ADAB-ADAB BERTAUBAT

ADAB-ADAB BERTAUBAT

BERTAUBAT kepada Allah daripada segala perbuatan dosa adalah kewajipan setiap Muslim. Taubat tidak boleh ditunda-tunda dan diulur-ulur. Dalil dalam hal ini daripada al-Kitab, as-Sunnah, dan Ijmak. Taubat memiliki beberapa adab yang harus dijaga, diantaranya ialah :

Ikhlas
Hendaknya seseorang bertaubat semata-mata ikhlas mengharapkan wajah Allah Taala, bukan kerana takut terhadap hukuman yang bersifat duniawi atau yang selainnya. Hendaknya yang mendorong ia bertaubat adalah menyambut seruan Allah s.w.t, mencari keredaan-Nya, serta takut kepada azab-azab-Nya, sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam al-Quran, yang bermaksud: Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (an-Nur: 31)
 
Allah juga berfirman yang bermaksud: Hai, orang-orang yang beriman,bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Rabb kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai (at-Tahriim: 8)
 
Telah dimaklumi pula bahawa ikhlas merupakan syarat diterimanya amal soleh. Allah berfirman yang bermaksud: Katakanlah: Sesunguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurniakan ketaatan-Nya dalam (menjalankan) agama. (az-Zumar: 11)
 
Bertaubat Daripada Segala Dosa
 
Bertaubat daripada segala dosa, bukan dari satu jenis dosa sahaja. Akan tetapi, wajib atas setiap Muslim bertaubat kepada Allah dari seluruh perbuatan dosa, sebagaimana yang telah dijelaskan. Janganlah ia bertaubat dari sebahagian dosa dan mempertahankan sebahagian yang lain.
 
Hendaknya Bertaubat Pada Waktu Diterimanya Taubat
 
Waktu diterimanya taubat seseorang sebagaimana yang berikut:
 
Waktu yang khusus dalam umur setiap manusia, iaitu sebelum nyawa sampai di kerongkong. Waktu yang umum dalam umur zaman, iaitu sebelum terbitnya matahari di barat. Masing-masing dari kedua waktu ini memiliki dalil. Dalil taubat sebelum nyawa sampai di kerongkong adalah firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran yang bermaksud: Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia menyatakan: Sesungguhnya saya bertaubat sekarang (an-Nisaa: 18)
 
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud bermaksud: Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba sebelum nyawa sampai di kerongkong. (Riwayat Ahmad & al-Tirmidzi)
 
Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud: Barangsiapa bertaubat sebelum terbit matahari dari barat, nescaya Allah akan menerima taubatnya.” (Riwayat Muslim) 
 
Demikian juga firman Allah s.w.t yang bermaksud: Pada hari datangnya sebagian tandatanda Rabbimu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya  (al-Anam: 158)
 
Para ahli ilmu (ulama) menafsirkan ayat ini dengan terbitnya matahari dari barat.
 
Menyegerakan Taubat
 
Bersegeralah dalam bertaubat termasuk kewajipan yang sangat ditekankan atas setiap Muslim. Sesungguhnya sayaitan sentiasa menghiasi perbuatan manusia untk menunda-nunda dan melambat-lambatkan taubat sehingga ia mati  dalam keadaan belum bertaubat. Maka dari itu, wajib atas setiap Muslim untuk menyegerakan taubat kerana ia tidak tahu bila ajal akan menjemputnya.
 
Allah telah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah tabat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan klantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (an-Nisaa: 17)
 
Menyesali Dosa dan Maksiat
 
Wajib atas setiap Muslim menyesali perbuatan maksiat yang telah ia lakukan. Demikian juga kelalaiannya dalam menunaikan hak-hak Allah. Hendaknya ia menyesal kerana telah mengikut hawa nafsu dan mematuhi syaitan serta berbuat maksiat kepada Rabbnya. Penyesalan ini merupakan salah satu syarat sahnya taubat seseorang. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Penyesalan adalah taubat. (Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)
 
Berazam (Bertekad) untuk Tidak Mengulangi Perbuatan Maksiat
 
Berazam juga termasuk syarat sahnya taubat, yakni seseorang bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat. Jika syarat ini belum terpenuhi, maka taubat belum dianggap sah. Sebab. Dalam keadaan demikian, bererti pelakunya masih memeprtahankan maksiatnya.
 
