Bayangkan apa akan berlaku sekiranya setiap negara membuat satu pusat data yang besar. Pusat data dianggap sebagai pusat maklumat strategik oleh sesebuah kerajaan dan juga pusat operasi digital untuk pelbagai tujuan. Ia mungkin disalahgunakan sebagai pusat pemantauan, pusat analisis maklumat dan juga pusat mencipta mesej propaganda.
Satu kajian yang dijalankan, sebuah pusat data bukan sahaja memerlukan air yang cukup banyak untuk beroperasi. Dianggarkan bagi setiap pertanyaan di ChatGPT ia memerlukan 2 liter air, bagi membolehkan cip yang bekerja dapat berfungsi dengan baik dan menjawab hanya satu jawapan yang diajukan.
Ini bermakna kalau dalam seminit ada 1,000 pertanyaan, ia memerlukan 2,000 liter air bersih. Disebabkan oleh keperluan air bersih yang besar, pusat data dikatakan akan menyebabkan sumber air untuk manusia semakin berkurangan.
Satu lagi keperluan pusat data ialah elektrik. Dalam kajian terbaharu oleh Universiti Harvard, Amerika Syarikat keperluan elektrik menjangkau sama besarnya untuk seluruh negeri Michigan. Keperluan elektrik Michigan pada tahun 2025 ialah antara 120.hingga 130 juta KW/H. Cukup besar, kerana pusat data sentiasa beroperasi dan tidak ada waktu berhenti.
Kajian tersebut juga mendapati akibat pemprosesan maklumat di pusat data cepat dan tidak pernah berhenti, ia mengeluarkan karbon dioksida (yang dikenal.pasti cukup berbahaya dan menyebabkan perubahan iklim).ialah sejumlah karbon dioksida yang dihasilkan oleh seluruh aktiviti di Denmark. Denmark dianggarkan melepaskan sekitar 23 hingga 25 juta tan metrik setahun.
Bayangkan, ruang udara akan menjadi cukup bertoksik sekiranya seluruh pusat data yang dicadangkan berjaya direalisasikan. Air bersih akan menjadi sangat bermasalah manakala elektrik akan menjadi cabaran yang sukar untuk dipenuhi.
Semakin banyak air dikembalikan ke lembah, ia akan mengakibatkan lebih banyak buruknya kepada kehidupan manusia dan makhluk hidup. Jika elektrik semakin banyak digunakan, ia menyebabkan lebih baik bahan fosil (gas, arang batu atau minyak) terpaksa digunakan. Semuanya ikut menghasilkan pelepasan karbon dioksida, karbon monoksida dan lain-lain.
Setelah dicampurkan dengan penghasilan sisa buangan air dan penajaan elektrik serta aktiviti pusat data, kita mungkin akan hidup dalam dunia yang semakin panas dan boleh mengakibatkan oksijen bercampur bahan toksik.
Kalau dahulunya pembangunan teknologi komputer dan kesalinghubungan, akan menjimatkan penggunaan kertas. Alasannya, pokok semakin berkurangan ditebang kerana permintaan terhadap kertas menurun. Teorinya nampak menarik, realitinya, pokok semakin berkurangan kerana kawasan semakin banyak digondolkan untuk pembangunan pusat data.
Ertinya, teori penggunaan kertas semakin berkurangan boleh diterima tetapi tidak bermakna tiada pokok akan ditebang. Orang awam dinasihatkan menggunakan elektrik secara berhemat, tetapi pusat data wajib menggunakan elektrik dengan boros. Orang awam digalakkan menjaga alam sekitar, sedangkan pengusaha teknologi semakin gila meminta bahan mineral untuk memperbanyakkan pengeluaran cip dan perkakasan.
Pokok ditebang untuk pembangunan. Infrastruktur dan pusat data.Pokok ditebang kerana perlombongan nadir bumi semakin giat dan diperhebatkan. Tentunya, perlombongan bahan REE akan menyebabkan pokok tumbang dan tanah berlubang. Akhirnya, dunia rosak dan keindahan flora dan fauna hilang.
Seorang penyelidik sebuah syarikat teknologi AI yang mencatatkan rekod dalam pengapungan sahamnya di NASDAQ empat hari lalu mendedahkan, AI akan membunuh manusia. Penyelidik yang berusia 27 tahun yang berasal dari Britain, Jacob Coxon menjadi seorang yang cukup berani bila menyimpulkan AI sebagai pembunuh "setiap orang" dan akhirnya melenyapkan peradaban. Kini, para teknokrat teknologi mula berfikir ke fasa selanjutnya, artifical super-intelligence (ASI).
