RAVE WATER FESTIVAL 2026 BUKAN KEJAYAAN TAPI BENCANA MORAL NEGARA

RAVE WATER FESTIVAL 2026 BUKAN KEJAYAAN TAPI BENCANA MORAL NEGARA

SHAH ALAM — Pertubuhan Pribumi Perkasa MALAYSIA (PERKASA) melabelkan kenyataan Penasihat DAP, Lim Guan Eng berhubung data Rave Water Festival 2026 sebagai penipuan terancang yang menghina akal waras rakyat Malaysia.

Menurut pemangku Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa MALAYSIA, Borhan Ahmad Zakaria, kehadiran 180,000 pengunjung ke pesta tersebut dengan hasil RM200 juta adalah penipuan statistik dan sekadar angka rekaan untuk menutup malu.

“Ini semua angka rekaan tanpa audit bebas. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sendiri tidak pernah mengeluarkan data rasmi.

“Apa yang ada hanya anggaran daripada portal pro-kerajaan yang jelas berkepentingan politik. Malah laporan berlainan menyebut hanya 80,000 pengunjung. Mana satu yang benar? Atau sengaja diputar belit untuk menutup kegagalan sebenar?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Borhan berkata, selain itu angka RM332 bilion dan 42 juta kehadiran pelancong pada tahun 2025 yang Guan Eng banggakan juga adalah pembohongan fakta.

Ini disebabkan katanya lagi, Jabatan Perangkaan Malaysia masih belum mengeluarkan statistik untuk tahun tersebut.

“Guan Eng sengaja menipu rakyat untuk menutup kegagalan polisi pelancongan kerajaan Madani.Festival ini adalah racun budaya yang membunuh jiwa belia Melayu.

“Festival ini bukan hiburan sihat seperti didakwa Guan Eng. Ia adalah pesta maksiat terbuka di jantung ibu kota. Konsep “rave” yang diimport dari budaya barat adalah sinonim dengan alkohol, dadah, pergaulan bebas dan keruntuhan moral.

“Di saat belia Melayu bergelut dengan masalah kemurungan, pengangguran dan kehilangan jati diri, kerajaan DAP-Madani pula hidangkan mereka arak, muzik bising dan budaya hedonisme melampau. Ini bukan pembangunan. Ini pembunuhan karakter bangsa secara sistematik,” katanya lagi.

Tegasnya lagi, pihaknya menganggap kenyataan Guan Eng yang menggelar pihak yang mempertahankan nilai Islam sebagai “fanatik” sebagai penghinaan jelas kepada Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Tambahnya lagi, lebih memalukan, ada parti politik yang kononnya menjaga maruah Melayu kini mendiamkan diri dan bersekongkol dengan DAP.

“Kalaupun benar ada limpahan ekonomi RM200 juta, ia adalah keuntungan sementara selama tiga hari untuk tauke hotel dan kelab malam. Tapi kerosakan moral dan sosial kepada 33 juta rakyat Malaysia akan kekal bertahun-tahun. Adakah ini harga yang sanggup kita bayar demi beberapa juta ringgit?

“Sehubungan dengan itu PERKASA menuntut festival hedonisme dihentikan serta-merta atas nama Tahun Melawat Malaysia 2026.

“MOTAC mesti mengeluarkan data rasmi kehadiran dan impak ekonomi yang diaudit bebas dalam tujuh hari dan Guan Eng mesti memohon maaf secara terbuka kerana memutarbelitkan fakta dan menghina nilai agama rakyat,” ujarnya.

Sumber: bebasnews.my

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

036888
Hari ini: 295
Minggu Ini: 2,107
Bulan Ini: 3,003
Tahun Ini: 36,888
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.