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud bermaksud: Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Rabb mereka dan Syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-sebaik pahala orang-orang yang beramal. (Ali-Imran: 135-136)
 
Tunduk Bersimpuh di Hadapan Allah s.w.t
 
Wajib atas seseorang yang bertaubat agar menunjukkan ketundukan di hadapan Allah s.w.t, merasa perlu dan sentiasa bergantung kepada rahmatNya, serta mendatangi pintu-Nya dan menyakini bahawasanya ia akan binasa dan merugi jika tidak bertaubat kepada-Nya. Demikian juga hendaklah ia menyedari bahawa dirinya telah bertaubat maksiat dan dosa, sementara Allah s.w.t telah menangguhkan azab dan berbuat santun kepadanya, sehingga bertambahlah kekhusyukan dan ketundukkannya kepada Allah.
 
Bertaubat Dengan Hati, Lisan dan Anggota Badan
 
Hendaknya seseorang bertaubat dengan hatinya, yakni menyesali apa yang telah lalu dan berazam untuk tidak mengulanginya. Bertaubat dengan lisan adalah dengan memperbanyak istigfar dan taubat, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Wahai, sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah! Sesungghnya aku bertaubat kepada-Nya seratus kali setiap hari. (Riwayat Muslim)
 
Ibnu Umar r.a berkata : Sesungguhnya kami menghitung ucapan Rasulullah s.a.w dalam satu majlis sebanyak seratus kali, iaitu: Ya, Rabbku, ampunilah aku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat dan Maha Pengampun. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmidzi)
 
Meninggalkan Maksiat
 
Hendaknya seseorang yang taubat meninggalkan perbuatan maksiat dan tidak mengulanginya. Taubat tidak sah tanpa hal ini. Hanya saja, apabila seseorang bertaubat dan telah memenuhi syarat-syarat taubatnya, namun ia kembali berbuat maksiat kerana lemah tekadnya dan dikalahkan oleh hawa nafsunya sehingga terjatuh ke dalam perbuatan maksiat untuk kedua kainaya, maka taubatanya yang pertama tersebut tidakabatal. Akan tetapi, ia wajib bertaubat daripada dosa yang baru.
 
Termasuk dalam hal ini keislaman orang kafir. Taubatnya dari kekufuran adalah dengan maksuknya ia ke dalam Islam, sebagaimana firman Allah s.a.w. yang bermaksud: Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman, dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Furqaan: 70)
 
Mengembalikan Hak-hak Orang Yang Dizalimi Atau Meminta Dihalalkan

Seorang yang bertaubat wajib mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi jika maksiatnya itu berkaitan dengan hak-hak manusia. Maka ia wajib mengembalikan harta yang ia curi mahupun rampas kepada miliknya atau minta dihalalkan. Demikian juga ia harus meminta dihalalkan kepada orang yang telah dirosak kehormatannya, di-ghibahi, dibongkar aibnya, dan yang selainnya.
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Barangsiapa telah berbuat zalim  terhadap saudaranya, baik dalam harta mahupun kehormatannya, hendaklah ia meminta dihalalkan kepadanya sekarang, sebelum datang hari ketika tiada lagi dinar dan dirham. Jika ia memiliki amal soleh, maka akan diambil darinya sekadar kezalimannya. Jika ia tidak memiliki amal soleh, maka akan diambil dosa orang yang dzalimi dan dibebankan kepadanya. (Riwayat Ibnu Majah)
 
Ini adalah syarat yang harus dipenuhi oleh seorang yang bertaubat jika dosanya berkaitan dengan hak-hak manusia dan hak orang yang ia zalimi, baik darah, kehormatan, mahupun harta. Jika ia khuwatir tertimpa akibat buruk, hendaklah ia meminta dihalalkan tanpa menyebutnya namanya. Sebagai ulama bahkan membolehkan seseorang memohonkan ampunan bagi orang yang telah ia ghibahi kerana takut akibat buruk jia ia meminta kehalalan kepadanya.
 