Coxon hanya senlag bekerja di Anthripic selama empat bulan (Mei hingga Sept 2026) sebelumnya, bekerja sebagai eksekutif latihan di OpenAI sekama tiga tahun. Hasil pengamatan dan pengetahuannya tentang apa yang berlaku dalam teknologi AI itulah yang menjadi kesimpulan dan amaran awalnya.(https://www.ndtv.com/.../meet-jacob-coxon-ex.../amp/)
Sebelum itu, Yuval Noah Hari, seorang pengkaji peradaban dari Israel pernah memperkayakan bahayanya dunia teknologi AI, kerana munculnya apa yang dipanggil sebagai "super-intelligence" terhadap mesin, perkakasan dan perisian, walhal yang wajib dibangunkan ialah manusia yang cerdik dan celik akal fikirannya, bukan manusia yang galau merosakkan peradaban dalam skala yang besar dan sangat merosakkan.
Teknologi bukan digunakan untuk mencipta kebenaran, tetapi lebih mengutamakan keterhubungan (user engagement). Penegasan itu boleh dibaca dalam dua buah buku Yuval Noah Harari: Sapiens:A Brief History of Humankind (2011) dan Homo Deus: A Brief History of Tomorrow (2015).
Bagi beliau, teras sesebuah peradaban ialah "amanah/trust" bukan kecerdikan (intelligence). AI membina kecerdikan dan kecerdasan tetapi menghapuskan "amanah". Teknologi tidak seharusnya menyebabkan manusia kehilangan kecerdasan intelektual, kerana sesebuah peradaban dibentuk oleh kecerdasan berfikir, bukan kecerdasan mesin.
Mesin bukan proksi, hanyalah alat untuk manusia melakukan sesuatu urusan. Tetapi, akibat faham yang bercelaru menyebabkan mesin dianggap sebagai penentu segala-galanya, termasuk usaha berfikir. Itulah yang sedang berlaku, tanpa mesin dan internet manusia semakin malas berikhtiar untuk membangun kehidupan, terasa mudah letih, bosan dan kurang kecekalan diri.
Saya tidak terkejut dengan dakwaan itu. Sebelumnya, saya pernah membaca beberapa tulisan yang mengupas buruk dan baiknya AI. Saya akhirnya ikut berfikir, kenapa beberapa pihak yang faham, tahu dan terlibat dalam pengembangan AI menghantar bantahan kepada pentadbiran Rumah Putih agar operasi AI perlu diperlahankan, selain muncul isu mengenai keselamatan data dan sejauhmanakah maklumat asal yang disimpan dalam khazanah cip tidak akan mengalami perubahan.
AI juga dikatakan berpotensi untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan dalam tempoh 6 hingga 12 bulan, dengan cara membuat tafsiran terhadap sesuatu fakta sebenar membentuk persepsi, dan persepsi itulah yang menjadi bahan bakar rakyat untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan sama ada di peti undi atau berarak di jalan raya tanpa henti.
Kita ingat bagaimana Facebook berjaya menjadikan kepimpinan Zine Benali dijatuhkan pada awal tahun 2012 dan Hosni Mubarak hilang kuasa di Mesir (2012).
Ketika itu, Facebook berjaya menggoncangkan sentimen dengan pendedahan kebrutalan pihak berkuasa terhadap seorang lelaki yang mencari sesuap nasi dan rezeki menyara keluarga dengan menjual buah-buahan di bahu jalan raya.
Kita ingat tentang potret luka yang berlaku ke atas Khalid Saeed dan meninggal dunia ditembak oleh dua orang anggota polis berpakaian preman. (Wael Ghonim, Revolution 2.0: The Power of People is Greater Than People in Power, 2012).
Menurut peneliti teknologi awan di Anthropic, Tao Lin, dalam tempoh lima belas bulan (akhir 2027) lagi ramai manusia akan hilang pekerjaan, AI akan diambil alih oleh AI yang sudah memasuki fasa super-intelligence. Maknanya, teknologi bukan sahaja "membunuh manusia" juga turut melenyapkan profesyen yang memberikan manusia rezeki dan membina kehidupan.
Dunia akan menjadi semakin kacau; usahawan teknologi menjadi semakin giat mencabar dan membina monopoli demi wang, kuasa dan hegemoni.