WATER MUSIC FESTIVAL: KATA MADANI, MANA MUFTI, AGAMAWAN?

WATER MUSIC FESTIVAL: KATA MADANI, MANA MUFTI, AGAMAWAN?

KUALA LUMPUR: Ahli akademik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan penganjuran ‘Rain Rave Water Music Festival 2026’ di ibu negara sebagai maksiat serta mempersoalkan hala tuju negara yang menurutnya kononnya berteraskan konsep Madani.

Beliau turut mempersoalkan ketiadaan suara daripada mufti, agamawan, pemimpin dan cendekiawan universiti dalam isu berkenaan, walaupun sering menyatakan komitmen untuk menegakkan Islam.

“Mana mufti? Agamawan? Pemimpin dan cendekiawan universiti? Bila berjumpa bukan main lagi kata, kita bersama dalam tegakkan Islam, kenapa senyap?

“Bersuaralah demi Madani, kalaupun bukan untuk satu Malaysia,” ujarnya dalam media sosial milik beliau.

Menurut beliau, tindakan hanya membantah dalam hati tidak mencukupi dan disifatkan sebagai selemah-lemah iman, sebaliknya menyeru agar pihak berkaitan tampil menyuarakan bantahan secara terbuka.

“Bukankah mufti, agamawan, pemimpin Universiti (Vice Chancellor atau Timbalan Naib Canselor) dan lain-lain kuat iman? Paling kurang, bersuara, cegahlah dengan mulut, meskipun takut dengan tangan,” tegas beliau.

Ridhuan Tee turut mempersoalkan sama ada kebimbangan kehilangan jawatan menjadi punca kepada sikap berdiam diri itu.

“Takut hilang jawatan ke? Hancur negara dapat pemimpin macam ni,” tempelak beliau.

Terdahulu, media tempatan melaporkan, Menteri MOTAC, Tiong King Sing mempertahankan Festival Muzik Air Rain Rave 2026 sebagai acara sukarela yang dirancang rapi serta tidak wajar dipolemikkan atau dipaksakan ke atas pihak lain.

Beliau mendakwa, bantahan segelintir pihak sebagai keterlaluan, mengelirukan dan berpotensi mencetuskan keresahan, sambil menegaskan perbincangan awam perlu rasional tanpa mempolitikkan isu kaum dan agama.

“Jika ada yang merasakan tidak sesuai, mereka boleh sahaja memilih untuk tidak menyertainya, tetapi tidak wajar menafikan pilihan orang lain atau memaksakan kehendak sendiri ke atas pihak lain,” kata Tiong.

Sumber: harakahdaily.net

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

034052
Hari ini: 167
Minggu Ini: 1,283
Bulan Ini: 167
Tahun Ini: 34,052
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.