Mengganti Keburukan Dengan Kebaikan
 
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buru (Hud: 114)
 
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Iringilah keburukan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskannya (Riwayat Bukhari)
 
Maka hendaknya orang yang bertaubat tidak meninggalkan satu kesempatan pun dalam perkara yang ia telah berbuat maksiat kepada Allah kecuali dengan mentaati-Nya dalam hal itu. Janganlah pula ia meninggalkan suatu maksiat, melainkan ia melakukan yang sebaliknya dan lawannya berupa amal ketaatan. Misalnya, hendaknya orang yang maksiatnya berdusta, menggantinya dengan kejujuran; barang siapa yang maksiatnya berupa zina, hendaknya ia menggantinya dengan iffah (menjaga kesucian diri); demikian seterusnya.
 
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam la-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati. Kecuali mereka yang telah taubat dan mengadkan perbaikan dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Mha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (al-Baqarah:156-160)
 
Allah s.w.t menjadikan kesempurnaan taubat mereka dari dosa, iaitu menyembunyikan kebenaran dengan melakukan sebaliknya berupa amal kebajikan, yakni dengan menjelaskan kebenaran kepada manusia dan menjelaskan apa yang telah diturunkan Allah s.w.t. Ayat di atas merupakan dalil yang jelas atas apa yang kami sebutkan dalam abad ini.
 
Menjadi Lebih Baik Secara Umum Setelah Bertaubat
 
Hendaknya seseorang menjadi lebih baik setelah bertaubat, baik dalam perilaku, muamalah, dan seluruh keadaannya. Ini merupakan tanda taubat mnasuha (sebenar-benarnya) dan inilah yang dimaksudkan. Seseorang menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Hendaknya seorang yang bertaubat memperhatikan masalah ini. Hendaklah ia menjadi manusia baru setelah taubatnya sehingga menjadi berbeza dengan sebelumnya. Sampai-sampai, jadilah taubat sebagai langkah awal perubahan yang sangat bernilai dalam hidupnya.
 
Menutup Aib Diri Apabila Allah Menutupinya dan Tidak Membongkarnya
 
Menutup aib diri termasuk adab Islam. Janganlah seseorang menceritakan kemaksiatan dirinya. Namun, ia harus menyembunyikan maksiat yang dilakukannya dan menutup aib dirinya. Janganlah ia menceritakan aibnya kepada sesiapa pun.
 
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Jauhilah perbutan-perbutan kotor yang telahdilarang oleh Allah. Barang siapa tertimpa sesuatu darinya, hendaklah ia menutupinya selama Allah menutupinya dan bertaubatlah kepada Allah. (Riwayat al-Hakim)
 
Seorang pelaku maksiat tidak boleh menyebarkan maksiatnya di tengah-tengah manusia, menceritakan dan membicarakannya di tengah mereka. Sebab, hal ini dianggap sebagai perbuatan menyebarkan kedurhakaan dan kekejian di tengah masyarakat serta merupakan sikap sombong dan bangga dengan maksiat. Islam telah melarang seseorang menyebarkan perbuatan maksiat dan menjadikannya sebagai sebab kebinasaan.
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Seluruh ummatku dimaafkan kecuali al-muhajaahiriin (Orang yang menyebarkan perbuatan maksiatnya). Termasuk ijhaar adalah seorang hamba melakukan maksiat pada malam hari. Kemudian, pada pagi hari Allah menutupinya. Namun, ia malah berkata : Wahai, Fulan! Aku telah menutupi aibnya, tetapi keesokan harinya ia membuka penutup Allah dari aib dirinya (Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dengan demikian, wajib atas setiap Muslim untuk tidak membuka aib sendiri dengan menceritakan perbuatan maksiat yang dilakukannya. 
 
Selalu Memperbaharui Taubat
 
Kadangkala seseorang bertaubat, namun kemudian kembali melakukan maksiat sehingga ia harus bertaubat lagi. Oleh kerana itulah, hendaknya selalu memperbaharui taubat dengan hati dan lisan. Telah disebutkan pula hadith-hadith yang menjelaskan semangat Rasulullah s.a.w dalam hal ini.
 
Barangsiapa menghiasi diri dengan adab-adab ini dan menyempurnakannya dalam taubatnya, kita berharap ia termasuk golongan orang yang Allah s.w.t sebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud:  Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman, dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. (al-Furqaan: 70-71)
 
Inilah yang dimudahkan Allah bagiku dari adab-adab yang berkaitan dengan taubat, yang jumlahnya ada empat belas.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

031942
Hari ini: 89
Minggu Ini: 1,057
Bulan Ini: 5,738
Tahun Ini: 31,942
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.