya berpegang kepada talkid sahaja. Mereka ingin membuat reformasi dengan mengubah minda golongan tua agar tidak menghadkan pegangan mereka mengikut pada satu-satu ajaran mazhab sahaja, sebaliknya melaksanakan ijtihad dalam usaha mencari sumber kekuatan Islam. Dengan berpegang kepada konsep itulah, mereka ingin mengubal system pengajian pondok yang mementingkan soal-soal amalan untuk akhirat sahaja ketika itu dan tidak dapat membantu membawa kemajuan kepada ummah.

SISTEM PENGAJIAN MADRASAH MODEN

Syed Syeikh Al- Hadi telah memperkenalkan satu sistem pengajian madrasah yang secara sistem pengajian madrasah yang secara langsung memberi saingan kepada pendidikan sekular yang diperkenalkan oleh penjajah British. Sistem ini menjurus ke arah melahirkan para pelajar yang alim, mempunyai ilmu, mempunyai rasa tanggungjawab kepada dirinya, agamanya dan bangsanya. Beliau mengambil daya usaha menubuhkan sebuah pusat pengajian bernama Madrasah Al-Iqbal di Selige Road pada tahun 1907. Inilah madrasah yang pertama didirikan oleh tokoh ini. Usahanya ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan menyebabkan madrasah itu ditutup dan dipindahkan ke Penyegat, Riau- Lingga. Pada Tahun 1916 beliau mendirikan Madrasah al-Hadi di Melaka, negeri kelahirannya.

PENDAKWAH DAN SASTERAWAN

Syed Syeikh al-Hadi kemudian berpindah dan menetap di Pulau Pinang pada 1919. Di sini, beliau membuka Madrasah Al-Masyhor di samping bergiat dalam bidang penerbitan dengan menubuhkan syarikat percetakan, Jelutung Press. Melalui syarikat percetakan inilah maka lahirnya majalah Al-Ikhwan yang dikeluarkan setiap bulan dan akhbar dwi-mingguan, Saudara. Syed Syeikh Al-Hadi, tidak sahaja dikenali sebagai pendakwah, tetapi juga sebagai dikenali sebagai pendakwah, tetapi juga sebagai seorang sasterawan. Beliau menghasilkan novel-novel saduran yang mendapat sambutan hangat. Antara novelnya yang terkenal ialah Faridah Hanum.

JASA DAN SUMBANGAN
Walaupun di peringkat awal, usaha Syed Syeikh Hadi mendapat tentangan hebat daripada golongan yang tidak memahami matlamat perjuangannya itu, namun sumbangan tokoh ini di bidang pendidikan dan perkembangan agama di Semenanjung Tanah Melayu amat besar. Menerusi cara pemikirannya yang kritis, beliau telah banyak membawa perubahan terhadap gerakan Islam di Tanah Melayu dan juga cara pemikiran orang Melayu. Syed Syeikh al-Hadi meninggal dunia pada bulan Februari 1934, di Pulau Pinang.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

016823
Hari ini: 258
Minggu Ini: 1,628
Bulan Ini: 1,964
Tahun Ini: 16,823
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.