BATALKAN RAIN RAVE WATER MUSIC FESTIVAL 2026 DEMI MENJAGA MARUAH DAN RAKYAT

BATALKAN RAIN RAVE WATER MUSIC FESTIVAL 2026 DEMI MENJAGA MARUAH DAN RAKYAT

SHAH ALAM — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membantah sekeras-kerasnya penganjuran Festival muzik berkonsepkan air, Rain Rave Water Music Festival 2026 yang menghimpunkan artis tempatan dan antarabangsa dijadual berlangsung bermula 30 April hingga 2 Mei depan.

Menurut Pemangku Presiden PERKASA,Borhan Ahmad Zakaria, program sedemikian perlu dibatalkan demi menjaga maruah dan menjaga rakyat negara ini.

“Ini bukan soal hiburan. Ini soal maruah negara, soal adab, dan soal keutamaan rakyat yang semakin terabai.

“Ini bukan budaya kita.Pesta air yang mencampurgaulkan lelaki dan perempuan secara terbuka bertentangan dengan nilai ketimuran dan norma masyarakat Malaysia. Ia membuka ruang kepada maksiat, bukan mengangkat martabat rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Acara berskala besar itu dijangka menjadi antara tarikan utama sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dengan konsep unik yang menggabungkan muzik, elemen air dan visual interaktif.

Antara artis tempatan yang bakal membuat persembahan di pentas utama ialah Joe Flizzow, Mimifly, Killa Driz, DJ Cza, Dolla dan De Fam, yang mewakili gabungan genre hip hop, pop dan muzik elektronik.

Borhan berkata,Malaysia bukan tempat pesta maksiat yang boleh diadakan sewenang-wenangnya seperti negara lain.

Jelasnya lagi, sepatutnya pihak berkuasa mengutamakan rakyat dan bukannya penganjuran acara hiburan yang berlebihan di saat ekonomi tidak menentu akibat perang di negara teluk.

“Ketika kos sara hidup mencekik, ketika air masih menjadi isu di beberapa kawasan, ketika jalan raya sesak setiap hari, kerajaan memilih membazir wang rakyat untuk karnival yang tiada manfaat.

“Ini adalah pembaziran air, pembaziran wang dan pembaziran masa. Bukit Bintang bukan gelanggang liar,” katanya.

Katanya lagi, kawasan Bukit Bintang akan lumpuh dengan gangguan lalu lintas, pencemaran, dan kerosakan prasarana.

Tambahnya lagi, peniaga kecil dan penduduk sekitar yang akan menanggung akibatnya, bukan penganjur yang duduk dalam bilik berhawa dingin.

“Perkasa menuntut penganjuran ini dibatalkan serta-merta. Kami tidak menolak hiburan yang sihat dan membina. Tetapi kami menolak sekeras-kerasnya acara yang mengabaikan sensitiviti agama, meniru budaya Thailand, bertentangan degan adat resam Malaysia dan mengabaikan kesusahan rakyat,” ujarnya lagi.

Sumber: bebasnews.my

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

034572
Hari ini: 103
Minggu Ini: 1,803
Bulan Ini: 687
Tahun Ini: 34,572
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.