KONSEP KUANTUM DALAM ILMU TAUHID MENURUT TARMIZI TAHA

KONSEP KUANTUM DALAM ILMU TAUHID MENURUT TARMIZI TAHA

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 02/2026 pada 26 dan 27 Julai 2026 telah memutuskan mengenai Konsep Kuantum Dalam Ilmu Tauhid:
 
Mesyuarat memutuskan bahawa:
 
(a)“Konsep Kuantum dalam Ilmu Tauhid” dan segala doktrin berkaitan yang dibawa oleh Tarmizi Taha serta pengikutnya atau mana-mana orang daripada syarikat, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan yang mempunyai kaitan dengannya atau mana-mana orang lain yang mempunyai ciri-ciri penyelewengan termasuklah yang berikut adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam:
 
Aspek Akidah (Ilahiyyat)
 
(i) Membawa ideologi New Age Movement (NAM) menerusi kepercayaan terhadap Quantum Mysticism.
 
(ii) Mengaitkan zat, sifat dan af‘al Allah (perbuatan Allah) dengan teori fizik kuantum, khususnya konsep wave function collapse, observer effect dan quantum mechanics, sehingga menggambarkan Allah sebagai “Ultimate Observer” dalam sistem mekanik alam.
 
(i) Menyamakan tauhid dengan struktur fizik material apabila mendakwa “tauhid adalah quantum mechanic of souls and universe” yang membawa kepada penyempitan makna terhadap konsep ketuhanan.
 
(ii) Membawa fahaman Wahdatul Wujud Mulhidah dan panteisme melalui dakwaan bahawa manusia dan Allah berasal daripada “satu entiti yang sama”, manusia adalah “pancaran kesedaran Allah”, serta “tidak pernah berpisah dengan Allah”.
 
(iii)Menyalahgunakan teori Quantum Entanglement bagi menggambarkan hubungan ontologi antara Allah dan manusia, sehingga menafikan perbezaan hakiki antara Pencipta dan makhluk.
 
Aspek Akidah (Sam’iyyat)
 
(i)Menafikan hakikat malaikat sebagai makhluk ciptaan Allah apabila mentafsir malaikat sebagai “cosmic neural network”, “energi sistematik” dan “frekuensi kosmik”.
 
(ii)Melakukan takwilan batiniyyah terhadap syurga, neraka dan bidadari dengan mendakwa ia sekadar “getaran kesedaran”, “keadaan roh” dan simbol psikologi, bukan realiti hakiki jasmani dan rohani.
 
Aspek Akidah (Qada’ dan Qadar)
 
(i)Menyelewengkan konsep qada’ dan qadar apabila mendakwa qadar hanyalah “gelombang kemungkinan” yang belum tetap sehingga berlaku “collapse” menjadi realiti.
 
(ii)Membawa kecenderungan fahaman Qadariyyah moden dengan memberi peranan besar kepada kesedaran dan pemerhatian manusia dalam menentukan realiti dan takdir.
 
Aspek Tasawuf
 
(i)Menyelewengkan pemikiran ulama tasawuf seperti Imam al-Ghazali dan lain-lain dengan memetik kata-kata mereka di luar konteks bagi menyokong fahaman quantum mysticism dan monisme moden.
 
(ii)Menafsir konsep tasawuf seperti nur, tajalli dan alam misal secara materialistik dengan menyamakannya dengan medan tenaga, frekuensi dan quantum field.
 
(iii)Mengislamkan doktrin Law of Attraction dan manifestation dengan mendakwa ia sebagai “sunnatullah” serta mengaitkannya dengan doa, zikir dan husn al-zann.
 
(iv)Menjadikan doa dan zikir sebagai mekanisme frekuensi dan getaran kosmik, bukan sebagai ibadah, pengabdian dan pergantungan mutlak kepada Allah SWT.
 
Aspek Akhlak (Disiplin Ilmu)
 
(i)Mencampuradukkan disiplin wahyu, tasawuf, falsafah dan sains secara tidak terkawal sehingga menghasilkan fahaman sinkretisme antara Islam dan spiritualiti New Age.
 
(ii)Menggunakan istilah saintifik moden untuk mengabsahkan fahaman metafizik dan kerohanian yang batil, tanpa disiplin ilmu yang sahih menurut syarak dan tradisi keilmuan Islam.
 
(b)Mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a) dan dilarang berpegang pada, mempercayai, mengajar, menyebarkan, mengamalkan atau menjadi pengikutnya atau agen. Mana-mana orang yang berpegang pada, mempercayai, mengajar, menyebarkan, mengamalkan atau menjadi pengikut ajaran, pegangan dan fahaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a) hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha.
 
(c)Tiada seorang pun boleh memiliki, menyimpan, menjual, memuat naik, memuat turun, menyebarkan, mengedarkan, menggantungkan atau menerbitkan apa-apa poster, buku, majalah, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa bentuk keluaran atau ulangannya, termasuklah apa-apa filem, audio visual, rakaman, laman sesawang, media cetak atau media elektronik yang mengandungi ciri-ciri ajaran, pegangan dan fahaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a).
 
(d)Mana-mana orang adalah dilarang daripada bersubahat dalam melakukan mana-mana perkara yang dilarang dalam perenggan (b) dan (c).
 
Sumber: FB Kalam Majnun - Abd Jamil Lam Al-Qadiri

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

109332
Hari ini: 881
Minggu Ini: 2,752
Bulan Ini: 5,700
Tahun Ini: 109,332
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.